UNTUK DIKONGSI RASA



























Friday, November 19, 2010

TEKNIK MENGINGAT FAKTA SEJARAH @TEKNIK RANTAIAN

TEKNIK RANTAIAN:
fakta-fakta sejarah (buat kata kunci)
kata kunci dirantaikan menjadi sebuah cerita.
cerita biarlah yang melucukan / tidak logik/ keterlaluan – akan mudah ingat
kita mesti membayangkannya (imaginasi) – mesti nampak

Contoh:
Zaman Paleolitik [Ting. 1]
Kata kunci:
pindah-randah, batu, berburu, hasil hutan, ikan, Bukit Jawa, Gua Niah, Tingkayu

Cerita:
Pada suatu hari Abu ni duduk di Kuala Besut, tapi kena pindah sebab keluarga dia suka berpindah randah, setiap kali berpindah Abu suka kutip anak batu. Ayah Abu pula suka benar pergi berburu, emak dia pula kutip hasil hutan, masa tengah kutip hasil hutan, tiba-tiba emak si Abu terjumpa ikan atas bukit, masa si emak nak gi ambik ikan tu, terjumpa pula asam jawa atas bukit .Tepi bukit tu pula ada gua, emak diapun masuk dalam gua lalu terjumpa dengan budak nama ANiah dalam gua dok bertapa. Niah tu petik jari lalu berbunyi ‘ting’ maka terbukalah pintu kayu tepi gua tu.’tingkayu’…..

Contoh:
Cara Perluasan Kuasa Melaka
[Ting. 1]
Kata kunci:
Peperangan, campurtangan politik, kerelaan hati, perkahwinan

Cerita:
Minah sudah mempunyai buah hati…bercinta-cintun kononnya dengan Ali. Tetapi hubungan Minah dengan Ali tidak direstui oleh ibunya…ekoran itu tercetuslah peperangan dingin antara Minah dan ibunya. Masing-masing enggan mengalah, namun akibat campurtangan secara politik oleh ayahnya….maka dalam keterpaksaan… terpaksalah juga ibu Minah menerima Ali dengan kerelaan hati walaupun bengang teramat-amatlah bengangnya si ibu. Maka berlangsunglah perkahwinan Minah dan Ali dengan penuh gemilang dan terbilangnya….. happy ending story…….. cayaaaalah…Minah


Contoh:
Faktor Campurtangan British di Negeri-negeri Melayu [Ting. 2]
Kata kunci:
Kebimbangan,Bahan mentah,Terusan Suez,Pelabur, Revolusi Industri, Dasar

Cerita:
Pak Samad…seorang pengusaha keropok lekor secara kecil-kecilang…buat kat rumah jah! Pak Samad selalu beli ikang dari kemamang tapi gak satu hari Cik Dollah dak buleh hantar ikang ko pak Samad maka Pak Samad dakleh dok diam…dalam kebimbangan sokmo takut terputus bekalan bahan mentah utama nak buat keropok lekor.. Ikang le..Tapi Pak samad dak putus asa..diapun menternakle ikang..kat dalam Terusan Suez belakang rumah dia..banyak sungguh ikang…sampai berlebih-lebih lah pulok…maka ramailah pelabur-pelabur nak melabur modal untuk terusan Pak Samad…kononnya nak buat satu revolusi industri tapi Pak Samad dak tamak…dia tetap mengekalkan dasarnya nak niaga kecil-kecilang jah.

Contoh:
Singapura Keluar Malaysia
[Ting. 3]
Kata kunci:
Ekonomi, Rusuhan kaum, Malaysian-Malaysia, PETIR

Cerita:
Suzie bekerja di Econjaya[singkatan ekonomi =ekon.] sebagai salesgirl. Suatu hari….semasa Suzie hendak pergi kerja… sesampainya dia di hadapan Econjaya.. …tiba-tiba dia ternampak sekumpulan orang sedang berkerumum…rupa-rupanya ada rusuhan kaum… ..terkejut Suzie. Tiba-tiba ada seorang mat salleh dan minah salleh menyapa Suzie..”is this Malaysian doing in Malaysia?” Suzie yang mendengarnya..punyalah bengang dengan mat salleh tu…tak semena-mena berasap telinga Suzie..Suzie pun bertempik…dengan kuatnya mengalahkan PETIR…mat salleh dan minah salleh tu lari lintang-pukang….

Contoh:
Faktor Kejayaan Jepun mengalahkan British
[Ting. 3]
Kata kunci:
Kesatuan Melayu Muda, perancangan awal,taktik serangan, kelemahan,semangat tentera, pakatan,kelengkapan perang

Cerita:
Azam merupakan seorang tentera yang memang berazam tinggi seperti namanya….memang patutlah emaknya bubuh nama Azam kat Azam ni. Demi memantapkan lagi azamnya yang tinggi tambahan pula azam ni masih muda bebenar…diapun masuklah persatuan Kesatuan Melayu Muda. Satu hari pihak tentera nak hantar azam sebagai perisik di Iraq, azam dengan semangat berkobar-kobar menyahut cabaran tersebut dengan membuat perancangan awal dengan merancang segala taktik serangan andai sebarang musuh dapat mengesan. Di samping membuat beberapa latihan asas untuk membaiki kelemahan-Kelemahan diri agar dapat beraksi dengan semangat tentera yang waja…silap-silap kerajaan bagi proton waja free…Untuk mengukuhkan lagi azamnya, maka azam juga telah membuat pakatan dengan Jepun-Thailand kerana memerlukan kelengkapan perang tentera Jepun yang canggih-manggih kononnya…padahal Malaysiapun dah canggih

Contoh:
Perlembagaan Suruhanjaya Reid
[Ting. 3]
Kata kunci:
Persekutuan, jus soli, istimewa, raja berpelembagaan, bahasa Melayu, agama Islam

Cerita:
Pertandingan Bola Sepak Piala Permaisuri diadakan di Padang yang agak-agaknya luas le juga…Padang SMK Permaisuri Nur Zahirah, jadi untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini, FRU iaitu Unit Simpanan Persekutuan telah diarahkan berjaga-jaga.. Mereka yang bertugas telah dibekalkan dengan air jus yang istimewa sekali iaitu jus soli. Konsep pertandingan bola sepak ni pulok punyalah pelik….iaitu konsep raja berpelembagaan.. Jadi pemain-pemain bola sepak tersebut punyalah tak retinya ..dengan konsep sedemikian rupa… Puaslah si penganjur menerang panjang lebar bercakap guna bahasa Besut…campur sikit bahasa Melayu …hilir le sikit..ada juga rojak-rojak dengan bahasa Inggeris…biar nampak rasmi le konon. Si penganjur tu pun bersyarah le lah pulok…gaya bercakap macam ustaz berceramah agama Islam…. Itulah al-kisahnya….

Contoh:
Ajaran Confucianisme [ting. 4]
Kata kunci:
Kung-fu-tze, Lu , jawatan, mengembara, kepercayaan, dewa, moral, perikemanusiaan, kesusilaan, ibu bapa, pendidikan, masyarakat

Cerita:
Wa dulu, belajar itu kung-fu. Wa terror belajar kung-fu, wa ada jawatan tinggi dalam itu kelab kung-fu, tapi wa letak itu jawatan, Lu tau kenapa? Sebab wa mau mengembara ke Indonesia. Wa mengembara dengan penuh kepercayaan di dada. Masa wa di Indonesia, wa terjumpa itu Kumpulan rock Dewa 19. Wa minat sama rock aa… tapi wa ada moral yang tinggi sebab apa aaa… wa ada perikemanusiaan… wa mengamalkan itu prinsip rukun Negara Malaysia yang kelima ..kesopanan dan kesusilaan. Wa pergi jauh mengembara tapi wa tidak lupa sama wa punya ibu bapa sebab mereka hantar wa pergi sekolah untuk dapat itu pendidikan supaya wa boleh berbakti pada masyarakat……

Contoh:
Kepentingan Perjanjian Persekutuan
TM 1948 [tingkatan 5]
Kata kunci:
Kongsi, Status-quo, kontrak, bertulis, ketuanan, kuasa, sultan, asas, keistimewaan, senarai, kerakyatan, bahagi, lindungi, Islam

Cerita:
Ah Chong merupakan ahli kongsi gelap quo yang berstatus{status-quo}tinggi. Sebelum menjadi ahli kongsi gelap quo, Ah Chong telah menandatangani kontrak secara bertulis bahawasanya dia akan mengakui ketuanan dan kuasa Sultan. Kongsi Gelap Quo namanya je kongsi gelap tetapi aktivitinya semua berasas,sebab itulah ia diberi keistimewaan dan dijamin. Mereka juga mempunyai senarai tugas yang pelbagai. Di samping menjaga kebajikan orang Cina, ia juga menitikberatkan soal kerakyatan semua bangsa di Malaysia. Mereka pandai bahagi tugas selain lindungi sesama mereka dan manjaga kehormatan orang Islam.

Contoh:
Pelaksanaan dasar Penswastaan Malaysia [tingkatan 4]
Kata kunci:
Swasta, produktiviti, cepat,
laksana, beban

Cerita:
Laporan Berita Terkini..
Sebuah Syarikat bas milik Swasta telah menggemparkan negara dengan melancarkan operasi perkhidmatan bas yang menjamin produktiviti pengguna dengan menyediakan bas yang perjalanannya amat cepat dan pantas laksana naik LRT. Pengguna tidak lagi terbeban dengan masalah traffic jem kerana semua kenderaan di jalan raya akan memberi laluan kepada bas berkenaan yang dipasang siren khas.
Sekian, laporan terkini….

No comments:

Post a Comment