UNTUK DIKONGSI RASA



























Wednesday, December 21, 2011

Titipan Kasih buat Tuan pengetua

Selingkar kenangan bersama Tuan
Walau sedetik Cuma
Ianya amat mahal untuk dinilai
Ianya amat luas untuk diukur
Bicaramu tuan bak tinta di jiwa kami
Menguntum senyummu tuan, membunga di hati kami
Kau nyalakan kandil hakiki
Menyuluh arah haluan nan murni
Dengan tekad nan suci
Menggunung harapan cita kami
Kau tak lupa kukuhkan tiang seri pusaka
Buat sokong di kala rebah
Permaidani kasih kau hamparkan
Di sepanjang lantai usang
Kelak membunga mekar setaman

Walau sesekali walang terusik
Oleh dengkur dan dengus
Lara wargamu kausirami dengan benih-benih keimanan
Rangsangan jua dorongan kau salurkan
Moga zuriat bakat kami bisa membiak ligat
Dan membunting kejayaan
Teguranmu pasti membina kami
Ajarmu pasti kami tak lupa
Jasamu pasti kami abadikan
Tinta kami ini adalah titipan kasih buat Tuan
Bukan sekadar metafora dalam kuntuman sajak
Yang berpalut kiasan wacana

Semoga Tautan Kasih kami akan kekal utuh menjadi Selingkar Kenangan pada Tuan
Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih,
Titipan Kasih Buatmu Tuan Pengetua, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat.

dikarang khas sempena Majlis Persaraan Pengetua SMKPNZ

Thursday, April 21, 2011

CONTOH JAWAPAN ESEI

SEJARAH TINGKATAN 4:

Soalan:
Ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliah [10 markah]

JAWAPAN:

(Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan perbuatan menipu, merompak )dan (meminum arak). (Seorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk dianggap sebagai lelaki sejati). (Kedudukan wanita yang amat rendah ) (sehingga tidak layak untuk mewarisi harta ibu bapa mereka). (Ada juga di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan hidup-hidup sebaik sahaja dilahirkan.) ( Seorang lelaki juga dibenarkan untuk berkahwin dengan sebanyak mana wanita yang diingini sekali.) ( Kegiatan merompak juga merupakan kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap masyarakat Arab jahiliah.)
(Mereka sering merompak kafilah yang lalu di padang pasir.) ( Perniagaan golongan Arab jahiliah juga berasaskan riba ) (dan penindasan. ) (Golongan yang kaya sering menindas golongan yang miskin.) (Masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai kepercayaan yang berlainan iaitu wathani, samawi, ) (menyembah berhala dan kepercayaan. ) (Terdapat segelintir daripada masyarakat Arab jahiliah yang mengamalkan kepercayaan agama Hanif tetapi kebanyakannya telah melupakan ajaran tersebut atau mencampurkan amalan tersebut dengan amalan jahiliah mereka).( Masyarakat Arab jahiliah juga hidup secara berkelompok yang dikenali sebagai sistem kabilah.)(Sistem kabilah telah menyebabkan wujudnya perasaan kesukuan) ( yang melampau dalam diri setiap anggota yang dikenali sebagai semangat assabiah.)( Sistem kabilah dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil syeikh).( Seorang syeikh yang dilantik haruslah merupakan seorang yang dipanggil berani, pandai berpidato) (dan disukai ramai.) ( Masyarakat Arab jahiliah juga suka berperang walaupun atas sebab yang kecil.) Sebagai contoh peperangan al-Basus adalah disebabkan oleh perkara kecil tetapi telah memakan masa 40 tahun.

( )= Menunjukkan isi.
21 Isi = markah maksima 10 m

SEJARAH TING.4 @BAB 4

MAKSUD JAHILIAH

PERKATAAN ARAB, JAHALA YANG BERMAKSUD JAHIL
TIDAK MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN
TIDAK MENGETAHUI

JANGKA MASA ZAMAN JAHILIAH

BERMULA SELEPAS RUNTUHNYA EMPANGAN MAARIB DI SABAK
SEHINGGA TURUNNYA WAHYU ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

SEBAB-SEBAB DIGELAR MASYARAKAT JAHILIAH

TIDAK MENYEMBAH ALLAH
TIDAK MENGIKUT AJARAN NABI
MENYEMBAH BERHALA
TIDAK MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN
AKHLAK MEREKA RENDAH
KEHIDUPAN MEREKA KUCAR-KACIR
MELAKUKAN AMALAN ANIMISME
TIDAK MENERIMA KEBENARAN

BUKTI MASYARAKAT JAHILIAH MEMPUNYAI AKHLAK BURUK
MENJALANKAN PERNIAGAAN BERASASKAN RIBA / PENINDASAN
MEROMPAK / MERAMPAS BARANGAN DARIPADA KAFILAH MERUPAKAN PUNCA PENDAPATAN
MENANAM BAYI PEREMPUAN HIDUP-HIDUP
MINUM ARAK, BERJUDI, BERZINA
TIADA PERATURAN DALAM PERKAHWINAN
MEMPUNYAI SEMANGAT ASSABIYAH
SUKA BERPERANG

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK SOSIAL

MELAKUKAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL SEPERTI BERJUDI/MINUM ARAK/BERZINA
KEDUDUKAN WANITA DIPANDANG RENDAH
WANITA TIDAK DAPAT MEWARISI HARTA PUSAKA
LELAKI BOLEH BERKAHWIN DENGAN BEBERAPA WANITA SEKALI GUS
MENANAM BAYI PEREMPUAN HIDUP-HIDUP
MENGANGGAP LELAKI MINUM ARAK HINGGA MABUK IALAH LELAKI SEMPURNA

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK EKONOMI

MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN
MELAKUKAN RIBA
MEROMPAK BARANGAN PIHAK LAIN
GOLONGAN KAYA MENINDAS GOLONGAN MISKIN
PEDAGANG LEBIH MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA
MENJUAL BERHALA

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK AGAMA

MENYEMBAH BERHALA
MEMPERCAYAI ANIMISME (MEMUJA ALAM SPT POKOK)
MENGANUT AGAMA HANIF (AGAMA NABI IBRAHIM)
MENGANUT AGAMA SAMAWI (YAHUDI DAN KRISTIAN)
KEPERCAYAAN MENILIK NASIB
MEMPERCAYAI ROH ORANG MATI MENJADI BURUNG

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI ASPEK POLITIK

MENGAMALKAN SISTEM KABILAH
KETUA KABILAH DIGELAR SYEIKH
CARA HIDUP BERPUAK-PUAK DAN BERKELOMPOK
MUNCUL SEMANGAT ASSABIAH AMAL TEBAL
SERING BERLAKU PEPERANGAN ATAS SEBAB YANG KECIL

CIRI-CIRI KEHIDUPAN BERKABILAH DALAM MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

CARA HIDUP BERPUAK-PUAK
AHLI KABILAH TERDIRI DARIPADA SUKU YANG SAMA
SETIAP KABILAH MEMPUNYAI PERATURAN TERSENDIRI
SETIAP KABILAH DIKETUAI OLEH SEORANG SYEIKH
AHLI KABILAH SANGAT TAKSUB TERHADAP KABILAH MASING-MASING
SANGGUP MENUNTUT BELA DEMI MEMPERTAHANKAN MARUAH KABILAH MEREKA
PEPERANGAN ANTARA KABILAH SERING BERLAKU ATAS SEBAB YANG KECIL

SYARAT MENJADI KETUA KABILAH

BAKAL SYEIKH MESTI DISUKAI OLEH AHLI KABILAH
MENDAPAT PERSETUJUAN RAMAI
BERFIKIRAN MATANG
GAGAH DAN BERANI
PANDAI BERPIDATO

MAKSUD SEMANGAT ASSABIYAH

SEMANGAT KESUKUAN YANG MELAMPAU
SALING BERMUSUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN

AMALAN SISTEM KABILAH TIDAK SESUAI DIAMALKAN PADA ZAMAN INI

KEMUNCULAN SEMANGAT ASSABIAH ATAU KESUKUAN YANG MELAMPAU
SETIAP PUAK TINGGAL DALAM KELOMPOK MASING-MASING
SETIAP PUAK TERIKAT KEPADA PERATURAN KABILAH MASING-MASING
SETIAP AHLI KABILAH SANGAT TAKSUB TERHADAP KABILAH MASING-MASING
MENIMBULKAN SEMANGAT KESUKUAN YANG MENEBAL
SANGGUP MENUNTUT BELA DEMI MEMPERTAHANKAN MARUAH DIRI DAN KABILAH
PUNCA SENGKETA MENYEBABKAN HIDUP KUCAR-KACIR DAN TIDAK AMAN
PEPERANGAN ANTARA KABILAH SERING BERLAKU ATAS SEBAB YANG KECIL
PERPADUAN TIDAK AKAN DICAPAI
RAKYAT HIDUP DALAM KETAKUTAN
IMEJ NEGARA AKAN TERCEMAR

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL

BERASAL DARI KETURUNAN PEMIMPIN MAKKAH TERKENAL
BAPA BAGINDA IALAH ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB
IBU BAGINDA IALAH AMINAH BINTI WAHAB
LAHIR PADA TAHUN GAJAH
DISERAHKAN KEPADA HALIMATUS SA’DIYAH UNTUK DIPELIHARA DAN DISUSUI
MENJADI YATIM PIATU SEJAK BERUMUR ENAM TAHUN
KETIKA ENAM TAHUN DIPELIHARA OLEH DATUK (ABDUL MUTTALIB)
SETELAH DATUK MENINGGAL, DIPELIHARA OLEH BAPA SAUDARA (ABU TALIB)
PERNAH MENGEMBALA KAMBING KEPUNYAAN BAPA SAUDARA BAGINDA
MENGIKUTI ROMBONGAN PERNIAGAAN BAPA SAUDARA KE SYAM
KERASULAN BAGINDA DIRAMALKAN OLEH PENDETA NASRANI BERNAMA BUHAIRA
GIAT BERNIAGA SECARA BERSEORANGAN DAN BERKONGSI BERSAMA TEMANNYA
PERNAH MENGURUSKAN PERNIAGAAN KHADIJAH
KHADIJAH MEMBERI MODAL BESAR KEPADA BAGINDA KERANA SIFAT AMANAH DAN KEBOLEHAN MENJALANKAN PERNIAGAAN
MENDAPAT KEUNTUNGAN BESAR DALAM PERNIAGAAN
BAGINDA BERKAHWIN DENGAN KHADIJAH KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
MENYELESAIKAN PERBALAHAN PERLETAKAN SEMULA HAJAR ASWAD KE TEMPAT ASALNYA

PENGLIBATAN NABI DALAM PERNIAGAAN

BAGINDA PERNAH MENJALANKAN PERNIAGAAN SECARA PERSEORANGAN DAN BERKONGSI
PERNAH MENGIKUTI ROMBONGAN PERNIAGAAN BAPA SAUDARA BAGINDA, ABU TALIB KE SYAM
BERKEBOLEHAN MENJALANKAN PERNIAGAAN KHADIJAH
MEMPEROLEH KEUNTUNGAN YANG BERLIPAT GANDA
CARA BERNIAGA ADALAH DENGAN MENUNJUKKAN SIFAT JUJUR DAN MEMBERIKAN LAYANAN YANG SEWAJARNYA KEPADA PELANGGAN

SIFAT TERPUJI NABI MUHAMMAD S.A.W
SIDDIQ [BERCAKAP BENAR]
TABLIQ [MENYAMPAIKAN]
AMANAH [DIPERCAYAI]
FATANAH [BIJAKSANA]

PENJELASAN SIFAT-SIFAT TERPUJI NABI

MEMPUNYAI EMPAT SIFAT TERPUJI
BENAR, DIPERCAYAI,BIJAKSANA, MENYAMPAIKAN
DIGELAR AL-AMIN KERANA DIPERCAYAI DAN TIDAK PERNAH BERBOHONG
AMANAH TERHADAP TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN
CONTOHNYA MENGENDALIKAN PERNIAGAAN SITI KHADIJAH
MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN
CONTOHNYA MENYELESAIKAN PERISTIWA HAJARUL ASWAD
KETUA KELUARGA YANG BOLEH DICONTOHI
CONTOHNYA MEMBANTU ISTERI MEMASAK, MELAYAN ANAK
SIKAP MERENDAH DIRI
SUKA BERGAUL DENGAN SEMUA ORANG
MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SEDERHANA
SABAR DAN TABAH DALAM PEKERJAAN
SENTIASA BERSERAH SEPENUH JIWA DAN RAGA KEPADA ALLAH S.W.T
BERSIFAT PENYAYANG KEPADA KANAK-KANAK DAN ORANG TUA
SUKA BERTAHANNUTH (MENGASINGKAN DIRI UNTUK BERIBADAT)
MENUNJUKKAN SIFAT PEMAAF
CONTOHNYA MEMAAFKAN ARAB QURAISY YANG MENYERAH DIRI SEMASA PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH

SEBAB NABI BERTAHANNUTH DI GUA HIRAH

MEMIKIRKAN MASALAH KAUM BAGINDA
SERING MEMIKIRKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL
MENCARI JALAN UNTUK MENGUBAH NILAI YANG DIPEGANG OLEH MASYARAKAT JAHILIAH
MENGASINGKAN DIRI UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH
TEMPAT BERIBADAT YANG SUNYI DAN TENANG
MENYERAH DIRI KEPADA ALLAH DENGAN SEPENUH JIWA RAGA
TEMPAT ALLAH MENURUNKAN WAHYU YANG PERTAMA KEPADA BAGINDA

KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA DALAM ISLAM BERDASARKAN WAHYU PERTAMA

MENDAPAT ILMU PENGETAHUAN
KAJIAN DAPAT DILAKUKAN TERHADAP SESUATU PERKARA
BANGSA BERILMU DAPAT MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM PELBAGAI BIDANG
ILMU YANG DITUNTUT MESTILAH DAPAT MEMBINA MASYARAKAT
KEPENTINGAN WAHYU KEDUA SURAH AL-MUDDASIR
MERUPAKAN PENGISYTIHARAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASULULLAH
MEWAJIBKAN BAGINDA MENYAMPAIKAN AJARAN ISLAM KEPADA SELURUH MANUSIA
DIANGGAP SEBAGAI RAHMAT KEPADA SELURUH ALAM

Tuesday, April 5, 2011

KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS

KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan


Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali




Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan sena
Guru cemerlang negara terbilang
Menjunjung setia seiring tema

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan pengetua selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Satu Malaysia Satu Bangsa
Perpaduan disemai demi pertiwi

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

SKRIP PENGACARA MAJLIS- KEM ELIT

KEM ELIT PMR & SPM 2008 (KLUANG BEACH RESORT)


Mengumumkan ketibaan Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pendidikan Daerah Besut




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim



Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pelajaran Daerah Besut



Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amir Azha b. Yusof, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong kanan Kokurikulum

En. Mustaffa b Hussin, selaku Kem Komandan

Guru-guru Kanan, Guru Pengurus Projek PMR dan SPM, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan ini, di Kluang Beach resort, bagi majlis perasmian Kem Elit PMR dan SPM SMKPNZ 2008. .


Bagi memberkati majlis pada petang nan berbahagia ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadzil ustaz Amri bin Daud untuk memimpin bacaan doa Dipersilakan.

###

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-fadzil ustaz. Semoga majlis-majlis ilmu sepanjang kem Elit ini akan berlangsung denganpenuh keberkatan dari Ilahi.


Sebagai pembuka tirai majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
####
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengetua.


Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakanYang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pelajaran Daerah Besut untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan Kem Elit PMR dan SPM SMKPNZ 2008. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

########
Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman


Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada Yang Mulia Tuan PPD dan semua pihak yang terlibat sepanjang kem Elit ini berlangsung.





Sekian, Wassalamualakum wbt.

SKRIP PENGACARA MAJLIS- SOLAT HAJAT LETAK KERJA PMR

PROGRAM SOLAT HAJAT LETAK KERJA PROJEK PMR 2011

(1)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En Abdul Rahim b. Abdullah Guru Penolong kanan Pentadbiran

En Amran bin Ibrahim, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

En Wan Pauzi bin Wan Mohd, Guru penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, R akan Kaunselor, rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

(2)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kelapangan waktu untuk sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini untuk Program soalat hajat letak kerja Projek PMR 2011. Semoga kerja buat kita akan berada dalam lindungan Allah SWT.

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

(3)
Memulakan bingkisan ucapan, majlis mempersilakan Pn. Siti Ruhana bt Ab. Lah, Penyelaras Projek PMR untuk memberi sepatah kata.
Dipersilakan.

....................

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Siti Ruhana Ab. Lah.

(4)

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk memberikan ucapan. Majlis mempersilakan.

............................

Majlis merakamkan ucapan teruma kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(5)

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Surat Aku janji Calon PMR 2011.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Abdul Rahim bin Abdullah, GPK Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menyerahkan Surat Aku Janji Calon PMR 2011.
Dipersilakan.

Dijemput;

Ketua atau penolong setiap kelas:

3A
3B
3C
3D
3E
3F
3G
3H

............

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(6)
Seterusnya majlis diserahkan kepada Pn. Norain Daud untuk urusan pendaftaran PMR 2011.

Guru-guru dijemput ke kantin untuk makan pagi.
Manakala para pelajar, sebaik selesai urusan pendaftaran PMR, juga dijemput ke kantin sekolah untuk jamuan.
Selesai jamuan, para pelajar perlu ke kelas untuk proses P&P seterusnya.


Sekian, wassalamualaikum w.b.t

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


1 PENGUMUMAN

Dijemput semua guru duduk di kerusi yang disediakan di tapak perhimpunan.

Perhatian kepada semua guru bertugas, diminta semua guru bertugas berada di belakang barisan pelajar.
Guru bertugas pada minggu ini ialah:
.............................................................................................................

Terima kasih.



2. KATA ALUAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, Kaunselor Sekolah, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita masih diberikan luangan waktu untuk sama-sama berkumpul di tapak perhimpunan [dewan Gemilang] untuk perhimpunan rasmi mingguan sekolah.

3 NYANYIAN LAGU

Guru-guru dan rakan pelajar sekalian,

Perhimpunan rasmi mingguan kita dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Semua guru dan pelajar diminta bersedia.


Seterusnya, zikir munajat.
......
Terima kasih

3 IKRAR

Seterusnya, dipersilakan wakil Pengawas _____________________________ untuk melafazkan ikrar pelajar negeri Terengganu.
......
Terima kasih kepada wakil pengawas

4 UCAPAN GURU BERTUGAS/KAUNSELOR

Semua pelajar dibenarkan duduk dalam keadaan tenang dan tertib.

Semua guru bertugas, dipersilakan mengambil tempat bersama guru-guru lain.
Terima kasih.

[a]
Majlis dengan segala hormatnya menjemput En/Pn/Cik ______________________________________ selaku guru bertugas minggu lepas untuk memberikan laporan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En/Pn/Cik ________________________________

[b]
Seterusnya, majlis mempersilakan En/Pn/Cik _________________________________________ untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En/Pn/Cik _______________________________

[c] {bagi acara penyampaian hadiah dll}

Seterusnya, dipersilakan En/Pn/Cik ______________________________ untuk meneruskan acara.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En/Pn/Cik _____________________________________

5 UCAPAN PENTADBIR

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput

1] Yang Berbahagia, En. Wan Pauzi bin Wan Mohd,
PK Kokurikulum SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
........
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia PK Kokurikulum.
2] Yang Berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, PK HEM, SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
........
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia PK HEM


3] Yang Berbahagia, En. Abdul Rahim bin Abdullah, PK Pentadbiran, SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
........
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia PK Pentadbiran.


4] Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat,
Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
........
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.


6 PENGUMUMAN
Guru-guru dan rakan pelajar sekalian,

Sekarang dibacakan beberapa pengumuman untuk pelajar:

1._________________________________________________

2. _________________________________________________

3. _________________________________________________

7 DOA

Perhimpunan rasmi mingguan kita sampai ke penghujungnya, sebelum bersurai majlis mempersilakan wakil pengawas untuk memimpin bacaan doa.

.....
Terima kasih diucapkan kepada wakil pengawas.

8 PENUTUP

Perhimpunan rasmi mingguan berakhir di sini. Para guru boleh bersurai dan para pelajar boleh bersurai mengikut barisan kelas masing-masing dalam keadaan tertib.

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH
SRA@smkpnz

SKRIP PENGACARA MAJLIS -JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2010

(1)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Berbahagia Tn. Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ

En Abdul Rahim b. Abdullah, Guru penolong Kanan Pentadbiran

En. Amran bin Ibrahim, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

En Wan Pauzi bin Wan Mohd, Guru penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang,Kaunselor,Guru-guru dan rakan-rakan pengawas yang dikasihi sekalian.

(2)

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di anjung yang santai ini Anjung Bahtera untuk majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMKPNZ 2010.

Hadirin yang dimuliakan,

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara


(3)

Sebagai pembuka tirai bingkisan ucapan, majlis mempersilakan wakil Pengawas, Nor Fazreen bt Ahmad Shukor, Ketua Pengawas Perempuan untuk memberikan sepatah kata.
Dipersilakan.

....................
Terima kasih diucapkan.





(4)

Seterusnya, majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan bingkisan ucapan.
Dipersilakan.

......................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Penolong Kanan HEM.

(5)

Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan yang Berbahagia Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan sepatah kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Pengetua.

(6)

Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Pengawas Tingkatan 5 dan Sijil Khidmat Cemerlang Pengawas 2010.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mhd.Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan sijil dan cenderahati.
Dipersilakan.

SIJIL PENGHARGAAN PENGAWAS TINGKATAN 5:

BIL NAMA TING
1 NOOR FAZREEN BT. AHMAD SHUKOR 5A2
2 DIYANA FAZIHA MOHAMAD 5SC
3 ABDUL RAHIM BIN MUHAMMAD 5A3
4 MOHD FARID BIN MOHAMAD 5A2
5 MOHD SAHRIL REZAL BIN SABERI 5A2
6 MUHAMMAD SABRI BIN OTHMAN 5A2
7 NUR AZAM BIN ALI 5A1
8 ADILA AZEANA BT. OTHMAN 5A1
9 FATIMAH AZ-ZAHRA BT WAHID 5A1
10 NIK RAIHAN BT BADIRUDDEEN 5A1
11 NOR ATHIRAH MOHAMMAD 5SC
12 NOR HAFIDZAH MAJID 5SC
13 NOR SYUHADA MOHD ZAKI 5SC
14 NUR MAHEERAH ZAHARI 5A1
15 NURA'IN BINTI ABDUL RAZAK 5A1
16 NURUL IZZATIE INDERA 5SC
17 SITI AISYAH MOHD NOR 5SC
18 SITI MARZIAH MARZUKI 5A1
19 WAN HANIM NATASYA BT WAN MOHAMMAD NOR 5SC
20 WAN NUR ATIKAH WAN ISA 5A1
21 WAN NUR AMALINA BT WAN YUSOF 5A2
22 ILA RUHI BT HAMID 5A1

SIJIL KHIDMAT CEMERLANG:

BIL NAMA TING
1 NOOR FAZREEN BT. AHMAD SHUKOR 5A2
2 NOR SYUHADA MOHD ZAKI 5SC
3 WAN HANIM NATASYA BT WAN MOHAMMAD NOR 5SC
4 ADILA AZEANA BT. OTHMAN 5A1
5 ABDUL RAHIM BIN MUHAMMAD 5A3
6 NUR AZAM BIN ALI 5A1
7 WAN AHMAD ARSELAN B. WAN AZIZ 3B
8 AHMAD MUSYRIF B. MOHD AMRI 3B
9 MOHAMMAD NASIRUDDIN B. NODA ISKANDAR 3B
10 MUHAMMAD HAFIZ IZZAT B. JUSOH 3A


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(7)

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan HEM untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

......................
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia PK HEM.





(8)

CABUTAN BERTUAH:

Tuah ayam tampak di kaki, tuah kita ...siapa yang kena.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang Berbahagia En. Abdul Rahim bin Abdullah, PK Tadbir untuk membuat 5 cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Dipersilakan.

.....................................
No bertuah.....



Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Abdul Rahim bin Abdullah, PK Tadbir.

5 cabutan bertuah seterusnya...selepas jamuan.


(9)

Hadirin yang dihormati,

Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil Pengawas, ..................................................................................................... untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.


Terima kasih .

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.
............................












CABUTAN BERTUAH:

Tuah ayam tampak di kaki, tuah kita ...siapa yang kena.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk membuat 5 cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Dipersilakan.

.....................................
No bertuah.....


Terima kasih diucapkan kpd Yang berbahagia Tuan Pengetua.


Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis pada siang ini berlangsung dengan jayanya.


Sekian, wasssalam....wbt

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMKPNZ 2008

[siti ruhana]
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah ke dalam dewan


(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amir Azha b. Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2008.






[Che faridah]
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Amri b Daud bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

[Siti Ruhana]

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.


(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan ,Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan.

………….
[Che faridah]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia. Tuan pengetua.

(6) JAMUAN

Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKPNZ, jadi jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru dan ada juga yang disumbangkan oleh para pelajar sendiri.

[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara


Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}


Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}


[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.


(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

SKRIP PENGACARA MAJLIS -SAHSIAH MURID

PROGRAM KESEJAHTERAAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

(1) [ ]

Assalamualaikum wbt. Dan salam Satu Malaysia.


{Yang Berbahagia, Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut}

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

{Yang Berbahagia ,Hj Mohd Yasmin bin Yusof, Pegawai Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Besut}

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang dihormati, ……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
selaku penceramah jemputan

Yang dihormati, Al-Fadzil Ustaz Mohd Norden bin Abdullah, …………………………………………………….. selaku penceramah jemputan

Yang dihormati, Pn. Hayati bt Abdul Wahab, ……………………………………………………………………..penceramah jemputan

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,


En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Guru-guru kanan, Kaunselor, guru-guru pengiring, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ ini bagi satu program Kesejahteraan Sahsiah dan Disiplin Murid, Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Terengganu dan Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Program kesejahteraan Sahsiah dan Disiplin Murid merupakan satu Gerak Kempen menangani gejala disiplin Murid yang bertemakan Hargailah Diri Anda. Objektif program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkeperibadian mulia, berpegang kepada nilai-nilai murni, berbudi bahasa, bertanggungjawab dan menghormati ibu bapa, guru, masyarakat dan undang-undang, di samping meningkatkan kuantiti disiplin murid dan mengurangkan salah laku disiplin di kalangan murid.


(2)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Rimbun meranti di hujung kota
Berbuah lebat sipohon Kuini
Bersama hargai diri kita
Sahsiah dijaga Disiplin ditangani.



Bagi memulakan bingkisan ceramah pada pagi nan berbahagia ini, majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Mohd Norden bin Abdullah, ………………………..untuk menyampaikan ceramah Motivasi Penerapan Nilai-nilai Murni.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


[ ]
****
Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Mohd Norden bin Abdullah.


(3)
Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis kita berhenti rehat buat seketika. Para hadirin dipersilakan ke ruang pameran untuk melihat pameran anjuran MAPAN. Dipersilakan.


Makan ……………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

############




(4)[ ]
Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia,

Kita berkumpul kembali di dewan Gemilang ini untuk meneruskan acara Program Kesejahteraan Sahsiah dan Disiplin Murid.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan slot ceramah yang kedua, iaitu dengan Ceramah Psikologi yang akan disampaikan oleh, Pn. Hayati bt Abdul Wahab, ………………………………..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Hayati bt Abdul Wahab.

#########

[ ]
Majlis merakam sekalungan bunga terima kasih kepada Pn. Hayati bt Abdul Wahab, atas kesudian menyampaikan ceramah psikologi itu tadi.


(5)
Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan slot ceramah yang ketiga. Ceramah PDRM yang bertemakan Murid-murid yang melakukan salah laku jenayah tidak terlepas dari tindakan undang-undang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
Untuk menyampaikan ceramah.
Dipersilakan.

###

[ ]
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada …………..
……………………………………………………………………………


(6)











(7)
Hadirin yang dimuliakan.

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada ahli jawatankuasa pengelola dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan acara pada hari ini serta sekalian tetamu yang hadir.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PROGRAM PENDIDIKAN SEKS

PROGRAM USM

(1)

Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ADUN Kota Putra

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek, Pensyarah dan Pakar Runding ORL-HNS Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan,, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

Dr Zaharah Sulaiman, Ketua Unit dan Pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita,
Pusat Pengajian Sains Perubatan

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Ahli-ahli jawatankuasa pengelola, rakan-rakan guru, para ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ ini bagi satu program Outreach Program Pendidikan Seks di kalangan Ibu bapa untuk Anak-anak Anjuran Bersama Pusat pengajian Sains Perubatan ,USM dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program hari ini bertemakan Selamatkah Anak Kita?

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

******
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.

(3)

Meneruskan acara,dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek, Pensyarah dan Pakar Runding ORL-HNS Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.


*****
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek.


(4)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Rimbun meranti di hujung kota
Berbuah lebat pohon cermai
Selamatkah anak kesayangan kita
Kasih ditagih sayang disemai.

Seterusnya, kita sampai ke acara Majlis Perasmian Program Pendidikan Seks di kalangan Ibu bapa untuk Anak-anak. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ADUN Kota Putra untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan program.
Majlis mempersilakan.

***********

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof atas ucapan itu tadi.



Hadirin hadirat yang dimuliakan,

(5)

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, _____________________untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk_____________________________.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.



****
Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada -------------------


(6)
Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi soal-jawab. Majlis dibuka kepada semua yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Dipersilakan.



(7)

Para hadirin yang diimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan-------- untuk menyampaikan cenderahati kepada ---
Dipersilakan.

….

Terima kasih diucapkan kepada----------

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ahli jawatankuasa pengelola dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan acara pada hari ini serta sekalian tetamu yang hadir.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

SKRIP PENGACARA MAJLIS -NAFAS SEGAR

KEM NAFAS SEGAR


(1) SRA

Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengawai Daerah Besut, merangkap Pengerusi PEMADAM daerah Besut.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

Dr. Azizah Yusoff, Pengerusi Rancangan Kajian Komuniti dan Kesihatan Keluarga(KKKK) USM

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Dr. Raishan Shafini, Pegawai Kesihatan Sekolah, Daerah Besut, selaku penceramah

En. Wan Isa bin Wan Abdullah, staff Kesihatan selaku penceramah

Guru-guru Kanan, guru cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, mahasiswa-mahasiswi USM dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ sempena pelancaran Kem Nafas Segar.

Syukur ke hadrat Allah yang maha Agung kerana kita dapat menghirup udara segar pada pagi yang ceria ini tanpa asap rokok di ruangan udara sekitar kita.








(2)

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

******
NIK
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.

(3)

Meneruskan acara,dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.


*****
SRA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail.


(4)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Seterusnya, kita sampai ke acara Majlis Perasmian Kem Nafas Segar. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengawai Daerah Besut, merangkap Pengerusi PEMADAM daerah Besut untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan Kem Nafas Segar.
Majlis mempersilakan.

***********


NIK
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim atas ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Besut untuk memalu gong tanda perasmian Kem Nafas Segar anjuran Bersama USM dan SMKPNZ. Dipersilakan.

….
Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah.

(5)

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengerusi PEMADAM untuk menyampaikan tag nama kepada 20 pelajar Contoh yang menyertai Kem Nafas Segar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********
Nama???

SRA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim.


(6)

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM untuk menyampaikan Cenderahati. Dipersilakan.

Dipersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Besut untuk menerima cenderahati.

Seterusnya dipersilakan yang Berbahagia, Tn. Hj Mhd ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk menerima cenderahati dari pihak USM.


****

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia Profesor Madya.

(7)
Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan acara lawatan ke pameran dan sudut kaunseling bagi Kem Nafas Segar ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para tetamu jemputan untuk melawat pameran dan sudut kaunseling di Dewan Terbuka SMKPNZ. Selepas melawat pameran para tetamu jemputan dipersilakan ke bilik VIP untuk kudapan.
Dipersilakan.

20 pelajar yang terlibat dengan Kem Nafas Segar dipersilakan ke pameran dan seterusnya ke jamuan di dewan terbuka bersama fasi.
Para guru dan pelajar-pelajar lain juga di persilakan ke ruang pameran dan sudut kaunseling di Dewan terbuka. Pelbagai bahan pameran dan permainan interaktif disediakan untuk semua. Selepas para pelajar selesai melihat pameran, para pelajar dibenarkan rehat selama 30 minit. Pelajar dikehendaki kembali semula ke dewan pada jam 10.30 pagi.
Dipersilakan ke dewan terbuka.


(8) NIK

Guru-guru,para pelajar ,hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Selamat kembali ke Dewan Gemilang, SMKPNZ.
Majlis kita pada siang hari ini diteruskan lagi dengan sesi ceramah. Ceramah pertama yang bertajuk Bahaya Merokok akan disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Besut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Dr. Raishan Shafini, Pegawai Kesihatan Sekolah untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dipersilakan.

????

Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Dr Raishan Shafini.

(9)

Seterusnya, sama-samalah kita mendengar luahan rasa bekas perokok. Untuk itu, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En. Wan Isa bin Wan Abdullah, staf kesihatan di sebuah klinik untuk berkongsi pengalaman beliau bersama kita semua.

????
SRA

Terima kasih diucapkan kepada En. Wan Isa bin Wan Abdullah kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Semoga apa yang diluahkan oleh beliau tadi dapat memberi teladan kepada kita semua.

(10)

Para hadirin yang diimuliakan,

Seterusnya, majlis diserahkan kepada pihak USM untuk mengendalikan sesi bengkel bersama 20 pelajar contoh.Para guru dan para pelajar lain boleh melihat-lihat pameran dan berkunjung ke sudut kaunseling di Dewan terbuka.
Dipersilakan ke dewan terbuka.

(11)
Seterusnya, majlis ini diserahkan kepada ketua Residensi untuk memberi taklimat bengkel. Dipersilakan Cik Shahidatul Naimah bt Wan Jusoh dan En. Yeap Kian Nie.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

SKRIP PENGACARA MAJLIS- SUKAN

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKPNZ 2008

KHAMIS 14/2/2008

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Penolong PPD Daerah Besut, Bahagian Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Pemangku PPD Daerah Besut

Kejohanan olahraga SMKPNZ 2008 pada petang ini kita mulakan dengan perbarisan masuk kontigen rumah sukan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menerima tabik hormat.

Perbarisan masuk Kontigen rumah sukan dimulakan dengan Rumah Bendahara (Merah) Merah membara pasti juara, diketuai oleh Syarmi b Arshad dengan kekuatan 33 peserta.

diikuti oleh Rumah Laksamana (Biru), Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh Mohd Syafiq b Che Ghani dengan kekuatan 40 peserta.

Seterusnya Rumah Shahbandar (Hijau), Hijau segar sentiasa Mekar, diketuai oleh Zulfadli b Abd Rahman dengan kekuatan 35 peserta.

Akhir sekali Rumah Temenggung (Kuning), Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh Mohd Hanif b Razali dengan kekuatan 31 peserta.





















Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Penolong PPD Daerah Besut, Bahagian Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Pemangku PPD Daerah Besut


Yang Berbahagia, Tn Hj Romeli bin Abd Rahman, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Mohd Suhaili b Hamzah, Penolong kanan Kokurikulum SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Wan Mazlan b. Hj Wan Ismail, Pengurus kejohanan

Guru-guru Kanan, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008.

Acara kita pada petang ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah.





















Meneruskan acara pada petang yang permai ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Romeli bin Ab Rahman , pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

.............

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

Hadirin sekalian,

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008 sampai dipenghujungnya. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan, Penolong PPD Daerah Besut, Bahagian Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Pemangku PPD Daerah Besut
untuk memberikan ucapan penutup.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

............

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.

Majlis pada petang nan permai ini diteruskan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Amri bin Daud untuk membacakan doa.

............

Terima kasih diucapkan kepada al-fadzil Ustaz.


Seterusnya, acara kita pada petang ini diteruskan dengan upacara menurunkan bendera kejohanan yang akan diketuai oleh Mohad Fakhrurazi b Mohd Jamil.



Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008 berakhir sudah. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua guru dan pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan sokongan besar dalam memastikan acara kita dapat dilangsungkan dengan jayanya.



Akhirnya, majlis menjemput dan mempersilakan para guru dan tetamu untuk jamuan ringan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

SKRIP PENGACARA MAJLIS- NILAM

WATIKAH PENGAWAS PSS & NILAM

(1)
Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut,

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pelancaran Program NILAM .

(3)

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Terengganu.

*****

Kalungan bunga terima kasih buat semua.







(4)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Amri bin Daud bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

#########
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.


(5)

Melilit rotan di dahan ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Pengetua bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata


Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperi
Minum air tampak berkaca
Demi jaya ilmu dicari
Nadi ilmu amalan membaca

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan Program NILAM dan Watikah Pelantikan Pengawas PSS. Dipersilakan.

#####
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.

(7)

Seterusnya, kita tiba ke acara penyerahan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Bagi maksud tersebut, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk mengiringi Yang Berbahagia En Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan PPD Besut untuk menyampaikan watikah.
Dipersilakan.

NAMA;.........................


Seterusnya, penerima hadiah untuk Anugerah NILAM:

NAMA...........

####

Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Yang Berbahagia En Ab Halim bin Hj Hassan kerana sudi menyampaikan watikah dan hadiah.

(8)

Seterusnya, majlis mempersilakan yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan tulus ikhlas daripada warga SMKPNZ.

####
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.


(9)
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan koir Pusat Sumber Sekolah dibawah pimpinan Pn. Zafiah Yusof, untuk mendendangkan dua buah lagu; lagu Nilam dan Membaca Gaya Wawasan.
Dipersilakan

####

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Koir

(10)

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.


Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Ilmu dijulang semangat membara
Amalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Ilmu dijulang demi kejayaan
Amalan Membaca gaya wawasan


Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan AJK Pelancaran Program NILAM untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk ke Kiosk NILAM bagi upacara memotong riben sebagai simbolik perasmian Kiosk NILAM dan seterusnya ke majlis jamuan di Bilik VIP. Majlis juga turut mengalu-alukan Tetamu jemputan untuk bersama-sama melawat pameran di Dewan Terbuka.
Majlis mempersilakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt

Makluman kepada para pelajar: para pelajar boleh melawat pameran dan juga Perpustakaan bergerak secara berjadual.

SKRIP PENGACARA MAJLIS- MAULIDURRASUL

MAULIDURRASUL 2011

(1) sra
Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang dihormati, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid, Imam masjid hadhari Jerteh, selaku penceramah jemputan

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Guru-guru kanan, guru cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai Dewan Gemilang SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi satu majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2010 bersamaan dengan 1431 tahun hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1432 Hijrah; Satu Malaysia Satu Ummah

(2)

Rasulullah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirahmu,
pahit getir perjuangmu membawa cahaya kebenaran,
engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta,
biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,
tak terjangkau tinggi pekertimu,tidak tergambar indahnya akhlakmu,
tidak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engkau Rasul mulia.





(3)
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan bingkisan kata. Majlis mempersilakan.

***********
Nik

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.



(4)

Seterusnya, pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan, Yang dihormati, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid, Imam Masjid Hadhari Jerteh. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

#########################
sra
Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid.

(5)

Siddiq, amanah ,tabliq, fatanah,
Sifat terpuji junjungan rasulullah,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
Satu Malaysia Satu ummah.

Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan slot kuiz spontan.

…………………………………………………………………………..






Nik
(6)
Khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya…. “Hai sekalian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka. Setiap individu Islam ialah saudara orang Islam. Mereka bersaudara…..hai manusia, saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini, iaitu Kitab Allah atau al-Quran dan sunnah Rasulullah.”

(7)
Seterusnya, selingan irama nasyid buat halwa telinga.

Majlis mempersilakan kumpulan nasyid………………………..
Untuk menyampaikan lagu……………………………

………………

Terima kasih kepada kumpulan nasyid.

(8)

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah,

Seterusnya pengumuman Personaliti maulidurrasul.

………………………….


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia, En Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan hadiah kepada personaliti Maulidurrasul;
Dipersilakan.

………………………

Seterusnya,
cenderahati tanda penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid.

. Dipersilakan.

##############
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(9)

Majlis kita sampai ke penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis kita pada siang hari ini.
Terima kasih sekalung budi. Majlis bersurai.

Sekian, wassalamualakum wbt.

SKRIP PENGACARA MAJLIS -BULAN BAHASA KEBANGSAAN

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010


(1)

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dataran perhimpunan ini bagi Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2010. Syukur juga kerana dengan izinNya kita berteduh berbumbungkan redup langit, dengan awan gemawan damai rasa ceria suasana.


(3)
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Terengganu, Lagu Sekolah dan seterusnya memurnikan bibir dengan zikir munajat.

*****
Seterusnya...marilah kita sama-sama menyanyikan dan menghayati pula Lagu Tema Bulan Bahasa Kebangsaan, Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Kalungan bunga terima kasih buat semua.


(4)
Hadirin yang dimuliakan,

Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober, yang telah memulakan langkah bulan Oktober tahun 2009 , sebagaimana yang telah diuar-uarkan di kaca Televisyen dan dada-dada akhbar, Bulan Bahasa Kebangsaan adalah merupakan usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

(5)

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan didahan ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Pengetua bermadah kata


Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########
Demikian..satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus, membawa mesej dan makna yang kudus.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Kita teruskan majlis dengan untaian kata madah bicara kilauan sukma, sama-samalah kita hayati bait-bait kata deklamasi sajak.

Majlis mempersilakan Adik Wan Afifah Aflah bt Kamaro dari kelas 2 Amanah untuk mendeklamasikan sajak dengan judul Bahasa Jiwaku.

***

Demikian tadi puitisnya bahasa. Terima kasih kepada Adik Afifah Aflah.


(7)

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sarat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa

Seterusnya, majlis mempersilakan Adik Nur Elyanis Fazreen bt Kamarudin dari kelas 2 Amanah untuk bercerita.

******

Demikian tadi persembahan bercerita. Terima kasih diucapkan kepada Adik Elyanis Fazreen.


Burung serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit pandangan orang
Pandangan atas bahasa budi

(8)

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Wan Mohd Hassan Badri bin Wan Othman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

************
Majlis merakamkan setulus ucapan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz.



(9)
Berikut adalah pertandinga-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010:

1. Pertandingan Pidato
2. Deklamasi Sajak
3. Syarahan
4. Bercerita
5. Kuiz
6. Pertandingan Esei
7. Pertandingan Teka Silang kata
8. Beli pantun.

Majlis penutup dan Penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Khamis, 21 Oktober 2010.

(10)

Majlis kita sampai dipenghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.


Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang minggu ini berjalan lancar.


Sekian, Wassalamualakum wbt


PENUTUP BULAN BAHASA 2010


(1)

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk kita sama-sama berkumpul di Dataran Perhimpunan ini bagi Majlis Perasmian Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 . Syukur juga kerana dengan izinNya kita dapat melaksanakan beberapa program yang telah dirancangkan.



Cincin suasa tersemat di jari
Hiasan tersohor dato Bahaman
Bahasa kebangsaan indah terperi
Menjulang martabat zaman berzaman



(3)
Hadirin diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu tema Bulan Bahasa Kebangsaan -lagu ”Bahasa Jiwa Bangsa”

................

Rakaman ucapan terima kasih buat semua.

(4)
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Lagu bahasa jiwa bangsa berkumandang sudah
Bingkisan ucapan menyusul pula



Ran-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.


(5)


Seterusnya, kita tiba ke acara penyampaian hadiah,





Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ, untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

..................................................

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.

Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan pertandingan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang, yang kalah usah menjerut rasa, cuba lagi di lain masa, di lain acara.

(6)


Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.


Jejaran mengkudu bias kesuma
Di celah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali


Sekian, Wassalamualakum wbt

SKRIP PENGACARA MAJLIS -ASAT

ASAT 2008-


(1) [siti ruhana]

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , Tn. Haji Salleh bin Hj Busu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT,mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu


(2)

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Selamat Sultan yang akan dipersembahkan oleh kumpulan koir dari SMK Tengku Mahmud , Besut. Dipersilakan
.............

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Koir SMK Tengku Mahmud.

(3)[rosli]

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Dengan segala hormatnya dipersilakan Tetamu-tetamu VIP untuk ke meja bagi menjamu selera.

Para tetamu jemputan dijemput untuk menikmati juadah jamuan ringan yang telah disediakan di luar dewan

Sambil menjamu selera Para tetamu jemputan kita akan dihiburkan dengan kemerduan alunan suara, persembahan penuh bertenaga oleh peserta nyanyian solo lelaki dan perempuan yang telah bertanding pada siang tadi.

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara persembahan nyanyian Solo lelaki

Dipersilakan_________________________________________

Terima kasih

[siti ruhana]
Seterusnya dipersilakan pula _________________________________________ untuk nyanyian solo perempuan.

Terima kasih



(4) [rosli]
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Bismillahirrahmanirrahim

Yang berbahagia , Tn. Haji Salleh bin Hj Busu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT,mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pendidikan Daerah Besut

Yang Berbahagia, En. Halim bin Hassan, Pegawai JPNT

En. Nor Mazlan bin Ahmad, Penyelia HEM, PPD Besut

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, mewakili Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Penolong-penolong PPD, Ahli-ahli Jawatankuasa Induk ASAT Negeri Terengganu 2008, Pengetua-pengetua, Guru Besar-guru besar, Dif-dif jemputan, Guru-guru pengiring dan para peserta yang dihormati sekalian.

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua








(5)

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi majlis perasmian penutup Anugerah Seri Asrama Terengganu (ASAT) bagi tahun 2008.

[siti ruhana]

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan



(6)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########
[rosli]
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman atas ucapan yang telah disampaikan.


(7)
Hadirin hadirat sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar bingkisan kata, ucapan perasmian Penutup Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Terengganu tahun 2008. Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, Tn. Haji Salleh bin Hj Busu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT,mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan sekaligus menutup Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Terengganu 2008.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

########
[siti ruhana]
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia, Tn. Haji Salleh bin Hj Busu.



(8)

PENYAMPAIAN HADIAH :

Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara permainan, nyanyian, koakademik dan tarian rampai sempena Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Terengganu 2008.



Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia _____________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan.


KEPUTUSAN







Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, __________________________________________________________














Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang tidak berjaya usah menjerut rasa cuba lagi di lain acara di lain masa.





(9)[siti ruhana]



Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula



Seterusnya kita saksikan pula gabungan tari dan irama persembahan tarian rampai oleh___________________________________. Dipersilakan.


[siti ruhana]
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________


Demikian tadi berakhirnya persembahan dari peserta johan. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan persembahan itu tadi.


(10)[rosli]
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis perasmian penutup ASAT 2008 dapat dilangsung dengan jayanya.

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Sekian, Wassalamualakum wbt.

SKRIP PENGACARA MAJLIS -HOKI

HOKI PERINGKAT NEGERI

(1)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, En Rodzi bin Mohamed, Penolong Pegawai Sukan (Latihan) Unit Sukan MSST

Yang Berbahagia, En Abd Halim bin Hj Hassan, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bahagian Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan , pemangku PPD Besut

Yang Berbahagia,Tn Hj Romeli b Ab Rahman, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En Abdul Rahim b. Abdullah Guru Penolong kanan Pentadbiran, SMK Permaisuri Nur Zahirah

En amir Azha bin Yusof, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid ,SMK Permaisuri Nur Zahirah

En Mohamad Suhaili b Hamzah, Guru penolong kanan Kokurikulum, SMK Permaisuri Nur Zahirah

Hadirin dan hadirat, guru-guru pengurus pasukan, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.


(2)

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini untuk memeriahkan majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Hoki dan Bola tampar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Terengganu.

(3)

Hadirin hadirat dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah.

[a]
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia ______________________________________ ________untuk mengiringi Yang Berbahagia_______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia.________________________________




[b]
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia _________________________________________ untuk mengiringi Yang Berbahagia _______________________________bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia _______________________________
.........................................

[c]
Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, ____________________________________untuk mengiringi Yang Berbahagia ______________________________________ bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia ___________________________________________________.


Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang tumpas usah menjerut rasa, cuba lagi di lain acara, di lain masa.



(4)

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, ___________________________________________ , __________________________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan perasmian Penutup Kejohanan Hoki dan Bola tampar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Terengganu.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.



Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia _______________________________________________ atas ucapan yang telah disampaikan.

(5)

Hadirin sekalian,

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Hoki dan Bola Tampar MSSM Terengganu 2008 sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama padu, dan sumbagan tenaga dalam memastikan acara pada petang ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Sekali lagi terima kasih untuk semua.


Sekian, wassalamualaikum w.b.t

SKRIP PENGACARA MAJLIS -KENANGAN PENGETUA

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJALUR KENANGAN

(1) TUAN KOB

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah ke dalam dewan


(2)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid b Awang , Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amir Azha b. Yusof, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong kanan Kokurikulum


Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, kaunselor Sekolah, rakan-rakan guru, kakitangan sekolah dan para pelajar yang dikasihi sekalian.


(3)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini untuk majlis Sekalung Budi Sejalur Kenangan Buat En Ab Halim bin Hj Hassan sempena pertukaran Pengetua yang kita hormati kerana kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut.

(4)
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari Yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-Ustaz Amri b. Daud bagi memimpin pembacaan doa.

Dipersilakan ustaz.



SITI RUHANA
Terima kasih al-Fadzil Ustaz atas pimpinan doa sebentar tadi.

Semoga majlis nan berlangsung diberkati Yang Maha Agung.


(5)

Meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan suka citanya mempersilakan wakil pelajar NUR SHAHIRAH BT. CHE GHANI untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

(6)
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn. Hj Mohamad Arshad bin Abu Bakar,Pengerusi Kelab Warga PNZ untuk menyampaikan sepatah kata bagi mewakili warga SMK Permaisuri Nur Zahirah.
Dipersilakan.


TUAN KOB

Terima kasih dicapkan kepada pengerusi kelab Warga PNZ.


(7)
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berbahagia En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran, untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili barisan guru-guru SMK Permaisuri Nur Zahirah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia En. Abdul Rahim b Abdullah atas ucapan itu tadi.

(8)

Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid b Awang , Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.




SITI RUHANA
Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Tn Hj Abdul Rashid b Awang atas ucapan yang telah disampaikan.


(8)
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Seterusnya , sama-samalah kita saksikan persembahan multimedia yang didedikasikan khas buat Tuan Pengetua.



........

Nukilan kata buat Tuan pengetua

Subuh hari lalu
Kau menjejak kaki ke PNZ
Kau sirami dinihari kami
Kau gemerlapkan pagi kami
Kau warnakan hari-hari kami
Kau cerikan waktu kerja kami
Kau hiburkan hari-hari kami
Dengan jenakamu
Senda gurau tak lekang di bibirmu
Penawar lara kami
Yang keletihan menghambat warga kecil PNZ
Kau mengajar kami erti Pakat Buat
Teguranmu membina kami
Ajarmu pasti kami tak lupa
Jasamu pasti kami abadikan
Benar ibarat gurindam jiwa,
Di dalam hati tidak dilupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Tuan pengetua,
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu- rinduan
Namun begitu,
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali jua.

Namun kini,
Belum sempat senja menjengah
Kau terpaksa melangkah pergi
Nyata masa singkat sekali
Kami akur demi tugasmu
Patah tumbuh hilang berganti,
Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih,
Buatmu En. Ab Halim bin Hj Hassan.

(9) TUAN KOB
Hadirin yang dihormati,

Sampai masa yang kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata dan amanat. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan ,Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

SITI RUHANA
Demikian... satu penyampaian dan pengucapan yang telus membawa mesej dan makna yang kudus dari yang Berbahagia Tuan Pengetua.

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.



(10)

Seterusnya ialah majlis penyampaian cenderamata tanda kenangan agar ingatan tak luput di hati, kepada yang Berbahagia Tuan Pengetua.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berbahagia En Abdul Rahim b Abdullah, guru Penolong kanan Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua bagi menerima cenderamata.

1. Majlis mempersilakan wakil pelajar saudara Izzat Asyraf bin Jusoh
mewakili para pelajar SMK PNZ untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Dipersilakan.
........
Terima kasih.

2. Majlis seterusnya menjemput wakil Staf Sokongan Sekolah ________________________ untuk menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan.
......
Terima kasih.

3. Bagi mewakili para Guru SMK Permaisuri Nur Zahirah, majlis menjemput Tn. Hj Mohamad Arsah bin Abu Bakar tampil bagi menyampaikan cenderamata dan juga seekor kambing kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua. Kambing tersebut tersedia di luar dewan
Dipersilakan.
......
Terima kasih.

4. Bagi mewakili unit Kokurikulum, majlis mempersilakan, yang Berbahagia En. Mohammad Suhaili bin Hamzah, penolong kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan.
.......

Terima kasih.


5. Seterusnya bagi mewakili Unit HEM, majlis mempersilakan yang Berbahagia En Amir Azha bin Yusof untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan.

.............
Terima kasih.

6. Bagi mewakili Unit Kurikulum majlis mempersilakan __________________________ _______________________________untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan.

.....
Terima kasih.


7. Dan bagi mewakili Majlis Tadbir Sekolah, dijemput, yang Berbahagia En Abdul Rahim b Abdullah ,Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan cenderamata tanda ingatan kepada Tuan Pengetua.
Dipersilakan.

8. bagi mewakili PIBG, majlis mempersilakan __________________________________
______________________________________ untuk menyampaikan cenderamata.

.....
Terima kasih.


Terima kasih diucapkan kepada yang Berbahagia Tuan Pengetua.











(11)TUAN KOB

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis kita sampai di penghujungnya.

Pihak majlis mohon merakamkan serangkap pantun khas untuk yang Berbahagia Tuan Pengetua.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Pihak majlis serta seluruh warga SMKPNZ sekali lagi mengucap sekalungan tahniah kepada Tuan pengetua, Selamat bertugas di PPD, Tuan ibarat sirih pulang ke gagang. Kami di sini mendoakan kesejahteraan Tuan Pengetua.



Majlis kita tamat di sini.
Majlis dengan sukacitanya menjemput yang Berbahagia Tuan pengetua , dan para guru untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di kantin sekolah. Dipersilakan.


Sekian, Wassalamualaikum wbt.

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPNZ KALI KE-4




(1) SRA

PENGUMUMAN KETIBAAN:

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, ADUN Kota Putera merangkap Timbalan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu masuk ke Dewan.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, ADUN Kota Putera merangkap Timbalan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu


Yang Berbahagia, Tuan Hj Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut

Yang Setia, ASP En. Mohd Azham bin Hamzan, pegawai perhubungan Sekolah

Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang, Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Amir Azha bin Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Permaisuri Nur Zahirah

Wakil-wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Permaisuri NurZahirah,Guru-guru, para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian.






(2)

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai Dewan Gemilang SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Kita berhimpun untuk satu pertemuan keluarga besar, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Permaisuri Nur Zahirah kali keempat tahun 2009.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Permaisuri Nur Zahirah merasa berbesar hati, mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan YB serta semua tetamu jemputan yang hadir.


(3)
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di petang nan permai ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-Ustaz Wan Mohd Hassan Badri bin Wan Othman bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

NIK

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.


(4)
Meneruskan acara pada petang nan indah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

………….
SRA

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.




(5)
Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang, Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

………..
NIK

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Hj Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut untuk menyampaikan bingkisan kata. Dipersilakan.

........................
SRA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Baharuddin bin Ibrahim atas ucapan yang telah disampaikan.

(7)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian,


Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar amanat dan pesanan, lontaran idea dan gagasan serta merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Permaisuri Nur Zahirah kali keempat bagi tahun 2009.

Bagi maksud itu, majlis dengan segala penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, ADUN Kota Putera merangkap Timbalan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu
untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat PIBG SMK Permaisuri NurZahirah kali keempat.
Dipersilakan .
………….
NIK

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, atas ucapan perasmian yang telah disampaikan.Semoga kata ucapan, amanat dan pesanan dapat kita hayati bersama.

(8)

Seterusnya, marilah kita sama-sama menghayati bait-bait senikata lagu nasyid yang akan dipersembahkan oleh anak-anak SMKPNZ. Majlis menampilkan Kumpulan Nasyid _______________.


????

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan ______________________


(9)

PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi mengiringi Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR dan SPM 2008.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

NAMA


SRA

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof.

(10)

Acara pada petang nan permai ini diteruskan lagi dengan Acara Cabutan Bertuah sesi pertama, Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi mengiringi Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, yang akan membuat 3 cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah cabutan kepada pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CABUTAN



NIK

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof


Cabutan Bertuah akan diteruskan lagi selepas mesyuarat PIBG pada petang nanti. 28 cabutan lagi sedia menanti. Diharap para ibu bapa akan tetap setia bersama kami sehingga petang nanti. banyak hadiah berupa barangan elektrik selepas ini.


(11)

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang, Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof sebagai tanda penghargaan dan ingatan mesra daripada warga PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah.Dipersilakan.

.......

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang kerana sudi menyampaikan cenderahati.



SRA
(12)

Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Permaisuri NurZahirah selesai sudah. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof serta sekalian tetamu jemputan yang hadir atas kesudian bertandang di SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Akar Keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan YB serta Dif Jemputan untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan di Dewan Harmoni. Dipersilakan.
Pelajar yang menerima hadiah kecemerlangan dijemput bersama ibu bapa masing-masing untuk ke jamuan di dewan harmoni

(12)

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG kali keempat tahun 2009. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohammad Arshad bin Abu Bakar , pengerusi sementara Mesyuarat Agung untuk mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG 2009. Dipersilakan.



MESYUARAT