UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PROGRAM PENDIDIKAN SEKS

PROGRAM USM

(1)

Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ADUN Kota Putra

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut

Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek, Pensyarah dan Pakar Runding ORL-HNS Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan,, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

Dr Zaharah Sulaiman, Ketua Unit dan Pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita,
Pusat Pengajian Sains Perubatan

En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Ahli-ahli jawatankuasa pengelola, rakan-rakan guru, para ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ ini bagi satu program Outreach Program Pendidikan Seks di kalangan Ibu bapa untuk Anak-anak Anjuran Bersama Pusat pengajian Sains Perubatan ,USM dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program hari ini bertemakan Selamatkah Anak Kita?

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

******
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.

(3)

Meneruskan acara,dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek, Pensyarah dan Pakar Runding ORL-HNS Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.


*****
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek.


(4)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Rimbun meranti di hujung kota
Berbuah lebat pohon cermai
Selamatkah anak kesayangan kita
Kasih ditagih sayang disemai.

Seterusnya, kita sampai ke acara Majlis Perasmian Program Pendidikan Seks di kalangan Ibu bapa untuk Anak-anak. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ADUN Kota Putra untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan program.
Majlis mempersilakan.

***********

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof atas ucapan itu tadi.



Hadirin hadirat yang dimuliakan,

(5)

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, _____________________untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk_____________________________.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.



****
Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada -------------------


(6)
Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi soal-jawab. Majlis dibuka kepada semua yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Dipersilakan.



(7)

Para hadirin yang diimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan-------- untuk menyampaikan cenderahati kepada ---
Dipersilakan.

….

Terima kasih diucapkan kepada----------

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ahli jawatankuasa pengelola dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan acara pada hari ini serta sekalian tetamu yang hadir.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment