UNTUK DIKONGSI RASA
Monday, February 10, 2014
UCAPAN KEMPEN JALUR GEMILANG
terima kasih pengerusi majlis,
Yang berbahagia En Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
En Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM,
En Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, Kaunselor, Guru-guru dan anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung lagi Maha tinggi, kerana dengan izinNya jua, maka kita dianugerahkan kewarasan akal, kesihatan fizikal dan mental untuk sama-sama turut serta dalam program Kempen Kibar Jalur Gemilang, yang bukan sahaja disambut di sekolah kita atau di daerah Besut sahaja, malahan seluruh Negara. Sukacita dimaklumkan di sini, bahawa perayaan Bulan Kemerdekaan akan disambut di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah, mulai 17 Julai 2012 , iaitu pada hari ini, sehingga 16 September 2012.
Sehubungan dengan itu, maka bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan kita yang bersyukur sebagai warganegara Malaysia, hari ini kita menyahut seruan Negara untuk melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang dilaksanakan serentak satu Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat setia Negara, selain taat dan setia kepada raja dan pemimpin Negara, kita juga setia menjunjung 5 Prinsip Rukun Negara. Sebagai rakyat yang berbangga kerana lahir di bumi bertuah ini, amatlah wajar bagi kita menghormati lambang-lambang Negara, salah satunya ialah bendera Negara kita, iaitu Jalur Gemilang.
Sepintas lalu, saya ingin berkongsi maklumat tentang sejarah Jalur Gemilang kebanggaan Negara kita. Jalur Gemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Berdasarkan maklumat tersebut,jelas kepada kita betapa perlunya kita untuk meghargai dan menghormati bendera Negara, Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah melambangkan Negara kita. Kejayaan Negara kita di peringkat antarabangsa, pastinya Jalur Gemilang akan berkibar megah. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.
Akhir kata, sebagai warganegara yang berikrar untuk taat setia kepada Negara, menghargai dan menghormati Jalur Gemilang adalah menjadi tanggungjawab semua. Jangan ada dalam kalangan kita, mencerca dan menghina nama Negara, malahan memandang remeh pada kibaran Jalur Gemilang. Sama-samalah kita mengibarkan Jalur Gemilang sebagai menyahut seruan kerajaan, kempen Kibar Jalur Gemilang seluruh Negara. Sempena sambutan perayaan Bulan Kemerdekaan ke-55 tahun, bagi tahun 2012, sama-samalah kita menyemai tekad dan iltizam dalam usaha menyemarakkan kemerdekaan Negara.
Maka, dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, saya melancarkan Kempen Jalur Gemilang sempena perayaan Bulan Kemerdekaan ke-55 tahun peringkat sekolah.
Sekian, wassalamualaikum wbt.
Wednesday, May 2, 2012
ELEMEN 3 FOLIO SEJARAH PMR 2012
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat di negara kita?
CONTOH ESEI 2:
Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia sering kita lihat terpampang di dada akhbar juga diiklankan melalui media elektronik.Slogan yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia amat bertepatan dengan ciri dan budaya bangsa kita malah akan dapat membantu dalam usaha menyuburkan semangat patriotism. Rakyat akan rasa berbangga sebagai rakyat Malaysia (UP1) apabila membeli barangan yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh negara kita. Malahan kita patut rasa bangga apabila barangan buatan Malaysia berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa.., kita juga turut menyemai sikap menghormati lambang-lambang negara (UP1) yang terdapat pada lebel barangan hasil keluaran negara.
Sebagai warganegara yang bersemangat setia negara (UP2) , sudah tentu kita akan memilih untuk membeli barangan buatan tempatan Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia akan terus subur dengan slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia kerana menyokong negara dengan membeli dan memiliki barangan buatan negara sendiri. Slogan ini juga turut melahirkan rasa cinta akan bangsa dan negara (UP2) kerana barangan yang dihasilkan oleh rakyat negara ini juga dieksport ke luar negara. Kita memang patut bermegah dan berbangga dengan hasil keluaran tempatan dan rasa bersyukur sebagai warganegara Malaysia (UP2) kerana hasil keluaran negara juga setanding di pasaran dunia,malah kerajaan semakin giat mempromosinya ke seluruh dunia terutamanya Eropah. Ianya turut menggambarkan kedaulatan bangsa dan negara (UP2) kita.
Slogan tersebut turut menyuburkan bersemangat kekitaan (UP3)) selain sikap tolak ansur dan bertoleransi (UP3) serta bersatu padu dan berharmoni (UP3) dalam kalangan rakyat Malaysia apabila bersepakat untuk menjayakan hasil keluaran Malaysia sendiri. Semangat dan sikap kerjasama dan tolong menolong,(UP3) yang wujud dalam kalangan rakyatlah yang membantu menjayakan barangan jenama tempatan semakin laris di pasaran.
Dalam usaha mengawal mutu barangan keluaran Negara amat penting kita mengamalkan sikap berdisiplin (UP4) terutamanya mematuhi peraturan dan undang-undang (UP4) negara, agar barangan tidak mudah rosak dan tidk membahayakan kesihatan bagi produk makanan . Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme kita perlu bertindak wajar (UP4) menyokong produk buatan Malaysia.
Persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha dan pengeluar produk berjenama tempatan juga membantu menyuburkan rasa rajin dan gigih,(UP5). Sikap tabah menghadapi cabaran (UP5) dan berusaha dan produktif (UP5) juga akan dapat disemai melalui slogan ini kerana bukan suatu perkara yang mudah untuk kita bersaing di peringkat nasional.
Secara umumnya,ternyata slogan Belilah barangan buatan Malaysia akan dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat kita kerana melalui slogan ini banyak unsur-unsur dapat disemaikan dalam jiwa dan sikap rakyat.
Monday, April 30, 2012
ELEMEN 3 FOLIO SEJARAH PMR 2012
Kepada semua yang mengikuti blog Cikgu Anna, rasanya sudah lama tiada catatan baru cikgu keluarkan...
kini..untuk menolong anak-anak calon PMR 2012, menyiapkan kerja kursus Sejarah PMR, cikgu Anna paparkan satu contoh elemen 3 untuk dijadikan garis panduan.
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat di negara kita?
CONTOH ESEI 1:
Sebagai rakyat Malaysia yang amat kaya dengan unsur patriotism, slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia amat bertepatan dengan cirri dan budaya bangsa Malaysia. Pengamalan slogan tersebut akan dapat menyuburkan semangat patriotisme kerana apabila kita membeli barangan yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh negara kita, sudah tentu kita akan menyemai rasa berbangga sebagai rakyat Malaysia (UP1). Apatah lagi, jikalau barangan buatan Malaysia Berjaya dipasarkan di negara luar. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta dan bangga akan tanah air sendiri, sudah tentu akan terselit perasaan bangga ini. Malahan juga, kita dapat menyuburkan rasa menghormati lambang-lambang negara (UP1) yang pastinya tertera dengan megah pada barangan hasil keluaran negara. Sebagai contoh, lambang kebanggaan kita, kereta nasional Negara bukan sahaja meluncur megah di jalan raya seluruh negara kita, malahan juga turut digunapakai di luar negara.
Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia juga akan dapat disuburkan dengan slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia apabila kita sebagai rakyat berasa bersemangat setia negara (UP2) kerana membeli dan memiliki barangan buatan Negara sendiri. Malahan juga turut menyelit rasa cinta akan bangsa dan negara (UP2) kerana barangan yang dihasilkan oleh bangsa kita sendiri berada di seluruh Negara dan juga dieksport ke luar negara. Bangsa kita dahulunya yang dipandang sepi dari segi pengiktirafan ternyata sudah boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia. Slogan itu juga turut melahirkan rasa bersyukur sebagai warganegara Malaysia (UP2) yang bukan sahaja terjamin keamanan negara malah turut sama bersaing dengan arus globalisasi dunia.
Perasaan bersemangat kekitaan (UP3)) juga dapat disuburkan kerana melalui tolak ansur dan bertoleransi (UP3) serta bersatu padu dan berharmoni (UP3) dalam kalangan rakyat Malaysia yang wujud sejak dahulu maka, barangan buatan Malaysia dapat dihasilkan dan berjaya di pasaran dalam negara dan luar negara. Tanpa wujud perasaan kerjasama dan tolong menolong,(UP3) sudah tentu kita tidak akan berjaya menghasilkan barangan jenama tempatan.
Penerapan unsur patriotism dapat dizahirkan melalui slogan ini apabila kita sebagai rakyat Malaysia turut mengamalkan sikap berdisiplin (UP4) dalam memastikan mutu barangan negara adalah setanding dengan barangan import. Demi memastikan kawalan mutu menepati citarasa pengguna, amat penting bagi pengusaha untuk mematuhi peraturan dan undang-undang (UP4) negara, agar barangan yang dihasilkan mendapat kelulusan SIRIM. Sebagai pengguna juga kita perlu bertindak wajar (UP4) menyokong seruan kerajaan untuk membeli barangan buatan Malaysia. Persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha dan pengeluar produk berjenama tempatan juga turut menyuburkan rasa rajin dan gigih,(UP5) malahan sentiasa bersedia dan tabah menghadapi cabaran (UP5) arus global. Inilah yang akan menyemai sikap berusaha dan produktif (UP5) dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, slogan yang dilaungkan oleh kerajaan supaya rakyat Malaysia membeli barangan buatan Malaysia ternyata dapat menyuburkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat kita. Jika bukan kita yang berganding bahu membeli dan menggunakan barangan tempatan, kepada siapa lagi hendak kita harapkan.
Semoga dapat membantu..
Selamat menyiapkan kerja kursus Sejarah PMR 2012.
Wednesday, December 21, 2011
Titipan Kasih buat Tuan pengetua
Selingkar kenangan bersama Tuan
Walau sedetik Cuma
Ianya amat mahal untuk dinilai
Ianya amat luas untuk diukur
Bicaramu tuan bak tinta di jiwa kami
Menguntum senyummu tuan, membunga di hati kami
Kau nyalakan kandil hakiki
Menyuluh arah haluan nan murni
Dengan tekad nan suci
Menggunung harapan cita kami
Kau tak lupa kukuhkan tiang seri pusaka
Buat sokong di kala rebah
Permaidani kasih kau hamparkan
Di sepanjang lantai usang
Kelak membunga mekar setaman
Walau sesekali walang terusik
Oleh dengkur dan dengus
Lara wargamu kausirami dengan benih-benih keimanan
Rangsangan jua dorongan kau salurkan
Moga zuriat bakat kami bisa membiak ligat
Dan membunting kejayaan
Teguranmu pasti membina kami
Ajarmu pasti kami tak lupa
Jasamu pasti kami abadikan
Tinta kami ini adalah titipan kasih buat Tuan
Bukan sekadar metafora dalam kuntuman sajak
Yang berpalut kiasan wacana
Semoga Tautan Kasih kami akan kekal utuh menjadi Selingkar Kenangan pada Tuan
Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih,
Titipan Kasih Buatmu Tuan Pengetua, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat.
dikarang khas sempena Majlis Persaraan Pengetua SMKPNZ

Thursday, April 21, 2011
CONTOH JAWAPAN ESEI
SEJARAH TINGKATAN 4:
Soalan:
Ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliah [10 markah]
JAWAPAN:
(Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan perbuatan menipu, merompak )dan (meminum arak). (Seorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk dianggap sebagai lelaki sejati). (Kedudukan wanita yang amat rendah ) (sehingga tidak layak untuk mewarisi harta ibu bapa mereka). (Ada juga di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan hidup-hidup sebaik sahaja dilahirkan.) ( Seorang lelaki juga dibenarkan untuk berkahwin dengan sebanyak mana wanita yang diingini sekali.) ( Kegiatan merompak juga merupakan kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap masyarakat Arab jahiliah.)
(Mereka sering merompak kafilah yang lalu di padang pasir.) ( Perniagaan golongan Arab jahiliah juga berasaskan riba ) (dan penindasan. ) (Golongan yang kaya sering menindas golongan yang miskin.) (Masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai kepercayaan yang berlainan iaitu wathani, samawi, ) (menyembah berhala dan kepercayaan. ) (Terdapat segelintir daripada masyarakat Arab jahiliah yang mengamalkan kepercayaan agama Hanif tetapi kebanyakannya telah melupakan ajaran tersebut atau mencampurkan amalan tersebut dengan amalan jahiliah mereka).( Masyarakat Arab jahiliah juga hidup secara berkelompok yang dikenali sebagai sistem kabilah.)(Sistem kabilah telah menyebabkan wujudnya perasaan kesukuan) ( yang melampau dalam diri setiap anggota yang dikenali sebagai semangat assabiah.)( Sistem kabilah dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil syeikh).( Seorang syeikh yang dilantik haruslah merupakan seorang yang dipanggil berani, pandai berpidato) (dan disukai ramai.) ( Masyarakat Arab jahiliah juga suka berperang walaupun atas sebab yang kecil.) Sebagai contoh peperangan al-Basus adalah disebabkan oleh perkara kecil tetapi telah memakan masa 40 tahun.
( )= Menunjukkan isi.
21 Isi = markah maksima 10 m

SEJARAH TING.4 @BAB 4
MAKSUD JAHILIAH
PERKATAAN ARAB, JAHALA YANG BERMAKSUD JAHIL
TIDAK MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN
TIDAK MENGETAHUI
JANGKA MASA ZAMAN JAHILIAH
BERMULA SELEPAS RUNTUHNYA EMPANGAN MAARIB DI SABAK
SEHINGGA TURUNNYA WAHYU ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
SEBAB-SEBAB DIGELAR MASYARAKAT JAHILIAH
TIDAK MENYEMBAH ALLAH
TIDAK MENGIKUT AJARAN NABI
MENYEMBAH BERHALA
TIDAK MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN
AKHLAK MEREKA RENDAH
KEHIDUPAN MEREKA KUCAR-KACIR
MELAKUKAN AMALAN ANIMISME
TIDAK MENERIMA KEBENARAN
BUKTI MASYARAKAT JAHILIAH MEMPUNYAI AKHLAK BURUK
MENJALANKAN PERNIAGAAN BERASASKAN RIBA / PENINDASAN
MEROMPAK / MERAMPAS BARANGAN DARIPADA KAFILAH MERUPAKAN PUNCA PENDAPATAN
MENANAM BAYI PEREMPUAN HIDUP-HIDUP
MINUM ARAK, BERJUDI, BERZINA
TIADA PERATURAN DALAM PERKAHWINAN
MEMPUNYAI SEMANGAT ASSABIYAH
SUKA BERPERANG
CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK SOSIAL
MELAKUKAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL SEPERTI BERJUDI/MINUM ARAK/BERZINA
KEDUDUKAN WANITA DIPANDANG RENDAH
WANITA TIDAK DAPAT MEWARISI HARTA PUSAKA
LELAKI BOLEH BERKAHWIN DENGAN BEBERAPA WANITA SEKALI GUS
MENANAM BAYI PEREMPUAN HIDUP-HIDUP
MENGANGGAP LELAKI MINUM ARAK HINGGA MABUK IALAH LELAKI SEMPURNA
CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK EKONOMI
MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN
MELAKUKAN RIBA
MEROMPAK BARANGAN PIHAK LAIN
GOLONGAN KAYA MENINDAS GOLONGAN MISKIN
PEDAGANG LEBIH MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA
MENJUAL BERHALA
CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK AGAMA
MENYEMBAH BERHALA
MEMPERCAYAI ANIMISME (MEMUJA ALAM SPT POKOK)
MENGANUT AGAMA HANIF (AGAMA NABI IBRAHIM)
MENGANUT AGAMA SAMAWI (YAHUDI DAN KRISTIAN)
KEPERCAYAAN MENILIK NASIB
MEMPERCAYAI ROH ORANG MATI MENJADI BURUNG
CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK POLITIK
MENGAMALKAN SISTEM KABILAH
KETUA KABILAH DIGELAR SYEIKH
CARA HIDUP BERPUAK-PUAK DAN BERKELOMPOK
MUNCUL SEMANGAT ASSABIAH AMAL TEBAL
SERING BERLAKU PEPERANGAN ATAS SEBAB YANG KECIL
CIRI-CIRI KEHIDUPAN BERKABILAH DALAM MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
CARA HIDUP BERPUAK-PUAK
AHLI KABILAH TERDIRI DARIPADA SUKU YANG SAMA
SETIAP KABILAH MEMPUNYAI PERATURAN TERSENDIRI
SETIAP KABILAH DIKETUAI OLEH SEORANG SYEIKH
AHLI KABILAH SANGAT TAKSUB TERHADAP KABILAH MASING-MASING
SANGGUP MENUNTUT BELA DEMI MEMPERTAHANKAN MARUAH KABILAH MEREKA
PEPERANGAN ANTARA KABILAH SERING BERLAKU ATAS SEBAB YANG KECIL
SYARAT MENJADI KETUA KABILAH
BAKAL SYEIKH MESTI DISUKAI OLEH AHLI KABILAH
MENDAPAT PERSETUJUAN RAMAI
BERFIKIRAN MATANG
GAGAH DAN BERANI
PANDAI BERPIDATO
MAKSUD SEMANGAT ASSABIYAH
SEMANGAT KESUKUAN YANG MELAMPAU
SALING BERMUSUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN
AMALAN SISTEM KABILAH TIDAK SESUAI DIAMALKAN PADA ZAMAN INI
KEMUNCULAN SEMANGAT ASSABIAH ATAU KESUKUAN YANG MELAMPAU
SETIAP PUAK TINGGAL DALAM KELOMPOK MASING-MASING
SETIAP PUAK TERIKAT KEPADA PERATURAN KABILAH MASING-MASING
SETIAP AHLI KABILAH SANGAT TAKSUB TERHADAP KABILAH MASING-MASING
MENIMBULKAN SEMANGAT KESUKUAN YANG MENEBAL
SANGGUP MENUNTUT BELA DEMI MEMPERTAHANKAN MARUAH DIRI DAN KABILAH
PUNCA SENGKETA MENYEBABKAN HIDUP KUCAR-KACIR DAN TIDAK AMAN
PEPERANGAN ANTARA KABILAH SERING BERLAKU ATAS SEBAB YANG KECIL
PERPADUAN TIDAK AKAN DICAPAI
RAKYAT HIDUP DALAM KETAKUTAN
IMEJ NEGARA AKAN TERCEMAR
RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL
BERASAL DARI KETURUNAN PEMIMPIN MAKKAH TERKENAL
BAPA BAGINDA IALAH ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB
IBU BAGINDA IALAH AMINAH BINTI WAHAB
LAHIR PADA TAHUN GAJAH
DISERAHKAN KEPADA HALIMATUS SA’DIYAH UNTUK DIPELIHARA DAN DISUSUI
MENJADI YATIM PIATU SEJAK BERUMUR ENAM TAHUN
KETIKA ENAM TAHUN DIPELIHARA OLEH DATUK (ABDUL MUTTALIB)
SETELAH DATUK MENINGGAL, DIPELIHARA OLEH BAPA SAUDARA (ABU TALIB)
PERNAH MENGEMBALA KAMBING KEPUNYAAN BAPA SAUDARA BAGINDA
MENGIKUTI ROMBONGAN PERNIAGAAN BAPA SAUDARA KE SYAM
KERASULAN BAGINDA DIRAMALKAN OLEH PENDETA NASRANI BERNAMA BUHAIRA
GIAT BERNIAGA SECARA BERSEORANGAN DAN BERKONGSI BERSAMA TEMANNYA
PERNAH MENGURUSKAN PERNIAGAAN KHADIJAH
KHADIJAH MEMBERI MODAL BESAR KEPADA BAGINDA KERANA SIFAT AMANAH DAN KEBOLEHAN MENJALANKAN PERNIAGAAN
MENDAPAT KEUNTUNGAN BESAR DALAM PERNIAGAAN
BAGINDA BERKAHWIN DENGAN KHADIJAH KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
MENYELESAIKAN PERBALAHAN PERLETAKAN SEMULA HAJAR ASWAD KE TEMPAT ASALNYA
PENGLIBATAN NABI DALAM PERNIAGAAN
BAGINDA PERNAH MENJALANKAN PERNIAGAAN SECARA PERSEORANGAN DAN BERKONGSI
PERNAH MENGIKUTI ROMBONGAN PERNIAGAAN BAPA SAUDARA BAGINDA, ABU TALIB KE SYAM
BERKEBOLEHAN MENJALANKAN PERNIAGAAN KHADIJAH
MEMPEROLEH KEUNTUNGAN YANG BERLIPAT GANDA
CARA BERNIAGA ADALAH DENGAN MENUNJUKKAN SIFAT JUJUR DAN MEMBERIKAN LAYANAN YANG SEWAJARNYA KEPADA PELANGGAN
SIFAT TERPUJI NABI MUHAMMAD S.A.W
SIDDIQ [BERCAKAP BENAR]
TABLIQ [MENYAMPAIKAN]
AMANAH [DIPERCAYAI]
FATANAH [BIJAKSANA]
PENJELASAN SIFAT-SIFAT TERPUJI NABI
MEMPUNYAI EMPAT SIFAT TERPUJI
BENAR, DIPERCAYAI,BIJAKSANA, MENYAMPAIKAN
DIGELAR AL-AMIN KERANA DIPERCAYAI DAN TIDAK PERNAH BERBOHONG
AMANAH TERHADAP TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN
CONTOHNYA MENGENDALIKAN PERNIAGAAN SITI KHADIJAH
MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN
CONTOHNYA MENYELESAIKAN PERISTIWA HAJARUL ASWAD
KETUA KELUARGA YANG BOLEH DICONTOHI
CONTOHNYA MEMBANTU ISTERI MEMASAK, MELAYAN ANAK
SIKAP MERENDAH DIRI
SUKA BERGAUL DENGAN SEMUA ORANG
MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SEDERHANA
SABAR DAN TABAH DALAM PEKERJAAN
SENTIASA BERSERAH SEPENUH JIWA DAN RAGA KEPADA ALLAH S.W.T
BERSIFAT PENYAYANG KEPADA KANAK-KANAK DAN ORANG TUA
SUKA BERTAHANNUTH (MENGASINGKAN DIRI UNTUK BERIBADAT)
MENUNJUKKAN SIFAT PEMAAF
CONTOHNYA MEMAAFKAN ARAB QURAISY YANG MENYERAH DIRI SEMASA PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
SEBAB NABI BERTAHANNUTH DI GUA HIRAH
MEMIKIRKAN MASALAH KAUM BAGINDA
SERING MEMIKIRKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL
MENCARI JALAN UNTUK MENGUBAH NILAI YANG DIPEGANG OLEH MASYARAKAT JAHILIAH
MENGASINGKAN DIRI UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH
TEMPAT BERIBADAT YANG SUNYI DAN TENANG
MENYERAH DIRI KEPADA ALLAH DENGAN SEPENUH JIWA RAGA
TEMPAT ALLAH MENURUNKAN WAHYU YANG PERTAMA KEPADA BAGINDA
KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA DALAM ISLAM BERDASARKAN WAHYU PERTAMA
MENDAPAT ILMU PENGETAHUAN
KAJIAN DAPAT DILAKUKAN TERHADAP SESUATU PERKARA
BANGSA BERILMU DAPAT MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM PELBAGAI BIDANG
ILMU YANG DITUNTUT MESTILAH DAPAT MEMBINA MASYARAKAT
KEPENTINGAN WAHYU KEDUA SURAH AL-MUDDASIR
MERUPAKAN PENGISYTIHARAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASULULLAH
MEWAJIBKAN BAGINDA MENYAMPAIKAN AJARAN ISLAM KEPADA SELURUH MANUSIA
DIANGGAP SEBAGAI RAHMAT KEPADA SELURUH ALAM

Tuesday, April 5, 2011
KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua
Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang
Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman
Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali
Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan sena
Guru cemerlang negara terbilang
Menjunjung setia seiring tema
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.
Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya
Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya
Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan pengetua selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata
Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara
Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Satu Malaysia Satu Bangsa
Perpaduan disemai demi pertiwi
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai
Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam
Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua
Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Subscribe to:
Posts (Atom)