UNTUK DIKONGSI RASA



























Friday, November 19, 2010

CONTOH ESEI ELEMEN 3 KERJA KURSUS SEJARAH 2010 (1)

CONTOH ESEI 1 [ELEMEN 3 – 2010]

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum di Malaysia dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini amat jelas kerana pelbagai perayaan tradisi di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavalli, Hari Krismas, sambutan Hari Gawai yang bukan sahaja di sambut oleh kaum tersebut sahaja malah turut diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Sambuatan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat menonjolkan kepada kita betapa kita semua menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa, kerana dalam setipa perayaan tradisi ini turut memuatkan pelbagai adat resam bangsa tersebut. Malahan kita juga turut berbangga dengan sejarah Negara kita yang mana pelbagai kaum dalam hidup dalam suasana aman damai dengan mengamalkan tradisi budaya masing-masing.
Kita juga dapat menerapkan rasa syukur sebagai warganegara Malaysia kerana dapat hidup dalam suasana harmoni pelbagai kaum dan menyambut pelbagai perayaan tradisi kaum tanpa rasa gusar akan keselamatan kerana Negara kita bebas dari sebarang ancaman keselamatan. Kita tentunya bangga kerana lahir di Malaysia, sebuah Negara yang aman damai walaupun masyarakatnya berbilang kaum. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga dapat memperkukuh dan mengeratkan perpaduan kaum kerana masyarakat akan mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam mengamalkan adat resam budaya masing-masing, malahan turut mengamalkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong dalam upacara sambutan setiap perayaan.
Semasa membuat rumah terbuka umpamanya, bukan sahaja melibatkan satu bangsa malahan bangsa lain turut berganding bahu bagi menjayakannya terutama sekali Rumah terbuka Malaysia yang memerlukan komitmen semua bagi menjayakannya akan memupuk persefahaman dan sikap bermuafakat di kalangan semua bangsa. Acara Rumah Terbuka Malaysia juga turut memupuk sikap muhibbah dan semangat bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu juga melalui perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga turut menunjukkan sikap bertindak wajar apabila kita diberi tugasan untuk menjayakan program Rumah Terbuka Malaysia. Semasa kunjung mengunjung atau ziarah ke rumah handai dan taulan semasa sambutan perayaan tradisi ini, kita turut menerapkan nilai berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.
Jelaslah kepada kita, melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang sememangnya kaya dengan nilai patriotisme.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment