UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPNZ KALI KE-4




(1) SRA

PENGUMUMAN KETIBAAN:

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, ADUN Kota Putera merangkap Timbalan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu masuk ke Dewan.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, ADUN Kota Putera merangkap Timbalan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu


Yang Berbahagia, Tuan Hj Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut

Yang Setia, ASP En. Mohd Azham bin Hamzan, pegawai perhubungan Sekolah

Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang, Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Amir Azha bin Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Permaisuri Nur Zahirah

Wakil-wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Permaisuri NurZahirah,Guru-guru, para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian.






(2)

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai Dewan Gemilang SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Kita berhimpun untuk satu pertemuan keluarga besar, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Permaisuri Nur Zahirah kali keempat tahun 2009.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Permaisuri Nur Zahirah merasa berbesar hati, mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan YB serta semua tetamu jemputan yang hadir.


(3)
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di petang nan permai ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-Ustaz Wan Mohd Hassan Badri bin Wan Othman bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

NIK

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.


(4)
Meneruskan acara pada petang nan indah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

………….
SRA

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.




(5)
Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang, Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

………..
NIK

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Hj Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut untuk menyampaikan bingkisan kata. Dipersilakan.

........................
SRA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Baharuddin bin Ibrahim atas ucapan yang telah disampaikan.

(7)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian,


Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar amanat dan pesanan, lontaran idea dan gagasan serta merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Permaisuri Nur Zahirah kali keempat bagi tahun 2009.

Bagi maksud itu, majlis dengan segala penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, ADUN Kota Putera merangkap Timbalan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu
untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat PIBG SMK Permaisuri NurZahirah kali keempat.
Dipersilakan .
………….
NIK

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, atas ucapan perasmian yang telah disampaikan.Semoga kata ucapan, amanat dan pesanan dapat kita hayati bersama.

(8)

Seterusnya, marilah kita sama-sama menghayati bait-bait senikata lagu nasyid yang akan dipersembahkan oleh anak-anak SMKPNZ. Majlis menampilkan Kumpulan Nasyid _______________.


????

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan ______________________


(9)

PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi mengiringi Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR dan SPM 2008.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

NAMA


SRA

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof.

(10)

Acara pada petang nan permai ini diteruskan lagi dengan Acara Cabutan Bertuah sesi pertama, Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi mengiringi Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof, yang akan membuat 3 cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah cabutan kepada pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CABUTAN



NIK

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof


Cabutan Bertuah akan diteruskan lagi selepas mesyuarat PIBG pada petang nanti. 28 cabutan lagi sedia menanti. Diharap para ibu bapa akan tetap setia bersama kami sehingga petang nanti. banyak hadiah berupa barangan elektrik selepas ini.


(11)

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang, Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof sebagai tanda penghargaan dan ingatan mesra daripada warga PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah.Dipersilakan.

.......

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Rashid bin Awang kerana sudi menyampaikan cenderahati.



SRA
(12)

Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Permaisuri NurZahirah selesai sudah. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pahemi bin Yusof serta sekalian tetamu jemputan yang hadir atas kesudian bertandang di SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Akar Keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan YB serta Dif Jemputan untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan di Dewan Harmoni. Dipersilakan.
Pelajar yang menerima hadiah kecemerlangan dijemput bersama ibu bapa masing-masing untuk ke jamuan di dewan harmoni

(12)

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG kali keempat tahun 2009. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohammad Arshad bin Abu Bakar , pengerusi sementara Mesyuarat Agung untuk mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG 2009. Dipersilakan.



MESYUARAT

3 comments: