UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -ASAT

ASAT 2008-


(1) [siti ruhana]

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , Tn. Haji Salleh bin Hj Busu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT,mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu


(2)

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Selamat Sultan yang akan dipersembahkan oleh kumpulan koir dari SMK Tengku Mahmud , Besut. Dipersilakan
.............

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Koir SMK Tengku Mahmud.

(3)[rosli]

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Dengan segala hormatnya dipersilakan Tetamu-tetamu VIP untuk ke meja bagi menjamu selera.

Para tetamu jemputan dijemput untuk menikmati juadah jamuan ringan yang telah disediakan di luar dewan

Sambil menjamu selera Para tetamu jemputan kita akan dihiburkan dengan kemerduan alunan suara, persembahan penuh bertenaga oleh peserta nyanyian solo lelaki dan perempuan yang telah bertanding pada siang tadi.

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara persembahan nyanyian Solo lelaki

Dipersilakan_________________________________________

Terima kasih

[siti ruhana]
Seterusnya dipersilakan pula _________________________________________ untuk nyanyian solo perempuan.

Terima kasih



(4) [rosli]
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Bismillahirrahmanirrahim

Yang berbahagia , Tn. Haji Salleh bin Hj Busu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT,mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pendidikan Daerah Besut

Yang Berbahagia, En. Halim bin Hassan, Pegawai JPNT

En. Nor Mazlan bin Ahmad, Penyelia HEM, PPD Besut

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, mewakili Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Penolong-penolong PPD, Ahli-ahli Jawatankuasa Induk ASAT Negeri Terengganu 2008, Pengetua-pengetua, Guru Besar-guru besar, Dif-dif jemputan, Guru-guru pengiring dan para peserta yang dihormati sekalian.

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua








(5)

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi majlis perasmian penutup Anugerah Seri Asrama Terengganu (ASAT) bagi tahun 2008.

[siti ruhana]

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan



(6)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########
[rosli]
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia, Tuan Mohammad Yusof bin Tuan Sulaiman atas ucapan yang telah disampaikan.


(7)
Hadirin hadirat sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar bingkisan kata, ucapan perasmian Penutup Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Terengganu tahun 2008. Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, Tn. Haji Salleh bin Hj Busu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT,mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan sekaligus menutup Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Terengganu 2008.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

########
[siti ruhana]
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia, Tn. Haji Salleh bin Hj Busu.



(8)

PENYAMPAIAN HADIAH :

Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara permainan, nyanyian, koakademik dan tarian rampai sempena Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Terengganu 2008.



Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia _____________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan.


KEPUTUSAN







Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, __________________________________________________________














Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang tidak berjaya usah menjerut rasa cuba lagi di lain acara di lain masa.





(9)[siti ruhana]



Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula



Seterusnya kita saksikan pula gabungan tari dan irama persembahan tarian rampai oleh___________________________________. Dipersilakan.


[siti ruhana]
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________


Demikian tadi berakhirnya persembahan dari peserta johan. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan persembahan itu tadi.


(10)[rosli]
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis perasmian penutup ASAT 2008 dapat dilangsung dengan jayanya.

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Sekian, Wassalamualakum wbt.

No comments:

Post a Comment