UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -SELAMAT DATANG PENGETUA

SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA
[siti ruhana]
Mengumumkan perarakan masuk Yang berbahagia , En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah dan rombongan ke dalam dewan


(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, ______________________________________, ______________ PPD Besut




En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran, SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Amir Azha b. Yusof, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, SMK Permaisuri Nur Zahirah


En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong kanan Kokurikulum SMK Permaisuri Nur Zahirah


Guru-guru Kanan,tetamu-tetamu jemputan ,guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

















(2) [siti ruhana]

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata Selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan digerakkan minda serta deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan Selamat Datang Tuan Pengetua, Yang Berbahagia. En. Ab Halim bin Hj Hassan.

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Pihak majlis serta seluruh warga SMK permaisuri Nur Zahirah merasa berbesar hati, mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan Tuan Pengetua dan semua tetamu jemputan yang hadir.Semoga dengan kedatangan Tuan pengetua dapat menyemarakkan lagi iltizam, memperkuatkan tekad, memperkasakan ikhtiar bagi memajukan dan mengangkat taraf SMK Permaisuri Nur Zahirah bagai yang dihasratkan mencapai pendidikan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

(3) [roslina]

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Amri b Daud bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.





terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.






(4)[roslina]


Meneruskan acara, Selamat datang Tuan Pengetua,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Abdul Rahim bin Abdullah, Guru Penolong kanan Pentadbiran , SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

………….

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia. En. Abdul Rahim bin Abdullah atas ucapan yang telah disampaikan.

(5)[che faridah]

Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berbahagia __________________________________________________________________________________ sebagai wakil PPD Besut untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

............

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia____________________________________________







(6)[roslina]
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar bingkisan kata, lontaran idea dan gagasan.Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan ,Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

………….

Demikian tadi, satu penyampaian yang tulus, pengucapan yang telus, percikan kata yang halus membawa mesej dan makna yang kudus dari yang Berbahagia Tuan Pengetua, pasti menyelinap ke sanubari warga SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia. En. Ab Halim bin Hj Hassan


(8)[che faridah]

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada yang berbahagia Tuan Pengetua dan menyampaikan kalungan bunga terima kasih kepada sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis permai pada siang ini dapat dilangsung dengan jayanya.


Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Para tetamu jemputan dan juga para guru dijemput ke dewan terbuka untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan

Sekian, Wassalamualakum wbt.

2 comments:

  1. terima kasih ya. saya mohon izin guna utk menyambut pengetua baharu kami.

    ReplyDelete