UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -NAFAS SEGAR

KEM NAFAS SEGAR


(1) SRA

Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengawai Daerah Besut, merangkap Pengerusi PEMADAM daerah Besut.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

Dr. Azizah Yusoff, Pengerusi Rancangan Kajian Komuniti dan Kesihatan Keluarga(KKKK) USM

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Dr. Raishan Shafini, Pegawai Kesihatan Sekolah, Daerah Besut, selaku penceramah

En. Wan Isa bin Wan Abdullah, staff Kesihatan selaku penceramah

Guru-guru Kanan, guru cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, mahasiswa-mahasiswi USM dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ sempena pelancaran Kem Nafas Segar.

Syukur ke hadrat Allah yang maha Agung kerana kita dapat menghirup udara segar pada pagi yang ceria ini tanpa asap rokok di ruangan udara sekitar kita.








(2)

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

******
NIK
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.

(3)

Meneruskan acara,dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.


*****
SRA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail.


(4)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Seterusnya, kita sampai ke acara Majlis Perasmian Kem Nafas Segar. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengawai Daerah Besut, merangkap Pengerusi PEMADAM daerah Besut untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan Kem Nafas Segar.
Majlis mempersilakan.

***********


NIK
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim atas ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Besut untuk memalu gong tanda perasmian Kem Nafas Segar anjuran Bersama USM dan SMKPNZ. Dipersilakan.

….
Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah.

(5)

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengerusi PEMADAM untuk menyampaikan tag nama kepada 20 pelajar Contoh yang menyertai Kem Nafas Segar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********
Nama???

SRA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim.


(6)

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM untuk menyampaikan Cenderahati. Dipersilakan.

Dipersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Besut untuk menerima cenderahati.

Seterusnya dipersilakan yang Berbahagia, Tn. Hj Mhd ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk menerima cenderahati dari pihak USM.


****

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia Profesor Madya.

(7)
Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan acara lawatan ke pameran dan sudut kaunseling bagi Kem Nafas Segar ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para tetamu jemputan untuk melawat pameran dan sudut kaunseling di Dewan Terbuka SMKPNZ. Selepas melawat pameran para tetamu jemputan dipersilakan ke bilik VIP untuk kudapan.
Dipersilakan.

20 pelajar yang terlibat dengan Kem Nafas Segar dipersilakan ke pameran dan seterusnya ke jamuan di dewan terbuka bersama fasi.
Para guru dan pelajar-pelajar lain juga di persilakan ke ruang pameran dan sudut kaunseling di Dewan terbuka. Pelbagai bahan pameran dan permainan interaktif disediakan untuk semua. Selepas para pelajar selesai melihat pameran, para pelajar dibenarkan rehat selama 30 minit. Pelajar dikehendaki kembali semula ke dewan pada jam 10.30 pagi.
Dipersilakan ke dewan terbuka.


(8) NIK

Guru-guru,para pelajar ,hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Selamat kembali ke Dewan Gemilang, SMKPNZ.
Majlis kita pada siang hari ini diteruskan lagi dengan sesi ceramah. Ceramah pertama yang bertajuk Bahaya Merokok akan disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Besut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Dr. Raishan Shafini, Pegawai Kesihatan Sekolah untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dipersilakan.

????

Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Dr Raishan Shafini.

(9)

Seterusnya, sama-samalah kita mendengar luahan rasa bekas perokok. Untuk itu, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En. Wan Isa bin Wan Abdullah, staf kesihatan di sebuah klinik untuk berkongsi pengalaman beliau bersama kita semua.

????
SRA

Terima kasih diucapkan kepada En. Wan Isa bin Wan Abdullah kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Semoga apa yang diluahkan oleh beliau tadi dapat memberi teladan kepada kita semua.

(10)

Para hadirin yang diimuliakan,

Seterusnya, majlis diserahkan kepada pihak USM untuk mengendalikan sesi bengkel bersama 20 pelajar contoh.Para guru dan para pelajar lain boleh melihat-lihat pameran dan berkunjung ke sudut kaunseling di Dewan terbuka.
Dipersilakan ke dewan terbuka.

(11)
Seterusnya, majlis ini diserahkan kepada ketua Residensi untuk memberi taklimat bengkel. Dipersilakan Cik Shahidatul Naimah bt Wan Jusoh dan En. Yeap Kian Nie.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

No comments:

Post a Comment