UNTUK DIKONGSI RASA



























Friday, November 19, 2010

LIMPAHAN KASIHMU

LIMPAHAN KASIHMU
(Istimewa buat waga SMKDTHO, KL)

Berat rasanya kakiku
Sewaktu melangkah meninggalkan bumbung lama
Tempat berteduh menabur keringat jua bakti
Berat juga rasanya kakiku tika melangkah ke bumbung baru
Namun aku harus ketepi segala resah gelisahku
Warganya pasti menguntum senyum menyambutku
Anak-anak kecilnya pasti menggapai tangan menyambut salamku
Ternyata sangkaanku tidak meleset
Limpahan kasih mereka menerpa ke sanubariku
Ibarat suatu ikatan keluarga besar
Tidak putus air dicincang
Carik-carik bulu ayam pasti tercantum jua
Itu perumpamaannya kita
Kerja kekitaan etika dijunjung
Di bawah satu falsafah nan Satu
Genggaman erat di kala memerlu sokong
Ternyata tidak ku rebah keseorangan
Tika dihimpit jutaan bebanan
Puluhan tangan menghulur bantu
Tidak kekok rasanya kala makan sepinggan
Duduk berkongsi kerusi
Tulis berkongsi meja
Minda berkongsi rasa jua cerita
Betapa besar keluargaku
Ternyata limpahan kasihmu
Tersemat abadi di kotak jiwaku
Ke mana selepas ini aku pergi
Pasti sama
Dan sama selamanya

Selamat Hari Guru buat rakan guruku yang pernah bernaung khidmat di bawah bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur, 2004 -2007 walau di mana jua kalian bernaung khidmat kini. Terima kasih atas segalanya…..

Anna SRA
SMKPNZ, Besut, Terengganu.

No comments:

Post a Comment