UNTUK DIKONGSI RASA



























Wednesday, May 2, 2012

ELEMEN 3 FOLIO SEJARAH PMR 2012

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Soalan: BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita? CONTOH ESEI 2: Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia sering kita lihat terpampang di dada akhbar juga diiklankan melalui media elektronik.Slogan yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia amat bertepatan dengan ciri dan budaya bangsa kita malah akan dapat membantu dalam usaha menyuburkan semangat patriotism. Rakyat akan rasa berbangga sebagai rakyat Malaysia (UP1) apabila membeli barangan yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh negara kita. Malahan kita patut rasa bangga apabila barangan buatan Malaysia berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa.., kita juga turut menyemai sikap menghormati lambang-lambang negara (UP1) yang terdapat pada lebel barangan hasil keluaran negara. Sebagai warganegara yang bersemangat setia negara (UP2) , sudah tentu kita akan memilih untuk membeli barangan buatan tempatan Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia akan terus subur dengan slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia kerana menyokong negara dengan membeli dan memiliki barangan buatan negara sendiri. Slogan ini juga turut melahirkan rasa cinta akan bangsa dan negara (UP2) kerana barangan yang dihasilkan oleh rakyat negara ini juga dieksport ke luar negara. Kita memang patut bermegah dan berbangga dengan hasil keluaran tempatan dan rasa bersyukur sebagai warganegara Malaysia (UP2) kerana hasil keluaran negara juga setanding di pasaran dunia,malah kerajaan semakin giat mempromosinya ke seluruh dunia terutamanya Eropah. Ianya turut menggambarkan kedaulatan bangsa dan negara (UP2) kita. Slogan tersebut turut menyuburkan bersemangat kekitaan (UP3)) selain sikap tolak ansur dan bertoleransi (UP3) serta bersatu padu dan berharmoni (UP3) dalam kalangan rakyat Malaysia apabila bersepakat untuk menjayakan hasil keluaran Malaysia sendiri. Semangat dan sikap kerjasama dan tolong menolong,(UP3) yang wujud dalam kalangan rakyatlah yang membantu menjayakan barangan jenama tempatan semakin laris di pasaran. Dalam usaha mengawal mutu barangan keluaran Negara amat penting kita mengamalkan sikap berdisiplin (UP4) terutamanya mematuhi peraturan dan undang-undang (UP4) negara, agar barangan tidak mudah rosak dan tidk membahayakan kesihatan bagi produk makanan . Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme kita perlu bertindak wajar (UP4) menyokong produk buatan Malaysia. Persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha dan pengeluar produk berjenama tempatan juga membantu menyuburkan rasa rajin dan gigih,(UP5). Sikap tabah menghadapi cabaran (UP5) dan berusaha dan produktif (UP5) juga akan dapat disemai melalui slogan ini kerana bukan suatu perkara yang mudah untuk kita bersaing di peringkat nasional. Secara umumnya,ternyata slogan Belilah barangan buatan Malaysia akan dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat kita kerana melalui slogan ini banyak unsur-unsur dapat disemaikan dalam jiwa dan sikap rakyat.

No comments:

Post a Comment