UNTUK DIKONGSI RASA



























Monday, April 30, 2012

ELEMEN 3 FOLIO SEJARAH PMR 2012

Kepada semua yang mengikuti blog Cikgu Anna, rasanya sudah lama tiada catatan baru cikgu keluarkan... kini..untuk menolong anak-anak calon PMR 2012, menyiapkan kerja kursus Sejarah PMR, cikgu Anna paparkan satu contoh elemen 3 untuk dijadikan garis panduan. Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Soalan: BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita? CONTOH ESEI 1: Sebagai rakyat Malaysia yang amat kaya dengan unsur patriotism, slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia amat bertepatan dengan cirri dan budaya bangsa Malaysia. Pengamalan slogan tersebut akan dapat menyuburkan semangat patriotisme kerana apabila kita membeli barangan yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh negara kita, sudah tentu kita akan menyemai rasa berbangga sebagai rakyat Malaysia (UP1). Apatah lagi, jikalau barangan buatan Malaysia Berjaya dipasarkan di negara luar. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta dan bangga akan tanah air sendiri, sudah tentu akan terselit perasaan bangga ini. Malahan juga, kita dapat menyuburkan rasa menghormati lambang-lambang negara (UP1) yang pastinya tertera dengan megah pada barangan hasil keluaran negara. Sebagai contoh, lambang kebanggaan kita, kereta nasional Negara bukan sahaja meluncur megah di jalan raya seluruh negara kita, malahan juga turut digunapakai di luar negara. Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia juga akan dapat disuburkan dengan slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia apabila kita sebagai rakyat berasa bersemangat setia negara (UP2) kerana membeli dan memiliki barangan buatan Negara sendiri. Malahan juga turut menyelit rasa cinta akan bangsa dan negara (UP2) kerana barangan yang dihasilkan oleh bangsa kita sendiri berada di seluruh Negara dan juga dieksport ke luar negara. Bangsa kita dahulunya yang dipandang sepi dari segi pengiktirafan ternyata sudah boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia. Slogan itu juga turut melahirkan rasa bersyukur sebagai warganegara Malaysia (UP2) yang bukan sahaja terjamin keamanan negara malah turut sama bersaing dengan arus globalisasi dunia. Perasaan bersemangat kekitaan (UP3)) juga dapat disuburkan kerana melalui tolak ansur dan bertoleransi (UP3) serta bersatu padu dan berharmoni (UP3) dalam kalangan rakyat Malaysia yang wujud sejak dahulu maka, barangan buatan Malaysia dapat dihasilkan dan berjaya di pasaran dalam negara dan luar negara. Tanpa wujud perasaan kerjasama dan tolong menolong,(UP3) sudah tentu kita tidak akan berjaya menghasilkan barangan jenama tempatan. Penerapan unsur patriotism dapat dizahirkan melalui slogan ini apabila kita sebagai rakyat Malaysia turut mengamalkan sikap berdisiplin (UP4) dalam memastikan mutu barangan negara adalah setanding dengan barangan import. Demi memastikan kawalan mutu menepati citarasa pengguna, amat penting bagi pengusaha untuk mematuhi peraturan dan undang-undang (UP4) negara, agar barangan yang dihasilkan mendapat kelulusan SIRIM. Sebagai pengguna juga kita perlu bertindak wajar (UP4) menyokong seruan kerajaan untuk membeli barangan buatan Malaysia. Persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha dan pengeluar produk berjenama tempatan juga turut menyuburkan rasa rajin dan gigih,(UP5) malahan sentiasa bersedia dan tabah menghadapi cabaran (UP5) arus global. Inilah yang akan menyemai sikap berusaha dan produktif (UP5) dalam kalangan rakyat Malaysia. Kesimpulannya, slogan yang dilaungkan oleh kerajaan supaya rakyat Malaysia membeli barangan buatan Malaysia ternyata dapat menyuburkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat kita. Jika bukan kita yang berganding bahu membeli dan menggunakan barangan tempatan, kepada siapa lagi hendak kita harapkan. Semoga dapat membantu.. Selamat menyiapkan kerja kursus Sejarah PMR 2012.

3 comments: