UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS

KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan


Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali




Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan sena
Guru cemerlang negara terbilang
Menjunjung setia seiring tema

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan pengetua selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Satu Malaysia Satu Bangsa
Perpaduan disemai demi pertiwi

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

18 comments:

  1. Mohon kebenaran ya cigu ambil pantunnya. I follow u..mekaceh

    ReplyDelete
  2. Tekun pandai berjaya nanti..
    Suasana murni ukhuwwah saudara..
    Pantun dirangkai nostalgia hati..
    Pesona seni meluah bicara..

    ReplyDelete
  3. mohon dihalalkan ilmu ya chegu, barakallah

    ReplyDelete
  4. Nak kan teks pengacara majlis dan teks ucapan..jemput ziarah blog saya http://skrippengacara.blogspot.com. Agak lama juga x update sebab tiada kesempatan.

    ReplyDelete
  5. Masakan nenek enak rasanya,
    lalu dimakan setiap hari,
    mohon kebenaran diambil pantunya,
    moga dihalal ilmu diberi.

    ReplyDelete
  6. saya pon amik 3 pantun cikgu utok upacara majlis kt kolej saya

    ReplyDelete
  7. cikgu,mohon copy juga ye..sedap2 pantunnya!

    ReplyDelete
  8. cikgu, mohon copy dan guna dalam tugasan saya.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih daun keladi
    Kalau ada tulisla lagi.... Tq

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas ilmunya . mohon kebenaran copy :)

    ReplyDelete
  11. Mohon copy. Moga menjadi ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
  12. as salam. mohon share pantun ini. tq..=)

    ReplyDelete
  13. '' makan sagu dengan banana,
    sagu diambil dari burma,
    minta pantun dari blog cikgu anna,
    untuk panduan dikongsi bersama.''

    ReplyDelete
  14. sesuai dikembangkan pada generasi Y dari sekarang....jangan nanti dia org leka dgr pantun terikut dr pelawak pun pantun hancur......

    ReplyDelete