UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS- SUKAN

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKPNZ 2008

KHAMIS 14/2/2008

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Penolong PPD Daerah Besut, Bahagian Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Pemangku PPD Daerah Besut

Kejohanan olahraga SMKPNZ 2008 pada petang ini kita mulakan dengan perbarisan masuk kontigen rumah sukan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menerima tabik hormat.

Perbarisan masuk Kontigen rumah sukan dimulakan dengan Rumah Bendahara (Merah) Merah membara pasti juara, diketuai oleh Syarmi b Arshad dengan kekuatan 33 peserta.

diikuti oleh Rumah Laksamana (Biru), Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh Mohd Syafiq b Che Ghani dengan kekuatan 40 peserta.

Seterusnya Rumah Shahbandar (Hijau), Hijau segar sentiasa Mekar, diketuai oleh Zulfadli b Abd Rahman dengan kekuatan 35 peserta.

Akhir sekali Rumah Temenggung (Kuning), Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh Mohd Hanif b Razali dengan kekuatan 31 peserta.





















Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Penolong PPD Daerah Besut, Bahagian Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Pemangku PPD Daerah Besut


Yang Berbahagia, Tn Hj Romeli bin Abd Rahman, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Mohd Suhaili b Hamzah, Penolong kanan Kokurikulum SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Wan Mazlan b. Hj Wan Ismail, Pengurus kejohanan

Guru-guru Kanan, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008.

Acara kita pada petang ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah.





















Meneruskan acara pada petang yang permai ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Romeli bin Ab Rahman , pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

.............

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

Hadirin sekalian,

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008 sampai dipenghujungnya. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan, Penolong PPD Daerah Besut, Bahagian Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Pemangku PPD Daerah Besut
untuk memberikan ucapan penutup.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

............

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.

Majlis pada petang nan permai ini diteruskan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Amri bin Daud untuk membacakan doa.

............

Terima kasih diucapkan kepada al-fadzil Ustaz.


Seterusnya, acara kita pada petang ini diteruskan dengan upacara menurunkan bendera kejohanan yang akan diketuai oleh Mohad Fakhrurazi b Mohd Jamil.



Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008 berakhir sudah. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua guru dan pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan sokongan besar dalam memastikan acara kita dapat dilangsungkan dengan jayanya.



Akhirnya, majlis menjemput dan mempersilakan para guru dan tetamu untuk jamuan ringan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

No comments:

Post a Comment