UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS- KEM ELIT

KEM ELIT PMR & SPM 2008 (KLUANG BEACH RESORT)


Mengumumkan ketibaan Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pendidikan Daerah Besut




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim



Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pelajaran Daerah Besut



Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amir Azha b. Yusof, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong kanan Kokurikulum

En. Mustaffa b Hussin, selaku Kem Komandan

Guru-guru Kanan, Guru Pengurus Projek PMR dan SPM, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan ini, di Kluang Beach resort, bagi majlis perasmian Kem Elit PMR dan SPM SMKPNZ 2008. .


Bagi memberkati majlis pada petang nan berbahagia ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadzil ustaz Amri bin Daud untuk memimpin bacaan doa Dipersilakan.

###

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-fadzil ustaz. Semoga majlis-majlis ilmu sepanjang kem Elit ini akan berlangsung denganpenuh keberkatan dari Ilahi.


Sebagai pembuka tirai majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
####
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengetua.


Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakanYang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pelajaran Daerah Besut untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan Kem Elit PMR dan SPM SMKPNZ 2008. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

########
Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman


Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada Yang Mulia Tuan PPD dan semua pihak yang terlibat sepanjang kem Elit ini berlangsung.





Sekian, Wassalamualakum wbt.

No comments:

Post a Comment