UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS- MAULIDURRASUL

MAULIDURRASUL 2011

(1) sra
Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang dihormati, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid, Imam masjid hadhari Jerteh, selaku penceramah jemputan

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Guru-guru kanan, guru cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai Dewan Gemilang SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi satu majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2010 bersamaan dengan 1431 tahun hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1432 Hijrah; Satu Malaysia Satu Ummah

(2)

Rasulullah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirahmu,
pahit getir perjuangmu membawa cahaya kebenaran,
engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta,
biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,
tak terjangkau tinggi pekertimu,tidak tergambar indahnya akhlakmu,
tidak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engkau Rasul mulia.





(3)
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan bingkisan kata. Majlis mempersilakan.

***********
Nik

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.



(4)

Seterusnya, pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan, Yang dihormati, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid, Imam Masjid Hadhari Jerteh. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

#########################
sra
Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid.

(5)

Siddiq, amanah ,tabliq, fatanah,
Sifat terpuji junjungan rasulullah,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
Satu Malaysia Satu ummah.

Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan slot kuiz spontan.

…………………………………………………………………………..






Nik
(6)
Khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya…. “Hai sekalian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka. Setiap individu Islam ialah saudara orang Islam. Mereka bersaudara…..hai manusia, saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini, iaitu Kitab Allah atau al-Quran dan sunnah Rasulullah.”

(7)
Seterusnya, selingan irama nasyid buat halwa telinga.

Majlis mempersilakan kumpulan nasyid………………………..
Untuk menyampaikan lagu……………………………

………………

Terima kasih kepada kumpulan nasyid.

(8)

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah,

Seterusnya pengumuman Personaliti maulidurrasul.

………………………….


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia, En Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan hadiah kepada personaliti Maulidurrasul;
Dipersilakan.

………………………

Seterusnya,
cenderahati tanda penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid.

. Dipersilakan.

##############
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(9)

Majlis kita sampai ke penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis kita pada siang hari ini.
Terima kasih sekalung budi. Majlis bersurai.

Sekian, wassalamualakum wbt.

No comments:

Post a Comment