UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -SELAMAT DATANG PENGETUA

MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA TN HJ RAMLI

(1) TUAN KOB

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah ke dalam dewan

(2)
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, _____________________________________ Penolong kanan Pentadbiran, SMK Tengku Mahmud

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

Yang Berbahagia, _____________________________________ Penolong kanan HEM, SMK Tengku Mahmud

Yang Berbahagia En. Amir Azha b. Yusof, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berbahagia, _____________________________________ Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tengku Mahmud

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum


Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, kaunselor Sekolah, guru-guru Pengiring SMK Tengku Mahmud, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

(2)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan Majlis Sambutan Tuan Pengetua, Yang Berbahagia Tn Hj. Mhd Ramli bin Che Mat.


(3)SITI RUHANA
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam.
Pihak majlis serta seluruh warga SMK permaisuri Nur Zahirah merasa berbesar hati, mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan Tuan Pengetua dan semua tetamu jemputan yang hadir ibarat kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan


(4)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Wan Mohd Hassan Badri bin Wan Othman bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.


TUAN KOB

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Berbahagia En. Abdul Rahim bin Abdullah, Guru Penolong kanan Pentadbiran, SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

………….
SITI RUHANA

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia. En. Abdul Rahim bin Abdullah atas ucapan yang telah disampaikan.
(6)

Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berbahagia ______________________________________, ___________________SMK Tengku Mahmud untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

............
TUAN KOB

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia____________________________________________

(7) Hadirin yang dimuliakan,
Meneruskan acara, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput, Yang Berbahagia ______________________________________, ___________________sebagai wakil PPD untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

............
SITI RUHANA

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia____________________________________________

(8)
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar amanat dan pesanan, lontaran idea dan gagasan.Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, Tn Hj. Mhd Ramli bin Che Mat ,Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan bingkisan kata.
Dipersilakan.

………….
TUAN KOB
Demikian tadi, satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus membawa mesej dan makna yang kudus dari yang Berbahagia Tuan Pengetua, pasti menyelinap ke sanubari warga SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(9)
Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu dipenghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada yang berbahagia Tuan Pengetua dan menyampaikan kalungan bunga terima kasih kepada sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis permai pada siang ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Para tetamu jemputan dan juga para guru dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan

Sekian, Wassalamualakum wbt.

2 comments:

  1. TERIMA KASIH... SAYA MINTA IZIN COPY PASTE TEKS NI.. KENA JD MC HARI NI.. PK KO BAHARU... GOOGLE JUMPA YG NI.. MOGA MURAH REZEKI EMPUNYA BLOG

    ReplyDelete
  2. Mohon copy ye,pindah ke sekolah baru kena jadi Mc lah pula. In Shaa Allah rezeki melimpah ruah lg diberkati buat empunya blog.

    ReplyDelete