UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PROGRAM PETRONAS

PROGRAM TAUTAN KASIH PETRONAS BERSAMA SMKPNZ
(1) [ ]

Assalamualaikum wbt. Dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Amir Bin Din,
Pengurus Kanan Jabatan Penyelenggaraan Operasi Duyong merangkap Timbalan Pengerusi BAKIP PMO

Yang dihormati, En. Mohd Nazli B Hashim,
Penguasa Penerbangan Jabatan Logistik dan Khidmat Sokongan Operasi PMO.

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM,
En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Staf-staf PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., Para penaja ,Guru-guru kanan, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ ini bagi satu program Tautan Kasih Petronas bersama SMKPNZ


(2)

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan



Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Program Tautan Kasih Petronas bersama SMKPNZ menggalas objektif untuk melaksanakan tanggungjawab warga korporat yang penyayang selaras dengan moto PETRONAS “ energy receive energy returns, aspiring people everywhere”. Di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf tentang konsep tanggungjawab sosial dan amal jariah dalam bentuk material dan usaha, selain membina hubungan yang baik antara staf Petronas dan warga SMK Permaisuri Nur Zahirah.

(3)
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,

Bagi memberkati majlis pada pagi nan mulia ini, pihak majlis setulus hati mempersilakan Al-Fadzil Ustaz Amri bin Daud untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

**********
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz. Semoga majlis nan berlangsung diberkati Yang Maha Agung.

(4)

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nurzahirah untuk menyampaikan sepatah bicara ucapan aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


[ ]
****
Majlis setulus hati merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.


(5)
Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

Meneruskan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan Yang dihormati En. Mohd Nazli B Hashim, Penguasa Penerbangan Jabatan Logistik dan Khidmat Sokongan Operasi PMO untuk menyampaikan bicara ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*************


[ ]
Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang dihormati En. Mohd Nazli B Hashim

(6)

Seterusnya, kita tiba ke acara kemuncak Program Tautan Kasih Petronas bersama SMKPNZ,
Majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Amir Bin Din, Pengurus Kanan Jabatan Penyelenggaraan Operasi Duyong merangkap Timbalan Pengerusi BAKIP PMO untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan Program Tautan kasih Petronas bersama SMKPNZ.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

******************
[ ]
Sebagai menandakan perasmian program Tautan Kasih Petronas bersama SMKPNZ, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Amir B Din untuk membuat 3 paluan gong . Dipersilakan.

****Gimik*********
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn. Hj. Amir Bin Din atas perasmian itu tadi.


(7)
Hadirin yang dimuliakan.

Majlis perasmian Program Tautan Kasih Petronas bersama SMKPNZ sampai ke penghujungnya. Pihak majlis merakam sekalungan bunga terima kasih kepada ahli jawatankuasa pengelola dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan acara perasmian pada pagi ini serta sekalian tetamu yang hadir.
Pelbagai program yang telah dirancangkan akan bermula sebentar lagi…acara sukaneka dan permainan demi memupuk muhibbah dan ukhuwah antara warga Petronas dan warga SMKPNZ.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

PENUTUP PROGRAM TAUTAN KASIH PETRONAS BERSAMA SMKPNZ

[ ]
(1)


Assalamualaikum wbt. Dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Amir B Din,
Pengurus Kanan Jabatan Penyelenggaraan Operasi Duyong merangkap Timbalan Pengerusi BAKIP PMO

Yang Berbahagia, En. Mohd Nazli B Hashim,
Superatenden Penerbangan Jabatan Logistik dan Khidmat Sokongan Operasi PMO.

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah
………………………………………………………………………

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM,
En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Staf-staf PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., Para penaja ,Guru-guru kanan, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.



(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita masih diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi Majlis Penutup Program Tautan Kasih Petronas bersama SMKPNZ . Syukur juga kerana dengan izinNya kita dapat melaksanakan beberapa program yang telah dirancangkan.



(3)

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Acara permainan selesai sudah
Penyampaian hadiah menyusul pula


Setelah kita berhempas pulas menjalin ukhuwah melalui permainan antara warga petronas dan warga SMKPNZ…kita tiba ke acara majlis Penutup program Tautan Kasih Petronas bersama SMKPNZ.

Seterusnya, acara kemuncak yang dinantikan, acara penyampaian hadiah,




{1}
Bagi maksud tersebut, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .....................................................................untuk mengiringi Yang dihormati Tn Hj Mior Roslan bin Mior Idris , Pengurus Jabatan Penyelenggaraan Operasi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

SUKANEKA

**********NAMA********


Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Tn Hj Mior Roslan bin Mior Idris

{2}
Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati Tn Hj Abd. Rahim bin Zakaria, Pengurus Jabatan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

PERMAINAN bola sepak kampong / indoor game

********NAMA*********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang dihormati Tn Hj Abd. Rahim bin Zakaria kerana sudi menyampaikan hadiah


Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat Pengetua SMKPNZ, untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

PERMAINAN Indoor game

********NAMA*********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Pengetua.



Tahniah dan syabas kepada para pemenang, yang kalah usah menjerut rasa, cuba lagi di lain masa, di lain acara.

[ ]

[3] BASIKAL
Seterusnya, bagi menyampaikan sumbangan Basikal,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati En. Abdul Halim bin Awang, Pengurus Jabatan Logistik dan Khidmat Sokongan Operasi PMO, untuk menyerahkan 5 sumbangan basikal kepada pelajar yang terpilih
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*****
NAMA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang dihormati En. Abdul Halim bin Awang.

{BASIKAL)

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Amir bin Din, Pengurus Kanan Jabatan Penyelenggaraan Operasi Duyong, untuk menyerahkan 5 sumbangan basikal kepada pelajar yang terpilih
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*****
NAMA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Amir bin Din.


Bagi 10 lagi sumbangan Basikal, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Tn Hj Shaharuddin bin Rahmat, Ketua Pegawai Operasi dan pengarah Eksekutif Alam Maritim Resources Berhad untuk menyerahkan basikal kepada pelajar terpilih

**********
NAMA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tn Hj Shaharuddin bin Rahmat.

[ ]

[5] CENDERAHATI PATNERS & PETRONAS


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan cenderahati kepada Penaja-Penaja dan juga wakil Petronas.

Mendahului penerima cenderahati dan sijil
Majlis mempersilakan............................

**********PENAJA********

Majlis seterusnya menjemput wakil Petronas,

1. Tn Hj Amir bin Din
2. En. Mohd Nazli bin Hashim
3. En Abd. Halim bin Awang

Seterusnya bagi menerima cenderahati berupa plak kepada Petronas Carigali Sdn Bhd, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Amir bin Din.





(4)

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan sepatah bicara.
Dipersilakan.

*****************
[ ]
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Tuan pengetua.


(5)
Bagi perasmian majlis Penutup, majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan yang Berbahagia Tn Hj Amir bin Din, Pengurus Kanan Jabatan Penyelenggaraan Operasi Duyong merangkap Timbalan Pengerusi BAKIP PMO
Untuk menyampaikan bingkisan ucapan.
Dipersilakan.

******
[ ]
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Tn Hj Amir bin Din.

(6)

Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada siang hari ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Jejaran mengkudu bias kesuma
Di celah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan para tetamu yang hadir untuk ke kantin sekolah untuk jamuan makan tengahari. Majlis mempersilakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt

No comments:

Post a Comment