UNTUK DIKONGSI RASA



























Friday, November 19, 2010

DI BAWAH BUMBUNG SMKSA

DI BAWAH BUMBUNG SMKSA
(Sempena projek VCD Sejarah Sekolah 2003)

Di lereng bukit hijau nan keliling
Di pecan kecil Sungai Ara
Kau bertapak abadi
Di tanah ehsan dermawan HR Watts
Dulu kau bergelar SM Lanjutan
Menumpang duduk di tanah orang
1970 kau bergelar SMSA
Walau kecil namun milik sendiri
1971 benderamu berkibar megah
Atas nama SMSA
Lencanamu mula dicorak
Kini kau terasmi sudah
Majalah SEMESRA pencetus wadah
Mengukir bicara akal warga kecilmu
1990 bendera kejohanan sukan berkibar julung kalinya
Kau lahirkan atlet nan cergas
Kau mencorak pelbagai warna sekolah
Kau mengorak langkah
Mengatur pelbagai acara demi acara
Kini, kau gah di persada sukan
Kau gemilang di arena kebangsaan
Merangkul pelbagai anugerah segenap acara
Kau harumkan nama warga semua
Bersama kegemilangan sukanmu.

Wargamu sepakat satu tekad
Demi sebuah hasrat nan murni
Kau anjurkan pelbagai acara
Bersatu hati mengumpul dana
Agar dewan yang diimpi jadi nyata
Usaha wargamu nyata berbaloi
2002 Dewan Dato’ Hj Ismail Hashim berdiri gah
Se gah namanya yang mencurah keringat
Demi kita warganya
Kini ia kemegahan kita warga SMKSA
Pelbagai aksi pelbagai acara
Dewan bergema bersama malam
Sekalung Budi Selautan Kasih.

Demi mencorak budaya ilmu
Gedung ilmumu sarat sumber maklumat
Pusat Sumber Sekolah tersimpan khazanah ilmu
Pelbagai perkhidmatan aneka peralatan
Untuk kemudahan warga pendidikmu
Jua warga kecilmu menimba ilmu
Demi visi dan misi sekolah
Ke arah P & P berkualiti
Anjung Bahasa, Makmal Matematik
Pembekal sumber BBM jua kemudahan
Makmal Sainsmu serba lengkap
Bengkel KH, Bilik ERT bertukar wajah
MPV belajar bertatih
Mengharungi arus kepelbagaian ilmu

Kau juga mengharungi era IT
Demi wawasan menjangkau globalisasi
Agar wargamu celik teknologi
Homepage SMKSA tercipta sudah
Terpapar dalam jaringan geocities pada Internet
Bisa berkomunikasi seantero alam
Makmal Komputer lengkap sudah
KDP dan EteMs mula bertatih
Warga kecilmu mengenal sebuah PC
Kini wargamu bukan lagi buta ICT.

Usaha warga pendidikmu tak kenal jemu
Pelbagai program diatur demi prestasi akademikmu
Agar setanding namamu yang gah
Perkampungan PMR dan SPM
Tahun 2000 kita mula mengorak langkah
Berkampung wargamu di Kem Sungai Ara
Kini KKA mengambil tempat
Walau beralih angin berubah tempat
Namun misinya tetap sama
Demi kecemerlangan akademik warga kecilmu.

Kehijauan Taman Ilmumu
Anak-anak berdiskusi menyemai budaya membaca
Kehijauannya kini mekar keliling taman
Taman Herba pengubat suasana
Di lereng bukitmu menghijau
Taman Pengakap bersama Bomba
Taman Puan Rokiah damai saujana
Hasil keringat Kelab Kebun
Bakal menguntum Taman Ros
Seiring tema Sekolah dalam Taman
Menyahut cabaran Anugerah Hijau Ketua Menteri
Jasa warga pendidikmu kau tak alpa
Hari Anugerah Q, hari warga pendidikmu
Menerima sanjungan atas sumbangan bakti
Keringat dan budi ikhlas wargamu
Dikenang bersama iringan sijil
Jutaan penghargaan buatmu guru
Yang bernaung di bawah bumbung SMKSA

Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Itu pegangan utuh warga SMKSA
Bersama visi dan misi
Ke arah sekolah cemerlang dan gemilang
Satu tekad satu matlamat
Bersatu warga bersama-sama
Di bawah bumbung SMKSA.

20 Jun 2003

No comments:

Post a Comment