UNTUK DIKONGSI RASA



























Friday, November 19, 2010

SEJARAH TING.4 @BAB 2

SISTEM DEMOKRASI YANG DIAMALKAN DI ATHENS :

TERDAPAT DEWAN PERHIMPUNAN DAN MAJLIS
SEMUA WARGANEGARA LELAKI DEWASA BERPELUANG MENJADI ANGGOTA DEWAN PERHIMPUNAN
BERKHIDMAT ANTARA ENAM BULAN HINGGA SETAHUN
DEWAN PERHIMPUNAN BERSIDANG TIGA KALI SEBULAN
SETIAP AHLI DEWAN BOLEH MENGEMUKAKAN CADANGAN TENTANG DASAR KERAJAAN
SEGALA KEPUTUSAN DEWAN DIKENDALIKAN OLEH MAJLIS
DEWAN BERKUASA MELANTIK AHLI MAJLIS, MAJISTRET DAN JURI
DEWAN BERKUASA PENUH TERHADAP AHLI MAJLIS,MAJISTRET DAN JURI
DEWAN PERHIMPUNAN BERFUNGSI MENGGUBAL UNDANG-UNDANG


NEGARA-NEGARA KOTA YUNANI MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA PERDAGANGAN :

BENTUK MUKA BUMI BERGUNUNG-GANANG
TIDAK SESUAI UNTUK PERTANIAN
KEKURANGAN TANAH UNTUK PERTANIAN
PENINGKATAN DALAM PERDAGANGAN DENGAN KAWASAN LUAR
TERUTAMANYA MELALUI JALAN LAUT
MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN MAKANAN
TERPAKSA MENDAPATKAN BAHAN MAKANAN DARI LUAR
ATHENS MENDAPATKAN BEKALAN MAKANAN DARI KAWASAN SELATANNYA DAN DARI LAUT HITAM
ATHENS MENJADI PUSAT PENGUMPULAN BARANG KEPERLUAN DARI TIMUR
DIKELILINGI OLEH LAUT MEDITERRANEAN DAN LAUT AEGEAN

TUJUAN PENDIDIKAN DI ATHENS :

MELAHIRKAN MANUSIA YANG SEIMBANG PENCAPAIANNYA
DARI SUDUT ROHANI DAN JASMANI
MELAHIRKAN MANUSIA YANG CEMERLANG
DAPAT MEMENUHI TUNTUTAN MENTAL DAN FIZIKAL
DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN MANUSIA
MATA PELAJARAN YANG DITEKANKAN IALAH SUKAN/ MUZIK/ KESUSASTERAAN/ SENI BERPIDATO/ MEMBACA/ MENGHAFAL/ MENULIS

KESAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN PENINGKATAN TAMADUN YUNANI :

BANYAK SEKOLAH FALSAFAH DIBINA
ATHENS MENJADI PUSAT CENDIKIAWAN YUNANI
LAHIRNYA SEJARAWAN
CONTOHNYA THUCYDIDES DAN HERODOTUS
LAHIRNYA PEMIKIR DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
CONTOHNYA THALES, ANAXIMANDER,HERACLITUS DAN ANAXAGORAS


ORGANISASI SOSIAL DALAM TAMADUN YUNANI DI ATHENS:

PENDUDUK TERBAHAGI KEPADA TIGA KUMPULAN
YANG PERTAMA IALAH WARGANEGARA
YANG KEDUA IALAH BUKAN WARGANEGARA
YANG KETIGA IALAH HAMBA
KUMPULAN PERTAMA MEMPUNYAI HAK DALAM POLITIK
KUMPULAN KEDUA DAN KETIGA TIDAK MEMPUNYAI HAK DALAM POLITIK

ORGANISASI SOSIAL DALAM TAMADUN YUNANI DI SPARTA:

PENDUDUKNYA DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA KELAS SOSIAL
KELAS PERTAMA IALAH WARGANEGARA SPARTA TULEN
KELAS KEDUA IALAH PARA PEKERJA / ARTISAN / PEDAGANG
KELAS KETIGA IALAH HELOT
MENGUSAHAKAN TANAH
MERUPAKAN GOLONGAN MAJORITI

SUMBANGAN TAMADUN YUNANI KEPADA TAMADUN DUNIA HARI INI:

MEMPERKENALKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI
PLATO DENGAN BUKUNYA REPUBLIC
ILMU FALSAFAHNYA MENJADI RUJUKAN AHLI FALSAFAH MODEN
HASIL SASTERANYA DIBACA DAN DIJADIKAN RUJUKAN HINGGA HARI INI
HERODOTUS MERUPAKAN BAPA SEJARAH, KARYANNYA HISTORY OF PERSIAN WARS
THUCYDIDES MERUPAKAN PENGASAS SEJARAH SAINTIFIK KARYANYA HISTORY OF THE PELOPONNESIAN WAR
BAHASA YUNANI DIGUNAKAN DI YUNANI DAN WILAYAH TAKLUK ALEXANDER THE GREAT
PEMBINAAN ACROPOLIS OLEH PERICLES UNTUK TUJUAN KEAGAMAAN
THALES MENGEMBANGKAN ILMU GEOMETRI MESIR PURBA
PYTHAGORAS MEMPERKENALKAN TEOREM PYTHAGORAS
HIPPOCRATES TERKENAL SEBAGAI BAPA PERUBATAN
ARCHIMEDES TERKENAL DENGAN TEORI ISI PADU AIR DAN GRAVITI
PTOLEMY ADALAH TOKOH ASTRONOMI YUNANI
MENYEBARKAN KEBUDAYAAN HELLENISTIK
LAHIRNYA SUKAN OLIMPIK

FAKTOR TAMADUN INDIA MAJU DALAM AKTIVITI PERDAGANGAN:

TERDAPAT PUSAT PERDAGANGAN PENTING
CONTOHNYA ANGA, KALINGA DAN KARUSA
BANYAKNYA BARANG DAGANGAN
CONTOHNYA SENJATA,GADING GAJAH, EMAS, BERLIAN DAN MUTIARA
WUJUDNYA HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN NEGARA LUAR
CONTOHNYA PERSATUAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN (STRESTHIN)
CONTOHNYA PERSATUAN TUKANG KAYU, TUKANG LOGAM, TUKANG KULIT DAN SEBAGAINYA
PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG UNTUK MENGAWAL PERSATUAN
PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DIAWASI OLEH RAJA
MATA WANG DIGUNAKAN SEBAGAI MEDIUM JUAL BELI
SEMASA ZAMAN GUPTA MATA WANG EMAS DIGUNAKAN
PERKEMBANGAN DALAM SEKTOR PERUSAHAAN
CONTOHNYA PENGELUARAN TEKSTIL, KAIN KAPAS DAN SUTERA, BARANGAN EMAS, MUTIARA DAN BATU PERMATA
KEWUJUDAN JALAN SUTERA DARAT
KEWUJUDAN JALAN LAUT


SUMBANGAN TAMADUN INDIA KEPADA TAMADUN DUNIA HARI INI:

GELARAN MAHARAJA
MEMBENTUK BIROKRASI PENTADBIRAN
TIANG ASOKA
PERSATUAN STRESTHIN
PENGGUNAAN MATA WANG DALAM PERDAGANGAN
KOLEJ BRAHMAN
KITAB VEDA
PENGETAHUAN ASTRONOMI DIPETIK DARIPADA RIG VEDA
ANGKA BRAHMIN DAN ANGKA KHAROSTI
BINAAN SEPERTI GREAT BATH, KOMPLEKS KUIL DI GUA AJANTA DAN DI GUA ELLORA
EPIK MAHABHRATA DAN RAMAYANA
BAHASA SANSKRIT UNTUK AGAMA HINDU DAN BUDDHA
AGAMA HINDU DAN BUDDHA

SISTEM PEMERINTAHAN YANG DIAMALKAN DALAM TAMADUN CHINA:

BERUBAH DARI SISTEM FEUDAL KEPADA SISTEM PENTADBIRAN BERPUSAT
PERLUASAN KUASA TELAH MELAHIRKAN EMPAYAR PADA ZAMAN DINASTI CHIN
KONSEP RAJA BERTUKAR KEPADA MAHARAJA
PEMBENTUKAN SEBUAH SISTEM PENTADBIRAN ATAU BIROKRASI AWAM
PEGAWAINYA DILANTIK OLEH MAHARAJA
MEREKA TERDIRI DARIPADA RAKYAT
PELANTIKAN PEGAWAI DIBUAT OLEH SEBUAH JAWATANKUASA DALAM SISTEM PERKHIDMATAN AWAM IAITU HON KAO TSU
PERLANTIKAN PEGAWAI BERASASKAN PENCAPAIAN MEREKA DALAM PEPERIKSAAN

PRINSIP UNDANG-UNDANG BERTERASKAN FALSAFAH LEGALISME DALAM TAMADUN CHINA:

BERTERASKAN DUA PRINSIP UTAMA
HUKUMAN BERAT
BERCORAK KOLEKTIF
UNDANG-UNDANG YANG TEGAS DAPAT MENGAWAL TINGKAH LAKU MANUSIA
TIDAK HARUS WUJUD RASA BELAS KASIHAN DALAM MENJALANKAN UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAANNYA HARUS DIPELIHARA DALAM APA JUA KEADAAN
PERLU UNTUK MEMBENDUNG TINDAKAN LIAR MANUSIA
RAJA MESTI MEMILIKI KUASA YANG UTUH

SUMBANGAN UTAMA SHIH HUANG TI DALAM BIDANG PENTADBIRAN:

MEMBENTUK SEBUAH EMPAYAR
BERJAYA MENYATUKAN SELURUH KERAJAAN KECIL DI CHINA
MEMERINTAH SECARA AUTOKRATIK IAITU TEGAS DAN MUTLAK
MENGHAPUSKAN GOLONGAN BANGSAWAN DENGAN MELANTIK GABENOR DAN PANGLIMA TENTERA UNTUK MENTADBIR
MEMPERTAHANKAN EMPAYAR CHINA DARIPADA SERANGAN ORANG GASAR
MEMBINA TEMBOK BESAR CHINA

SISTEM PENDIDIKAN DALAM TAMADUN INDIA:

BERMULA PADA ZAMAN VEDIK
SANGAT MEMENTINGKAN KEAGAMAAN
AGAMA HINDU MENJADI TERAS
HANYA DIDOMINASIKAN OLEH KAUM LELAKI
GOLONGAN WANITA TIDAK BERPELUANG MENERIMA PENDIDIKAN
TUMPUAN PENDIDIKAN KEPADA PEMBELAJARAN KITAB-KITAB VEDA
BAHASA SANSKRIT MENJADI BAHASA PENGANTAR
TUMPUAN PENDIDIKAN IALAH AGAMA
PENDIDIKAN BERTERASKAN AGAMA BERTUJUAN MENYEDIAKAN MANUSIA MENGHADAPI HARI SELEPAS MATI
SEGALA HUKUM AGAMA HARUS DIPELAJARI
SUPAYA MEREKA DAPAT HIDUP SEMPURNA DENGAN NILAI-NILAI MURNI
PENDIDIKAN TINGGI DIBERI DI KOLEJ BRAHMAN
SEBELUM INI PENDIDIKAN DIBERI DI ISTANA DAN RUMAH
UNTUK MENINGKATKAN ILMU SAINS
TUJUAN PENDIDIKAN DI INDIA JUGA UNTUK MENAMBAH ILMU/ MENGATASI BUTA HURUF DAN UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN DALAM PEMERINTAHAN


SISTEM SOSIAL YANG DIAMALKAN TAMADUN INDIA:
MENGAMALKAN SISTEM KASTA
MEMPUNYAI EMPAT KASTA UTAMA
BRAHIM, KSYATRIA, VAISYA, DAN SUDRA [BKVS]
KEEMPAT-EMPATNYA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BERBEZA
SISTEM INI DIIKUTI DENGAN KETAT
SEORANG LELAKI TIDAK BOLEH MENGAHWINI WANITA DARIPADA KASTA YANG BERBEZA
TIDAK BOLEH BERCAMPUR GAUL DENGAN AHLI KASTA YANG BERBEZA

KEMAJUAN DALAM BIDANG PERTANIAN TAMADUN CHINA:

MEMPERKENALKAN TENGGALA
UNTUK MEMBUAT BATAS TANAMAN
MEMPERKENALKAN KOLAR KUDA
UNTUK MEMBOLEHKAN KUDA MENARIK TENGGALA KAYU / KERETA KUDA / KERETA SORONG / PENYISIR TANAH
SISTEM PENANAMAN BERGILIR DIPERKENALKAN
UNTUK MENJAGA KESUBURAN TANAH
MEMBUAT TERES PADA KAWASAN BUKIT UNTUK PERTANIAN
MEMBINA SISTEM PENGAIRAN
CONTOHNYA TERUSAN UNTUK MEMPEROLEH SUMBER AIR DALAM PERTANIAN TERKAWAL
TERUSAN DIBINA UNTUK MENGAWAL BANJIR


SENI BINA MENGKAGUMKAN DALAM TAMADUN CHINA:

TEMBOK BESAR CHINA SEPANJANG 1500 BATU DARI KANSU KE PEKING
BANDAR-BANDAR PURBA SEPERTI CHANGAN,ANYANG,PEKING DAN LOYANG MEMPUNYAI TEMBOK YANG DIBUAT DARIPADA BATU DAN TANAH LIAT/LUMPUR
SETIAP TEMBOK TERDAPAT PINTU GERBANG YANG DIKELILINGI PARIT YANG BESAR DAN MENARA
KAWASAN DI DALAM TEMBOK MENEMPATKAN KEDIAMAN MAHARAJA CONTOHNYA KOTA LARANGAN
KUIL TERDIRI DARIPADA BEBERAPA BUAH BANGUNAN YANG MERANGKUMI TEMPAT TINGGAL, RUANG TETAMU DAN PUSAT PEMUJUAAN
PAGODA MEMPUNYAI BENTUK OKTAGON ATAU SEGI EMPAT SAMA DAN MENINGGI SEHINGGA 15 TINGKA



SISTEM SOSIAL DALAM TAMADUN CHINA:

TERBAHAGI KEPADA TIGA KELAS UTAMA
GOLONGAN PERTAMA IALAH GOLONGAN ATASAN
TERDIRI DARIPADA LAPISAN PENTADBIR
CONTOHNYA MAHARAJA, KELUARGANYA, PEGAWAI BANGSAWAN DAN SIDA-SIDA
KUMPULAN KEDUA IALAH RAKYAT BAWAHAN
CONTOHNYA GOLONGAN PETANI DAN ARTISAN
KUMPULAN KETIGA IALAH GOLONGAN HAMBA
KUMPULAN KEDUA DAN KETIGA MERUPAKAN KUMPULAN SOKONGAN KEPADA KUMPULAN PERTAMA
CONFUCIUS MEMBAHAGIKAN MASYARAKAT CHINA KEPADA EMPAT KELAS UTAMA
GOLONGAN TERATAS IALAH GOLONGAN SARJANA
MEREKA TERDIRI DARIPADA PEGAWAI KERAJAAN YANG BERPENDIDIKAN
YANG KEDUA IALAH PETANI
MERUPAKAN TULANG BELAKANG KEPADA EKONOMI CHINA
KUMPULAN KETIGA IALAH TUKANG
KUMPULAN KEEMPAT IALAH PEDAGANG
STRATA MASYARAKAT CHINA BUKAN BERSIFAT TEGAR
INDIVIDU DI CHINA BOLEH MENUKAR KELASNYA KEPADA KEDUDUKAN YANG LEBIH BAIK MENERUSI PENDIDIKAN

SEJARAH TING.4 @BAB 1

PERBEZAAN MASYARAKAT ZAMAN PALEOLITIK DAN NEOLITIK:

MASYARAKAT PALEOLITIK HIDUP BERPINDAH RANDAH ATAU NOMAD, MANAKALA NEOLITIK MULA MENETAP
MASYARAKAT PALEOLITIK MENJALANKAN KEGIATAN BERBURU BINATANG, MENCARI HASIL HUTAN SERTA MENANGKAP IKAN, MANAKALA MASYARAKAT NEOLITIK BERCUCUK TANAM DAN MENTERNAK BINATANG.
TEMPAT TINGGAL PALEOLITIK DALAM GUA DAN TEPI TASIK. ORANG NEOLITIK TINGGAL DALAM GUA DAN RUMAH YANG DIBINA.
ALATAN PALEOLITIK LEBIH MEMENTINGKAN FUNGSI DARIPADA NILAI SENI. ALATAN NEOLITIK LEBIH LICIN DAN PELBAGAI FUNGSI
MASYARAKAT NEOLITIK MEMPUNYAI PENGKHUSUSAN KERJA, BELUM WUJUD ZAMAN NEOLITIK
NEOLITIK MAHIR MENGHASILKAN TEMBIKAR, PALEOLITIK BELUM MEMPUNYAI KEMAHIRAN
MASYARAKAT PALEOLITIK TINGGAL SECARA KELOMPOK KELUARGA ATAU KUMPULAN KECIL, MASYARAKAT NEOLITIK TINGGAL DALAM KELOMPOK BESAR
AKTIVITI MELEBUR LOGAM DIJALANKAN SEMASA NEOLITIK BERBANDING PALEOLITIK MENGGUNAKAN ALATAN BATU


CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN :

PETEMPATAN YANG KEKAL, CORAK HIDUP LEBIH SISTEMATIK
KEMAHIRAN HIDUP LEBIH BERORGANISASI MERANGKUMI SOSIAL, EKONOMI DAN POLITIK.
HIDUP LEBIH STABIL DAN MAKMUR DENGAN SISTEM KELUARGA MENJADI KOMPLEKS KERANA PENDUDUK BERTAMBAH DAN EKONOMI PELBAGAI
SISTEM PEMERINTAHAN, UNTUK MENJALANKAN PENTADBIRAN KETUA MENGGUNAKAN UNSUR MAGIS DAN DIANGGAP WAKIL TUHAN
PENGKHUSUSAN KERJA BERLAKU KESAN KESTABILAN POLITIK.
BERLAKU SISTEM BARTER KEMUDIAN PERDAGANGAN DAN PERTUKARAN ILMU PENGETAHUAN, TEKNOLOGI DAN BUDAYA DENGAN TAMADUN LUAR
AGAMA DAN KEPERCAYAAN MANUSIA BERMULA DENGAN KEPERCAYAAN ANIMISME.
PERCAYA KUASA GHAIB, MENYEMBAH POKOK DAN MATAHARI.
KEMUDIAN MEREKA BERAGAMA MENYEMBAH LEBIH DARI SATU TUHAN( POLITEISME)


SENARAIKAN CIRI-CIRI RAJA MESIR:
DIPANGGIL FIRAUN
BERKUASA MUTLAK
DIANGGAP SUCI
KETUA HAKIM
KETUA PAHLAWAN
JAWATAN FIRAUN DIWARISI SECARA TURUN-TEMURUN

AMALAN KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN TAMADUN MESIR:

PERCAYA KEPADA KONSEP POLITEISME
PERCAYA KEPADA KEHIDUPAN SELEPAS MATI
TUHAN DIKAITKAN DENGAN UNSUR ALAM
STATUS MAYAT DITENTUKAN OLEH ALAT KEBESARAN YANG DIKEBUMIKAN
MAKAM MAYAT DIPENUHI DENGAN PERALATAN
MAYAT DISERTAKAN DENGAN KELENGKAPAN HARIAN
MAYAT PERLU DIJAGA DENGAN TELITI


TUJUAN BAHASA DAN TULISAN:

MENYEBARKAN ILMU PENGETAHUAN
MENCATAT REKOD AKTIVITI PERTANIAN
MENCATAT REKOD PENGUTIPAN CUKAI
UNTUK DIGUNAKAN DALAM UPACARA RITUAL/KEAGAMAAN
MEMBOLEHKAN PERHUBUNGAN DALAM MASYARAKAT DAN ANTARA MASYARAKAT
UNTUK TUJUAN URUSAN PENTADBIRAN
MENYAMPAIKAN DAN MENCATAT IDEA DAN PEMIKIRAN MANUSIA


SUMBANGAN TAMADUN MESIR:
PEMBINAAN PIRAMID
PENCIPTAAN KERTAS DARIPADA POKOK PAPYRUS
SISTEM TULISAN HIEROGLIF
MEWUJUDKAN SISTEM PENDIDIKAN
ILMU PERUBATAN
PENGUASAAN ILMU MATEMATIK DAN ASTRONOMI
MENGHASILKAN BATU BATA
MENCIPTA SISTEM PENGAIRAN

SUMBANGAN TAMADUN MESIR DALAM PERADABAN DUNIA:

MEMBINA PIRAMID ILHAM IMHOTEP
MENCIPTA KERTAS DARIPADA POKOK PAPYRUS
SISTEM TULISAN HIEROGLIF
DAPAT DIBACA PADA MAKAM DAN BATU
MENCIPTA SISTEM PENGAIRAN
MENUKARKAN KAWASAN PADANG PASIR MENJADI KAWASAN TANAH PERTANIAN
PERKEMBANGAN ILMU MATEMATIK DAN ASTRONOMI
MATEMATIK DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL BANJIR SUNGAI NIL
MENCIPTA KALENDAR 365 HARI SETAHUN
MENDAPAT STATUS YANG TINGGI DALAM MASYARAKAT
MAHIR MEMUMIAKAN MAYAT
MEWUJUDKAN SISTEM PENDIDIKAN
UNTUK KANAK-KANAK DARIPADA KELUARGA ATASAN
PENDIDIKAN SEJAK UMUR YANG RENDAH
DIURUSKAN OLEH RUMAH IBADAT
BERTUJUAN MELAHIRKAN JURUTULIS TERLATIH
MATA PELAJARAN DIAJAR IALAH ILMU GEOMETRI, MATEMATIK DAN SAINS


CIRI-CIRI PEMBENTUKAN BANDAR TERANCANG DI MOHENJO-DARO DAN HARAPPA DALAM TAMADUN INDUS:

BANDAR DIBAHAGIKAN KEPADA DUA BAHAGIAN
BAHAGIAN UTAMA MERUPAKAN PUSAT PENTADBIRAN DAN KEAGAMAAN
BAHAGIAN KEDUA MENEMPATKAN BANGUNAN PENTADBIRAN/TEMPAT MANDI AWAM
TEMPAT KEDUA IALAH KAWASAN PERUMAHAN
BANDAR DI KELILINGI OLEH TEMBOK
TERDAPAT SISTEM KUMBAHAN YANG TERANCANG
SETIAP BLOK DIPISAHKAN OLEH SATU RANGKAIAN JALAN RAYA YANG LURUS
BANDAR-BANDAR BOLEH DIHUBUNGI MELALUI SUNGAI
PERANCANGAN BANDAR DIBANTU OLEH KEMAJUAN ILMU GEOMETRI DAN PEMBINAAN
PERANCANGAN BANDAR HASIL SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA DAN TAMADUN MESIR PURBA
MENGGUNAKAN BATU BATA TANAH LIAT MELALUI PEMBAKARAN SUHU YANG TINGGI
BANDAR DISUSUN BERASASKAN BLOK-BLOK BERBENTU SEGI EMPAT
RUMAH DI BANDAR MEMPUNYAI BILIK MANDI DAN TANDAS
BANDAR DISUSUN DENGAN SUSUN ATUR YANG SISTEMATIK


FAKTOR MASYARAKAT INDUS BERUPAYA MEMBINA BANDAR YANG TERANCANG:
MEMILIKI KEPAKARAN DARI SEGI SUSUN ATUR
FAHAM TENTANG ILMU GEOMETRI
FAHAM TENTANG ILMU MATEMATIK
PERTUKARAN TEKNOLOGI DENGAN TAMADUN LAIN
PENINGKATAN MUTU BAHAN BINAAN
TEKNOLOGI MENGHASILKAN BATU-BATA
MEMBINA SISTEM KUMBAHAN YANG TERANCANG
MAMPU MEMBINA JALAN RAYA YANG BAIK

SUMBANGAN TAMADUN INDUS DALAM PERADABAN DUNIA:
PERANCANGAN BANDAR:-


KEUPAYAAN MEWUJUDKAN BANDAR TERANCANG
NAMA BANDAR MOHENJO-DARO DAN HARRAPA
KEMAJUAN BIDANG ILMU GEOMETRI DAN SENI BINA
MEMBUAT BATU BATA DARIPADA TANAH LIAT MELALUI TEKNIK PEMBAKARAN SUHU TINGGI

SIFAT KETERBUKAAN:-

MEMBUAT HUBUNGAN DENGAN TAMADUN LAIN
HUBUNGAN DENGAN TAMADUN MESOPOTAMIA DAN TAMADUN MESIR
BERLAKU PERTUKARAN TEKNOLOGI

MENGEKPLOITASI KELEBIHAN YANG DIMILIKI:-

UNTUK MEMUDAHKAN KEHIDUPAN
MENGEKPLOITASI SUNGAI INDUS UNTUK MEMAJUKAN KEHIDUPAN
MENJADI PANDUAN GENERASI SETERUSNYA MENGHASILKAN TAMADUN CEMERLANG

ASPEK KEAMANAN:-

MENGAJAR KEPADA DUNIA BAHAWA KEAMANAN ASAS KEKUATAN NEGARA


AMALAN KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN TAMADUN HWANG HO:

KEPERCAYAAN ANIMISME
KEPERCAYAAN POLITEISME
PENYEMBAHAN ROH NENEK MOYANG
MENYEMBAH TUHAN SYURGA DAN TUHAN BUMI
PENYEMBAHAN TERHADAP SUNGAI / BUKIT / GUNUNG
UPACARA PENYEMBAHAN MELIBATKAN MUZIK, TARIAN DAN UPACARA KORBAN
UPACARA PENYEMBAHAN DIKETUAI OLEH BOMOH
JUMPAAN TULANG YANG DIKENALI SEBAGAI TULANG ORACLE
FUNGSI TULANG ORACLE UNTUK MERAMALKAN SESUATU KEADAAN
BOMOH TERLIBAT DALAM UPACARA PENILIKAN DENGAN MELETAKKAN TULANG DI ATAS UNGGUN API
REKAHAN PADA TULANG DITAFSIRKAN DENGAN SESUATU KEJADIAN
PERCAYA KUASA RAJA MERUPAKAN MANDAT DARIPADA TUHAN
PERCAYA KEPADA DEWA SHANG-TI
MEMPERCAYAI SATU KUASA AGUNG YANG DIKENALI SEBAGAI TIEN
MEMPERCAYAI KONSEP YIN DAN YANG
MEMPERCAYAI KONSEP FENG HSUI

UNSUR KEPERCAYAAN TAMADUN HWANG HO YANG MASIH KEKAL:

PEMUJAAN ROH NENEK MOYANG
UNSUR KORBAN MANUSIA TELAH DIGANTIKAN DENGAN MAKANAN/DUIT KERTAS/BARANG PERHIASAN
KONSEP YIN DAN YANG
KONSEP FENG HSUI
AMALAN MENGGUNAKAN KALENDAR DALAM AKTIVITI HARIAN
PENGAMALAN FALSAFAH PERANG SUN TZU DALAM PERNIAGAAN


SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG PERTANIAN:

PEMBINAAN SISTEM PENGAIRAN
TUJUAN MENGAIRI KAWASAN PERTANIAN DAN UNTUK MENGELAKKAN BANJIR
KEMAJUAN TEKNOLOGI PEMBAJAKAN
PENCIPTAAN CANGKUL/ SABIT
PENGGUNAAN BATAS UNTUK TUJUAN TANAMAN
PERUBAHAN SECARA EVOLUSI PENGGUNAAN ALAT PERTANIAN DARIPADA KAYU KEPADA BESI

BAHASA JIWAKU (sempena Bulan Bahasa Kebangsaan)

BAHASA JIWAKU


Bahasaku
Adalah bahasa jiwaku
Bahasaku
Adalah bangsaku
Bahasa Melayuku
Adalah bahasa kebangsaanku
Bahasa kebanggaanku
Jua bahasa kebanggaan bangsaku
Jua bahasa kebanggaan negaraku

Bahasaku
Adalah cermin jiwaku
Bahasaku
Adalah cermin bangsaku
Bahasaku
Juga cermin negaraku

Bahasaku
Lembut katanya
Sopan tuturnya
Halus bicaranya
Ceria nadanya
Indah wacananya
Puitis madahnya
Penuh kiasan wadah pujangga
Terselit sindiran berkias bicara
Bisa menikam menusuk kalbu
kata bersulaman penuh kias
Indahnya bahasa Melayuku

Bahasa kebangsaanku
Cerminan jiwa bangsaku
Luhurnya bicara pengubat jiwa nan lara
Tika diamuk resah, tika diperangi gundah
Lembut tuturnya bisa mencair sukma
Menukar gelora membadai menjadi reda
Menukar amarah jiwa menjadi sabar
Menukar isak tanggis mendamba ceria
Menukar langit kirmizi berwarna biru
Mekar kuntuman kata di taman bicara
Kerna bahasaku
Adalah lambang jiwaku
Bahasa kebangsaan bahasa jiwaku.


13 Oktober 2010
Besut, Terengganu.

MESRA ( dedikasi buat Kak Wan)

Di keheningan subuh nan lalu
Ku mengenalimu sebagai kawan
Kau yang melempar sekelumit senyum
Mesra sedetik yang kau pamer dulu
Tidak lapuk dek kehujanan masa
Dan tak lekang dek kepanasan waktu
Waktu nan berlari tanpa mengira detik
Tak tertoleh ke belakang nan menghilang
Namun, mesra tak berdikit
Malah menggunung dek ikhlasmu
Ikhlasmu yang menyapaku sebagai rakan
Detik waktu zohor berlalu asar berlepas
Namun masa mengeratkan mesra
Hilai tawa ceria kita berbaur
Ada kala bersulam duka luahan kekusutan hati
Tempat bercerita jua berteduh rasa
Sulaman kata madahmu pengubat lara
Di kala hati ingin bercerita
Dadamu lapang dengar segala
Masa pantas menyusuri maghrib
Insya’ belum sempat berlabuh tirai
Kau terpaksa mengucap salam perpisahan
Berpisah jauh di pandangan mata
Namun yang pasti
Kata-kata bicara pasti bersambung
Dan bersambut merentas udara jua maya
Walau singkat masa mengenalmu
Kau bergelar sahabat padaku
Mesra yang menguntum di bibirmu
Jua riak wajahmu terpancar mesra
Mesra yang seabad tak terhakis
Dek kerna dirimu yang mesra.

LIMPAHAN KASIHMU

LIMPAHAN KASIHMU
(Istimewa buat waga SMKDTHO, KL)

Berat rasanya kakiku
Sewaktu melangkah meninggalkan bumbung lama
Tempat berteduh menabur keringat jua bakti
Berat juga rasanya kakiku tika melangkah ke bumbung baru
Namun aku harus ketepi segala resah gelisahku
Warganya pasti menguntum senyum menyambutku
Anak-anak kecilnya pasti menggapai tangan menyambut salamku
Ternyata sangkaanku tidak meleset
Limpahan kasih mereka menerpa ke sanubariku
Ibarat suatu ikatan keluarga besar
Tidak putus air dicincang
Carik-carik bulu ayam pasti tercantum jua
Itu perumpamaannya kita
Kerja kekitaan etika dijunjung
Di bawah satu falsafah nan Satu
Genggaman erat di kala memerlu sokong
Ternyata tidak ku rebah keseorangan
Tika dihimpit jutaan bebanan
Puluhan tangan menghulur bantu
Tidak kekok rasanya kala makan sepinggan
Duduk berkongsi kerusi
Tulis berkongsi meja
Minda berkongsi rasa jua cerita
Betapa besar keluargaku
Ternyata limpahan kasihmu
Tersemat abadi di kotak jiwaku
Ke mana selepas ini aku pergi
Pasti sama
Dan sama selamanya

Selamat Hari Guru buat rakan guruku yang pernah bernaung khidmat di bawah bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur, 2004 -2007 walau di mana jua kalian bernaung khidmat kini. Terima kasih atas segalanya…..

Anna SRA
SMKPNZ, Besut, Terengganu.

KITA NI GURU

KITA NI GURU

Kita ni guru
Ke tepi guru ke tengah guru
Ke mana-mana pun kita ni guru
Celik mata kita di subuh hari
Bermulanya tugas kita sebagai guru
Sehingga terlelap mata kita
Kita masih dibuai alunan mimpi
Sebagai seorang guru

Di sekolah kita ditegur “assalamualaikum cikgu”
“Selamat Pagi, Cikgu”
Di kedai kita ditegur “nak beli apa cikgu?”
Di jalanan kita ditegur “baru balik cikgu?”
Sebab kita ni guru

Kita ajar Rukun Negara
Kita semai semangat patriotisme
Kita tabur benih perpaduan
Kita pupuk rasa muhibbah
Kita ajar pelajar beradab
Kita sebar iklim kerohanian
Kita terap budaya sopan bertatasusila
Kita tegur pelajar yang kurang sopan

Kita huraikan ilmu yang kusut
Kita olah pelajaran yang ringkas
Kita imbau sejarah lampau
Kita formulakan kira-kira yang sukar
Kita cernakan kepayahan sains
Kita sekitarkan alam nurani
Kita cergaskan murid yang keletihan
Kerna kita ni guru
Kita idola, kita ‘role model’

Ada tika akal kita menangis sarat bebanan di meja tulis
Buku bertimbun berteriak pinta disemak
Fail bersusun pinta kemaskini
Ada tika tangis tawa berbaur dengan celoteh rakan sebelah
Ada tika jemari keletihan menarikan mata pena
Melakar perancangan untuk esok harinya
Menekan kekunci komputer demi tugasan




Ada tika tangan keputihan diwarnai kapur
Terkadangnya tercoret ‘marker pen’
Ketika mendidik anak murid yang dahaga ilmu
Ada tika kaki kita kepenatan menjelajah setiap inci ruang sekolah
Menghambat karenah mereka yang lincah
Jua ligat di kaki-kaki lima bangunan
Ada tika tekak kita keperitan
Pabila mengajar anak-anak murid yang keletah

Ada tika kita sebak
Pabila cuba melentur rebung yang kian membuluh
Ada tika kita terpaksa menahan pening
Melayan kenakalan anak-anak remaja
Ada tika kita perlu akui
Kita ni guru
Jangan lupa kita ni guru
Lagipun kita ni kan guru

Kita ni guru
Kita merungut, kita mengeluh
Kita mendengus, kita tersenyum, kita ketawa
Riak dan nadanya masih seorang guru
Kerana kita ni memang seorang guru
Dan kita ni guru.


Cikgu Anna SRA
Sempena Sambutan Hari Guru 2010

MERDEKA YANG DILAUNG

MERDEKA YANG DILAUNG



Saban tahun Ogos pasti tiba
Saban tahun juga Ogos pasti disambut meriah
Merdeka pasti dilaung
Pelbagai gaya pelbagai aksi meraikan merdeka
Menjengah saja Ogos, Jalur Gemilang mula terpasang
Berkibar megah di bumbung kereta
Malah terbentang di bangunan-bangunan
Harganya tidaklah semahal mana
Tapi ada jua insan yang berkira
Untuk mengibar sejalur bendera mini
Pembakar semangat jiwa merdeka
Anak muda begitu ghairah melaung merdeka
Seolah-olah gaya Tunku melaung MERDEKA
Anak-anak kecil menjerit-jerit merdeka
melihat sahaja Jalur Gemilang
Mulut pasti melaung merdeka
Merdeka...Merdeka

Merdeka yang dilaung
Pastinya tidak sama teriak dan nadanya
Anak kecil bernada suka-suka
Kerna meriah sambutan ibu ayah pula bercuti
Anak muda bernada ghairah
Apa lagi berpesta di malam merdeka
ada yang menderu berlumba haram
Kala orang kesibukan esoknya nak merdeka
Warga dewasa bernada gembira
Merdekalah dari beban kerja
Bebas seketika dari kesesakan lalulintas
Terasa bangga negara menyambut merdeka lagi
Pencinta Sejarah bangga menyelinap ruang dada
Warga emas bernada bangga
Bangga kerna jerih perih pejuang nyata berbaloi
Berbaloi pabila kita saban hari menghirup udara merdeka
Udara merdeka di bumi yang merdeka
Kerna itulah empat suara
Merdeka yang dilaung
Nadanya berbeza
Merdeka yang dilaung
Nadanya tak sama.

28 Ogos 2006

KAU YANG BERNAMA DR. M

KAU YANG BERNAMA DR. M
(Untuk kad Ucapan JPN Pulau Pinang sempena persaraan PM)

Dr. M,
Lebih dua dekad lamanya
Kau abadikan diri demi Negara
Suka dan dukamu berbaur sebati
Bersama jerih-perih kemelut politik tanah air
Bukan sekali kau dilambung ombak kritikan
Dilanda badai kemarau ekonomi
Kau tidak gentar mendepakan tangan
Mendepani penyangak mata wang
Kita mampu bangkit
Walau hampir rebah ditiup taufan Sorros
Tanpa berpaut pada dahan IMF
Kita mampu mengharungi
Badai kemelesetan ekonomi dunia
Yang membanjiri Negara
Ianya hasil akal fikirmu

Dr. M,
Kelantangan suaramu
Memperjuangkan kemanusiaan sejagat
Kepimpinanmu jelas terserlah
Kau pembela maruah bangsa manusia
Yang diganyang kerakusan kuasa barat
Suara keamanan kita sama bertempur di tebing barat
Malah suaramu juga lantang
Menjaja nama Negara di persada ekonomi dunia
Kemajuan Negara yang dulunya kusam
Kini gemerlap hasil garapanmu
Kini Malaysia bukan sekadar menghias peta
Malah bergelar tuan rumah acara dunia.

Dr. M,
Kau membawa keyakinan kepada wargamu
Untuk berperanan di peringkat global
Kau membawa keberanian kepada Negara
Untuk menyahut segala cabaran dunia
Keranamu jua perpaduan terjalin ukhwah berpadu
Muhibbah kian dimesrakan rakyat.

Dr. M,
Kau bangkitkan kami dari lena
Kau ingatkan Melayu yang mudah lupa
Kau tak pernah berkira keringatmu yang menitis
Kemesraan jelas terpancar di sinar matamu
Nyata kau pemimpin bersama rakyat
Kejerihan tugasmu terbayang di setiap urat wajahmu
Biarpun begitu,
Tugasmu terlaksana jua.

Dr. M,
Nyata kau pemimpin berwawasan bervisi
Kau nyalakan obor kau gilapkan permata
Kau siapkan bekalan yang cukup sebelum berundur
Supaya kami terus disinari kemajuan
Supaya kami terus dilimpahi keamanan


Dr. M,
Dulu kami belajar bertatih denganmu
Bersama azammu
Bersama tekadmu
Bersama kepimpinanmu
Kini kami bisa berlari
Tangisanmu dalam mendidik kami takkan dipersia
Pastinya kau boleh tertawa kiniu
Kerna kami telah dewasa
Bergelar anak Malaysia
Namamu kan kami ukir
Dalam diari sejarah Negara
Bahawa kau yang bernama Dr. Mahathir Mohammad.

25 Oktober 2003

SEKALUNG BUDI ATAS JASAMU

SEKALUNG BUDI ATAS JASAMU
(Penghargaan buat yang menyokong sekolah-sempena Projek VCD Sejarah Sekolah)

Sekalung budi selingkar kasih
Ingin sekali kami kalungkan
Buatmu yang teguh berdiri
Demi kami warga SMKSA
Kalian curahkan keringat tanpa jemu
Azammu penuh khudrat
Tekadmu membawa berkat
Kerna impian sudah bertukar nyata
Maka tidak salah
Kalian digelar tokoh sekolah

Barisan pentadbirmu
Nyata kaliber lagi berwibawa
Khidmat bakti dan mesramu
Berganding bahu seia sekata
Bersama-sama warga pendidikmu
Tulus berusaha tanpa kenal jemu
Bersama ikrar dan janji setia
Mendidik putera puteri kecilmu
Berkhidmat bersama Staf sokongan
Bersama membentuk budaya kerja beretika
Kalian yang berjaya pasti dalam kenangan.

Teguhnya kami di medan ini
Bersama PIBG sebagai tulang belakang
Tanpamu sokong pasti kami rebah
Kau semarakkan wawasan kami
Penggerak jua perangsang
Dalam merealisasikan harapan sekolah
Menuju ke mercu kejayaan.
Sekalung budi atas jasamu
Kalian dalam kenangan
Pasti terpahat abadi
Di dalam diari SMKSA.

24 Jun 2003

DI BAWAH BUMBUNG SMKSA

DI BAWAH BUMBUNG SMKSA
(Sempena projek VCD Sejarah Sekolah 2003)

Di lereng bukit hijau nan keliling
Di pecan kecil Sungai Ara
Kau bertapak abadi
Di tanah ehsan dermawan HR Watts
Dulu kau bergelar SM Lanjutan
Menumpang duduk di tanah orang
1970 kau bergelar SMSA
Walau kecil namun milik sendiri
1971 benderamu berkibar megah
Atas nama SMSA
Lencanamu mula dicorak
Kini kau terasmi sudah
Majalah SEMESRA pencetus wadah
Mengukir bicara akal warga kecilmu
1990 bendera kejohanan sukan berkibar julung kalinya
Kau lahirkan atlet nan cergas
Kau mencorak pelbagai warna sekolah
Kau mengorak langkah
Mengatur pelbagai acara demi acara
Kini, kau gah di persada sukan
Kau gemilang di arena kebangsaan
Merangkul pelbagai anugerah segenap acara
Kau harumkan nama warga semua
Bersama kegemilangan sukanmu.

Wargamu sepakat satu tekad
Demi sebuah hasrat nan murni
Kau anjurkan pelbagai acara
Bersatu hati mengumpul dana
Agar dewan yang diimpi jadi nyata
Usaha wargamu nyata berbaloi
2002 Dewan Dato’ Hj Ismail Hashim berdiri gah
Se gah namanya yang mencurah keringat
Demi kita warganya
Kini ia kemegahan kita warga SMKSA
Pelbagai aksi pelbagai acara
Dewan bergema bersama malam
Sekalung Budi Selautan Kasih.

Demi mencorak budaya ilmu
Gedung ilmumu sarat sumber maklumat
Pusat Sumber Sekolah tersimpan khazanah ilmu
Pelbagai perkhidmatan aneka peralatan
Untuk kemudahan warga pendidikmu
Jua warga kecilmu menimba ilmu
Demi visi dan misi sekolah
Ke arah P & P berkualiti
Anjung Bahasa, Makmal Matematik
Pembekal sumber BBM jua kemudahan
Makmal Sainsmu serba lengkap
Bengkel KH, Bilik ERT bertukar wajah
MPV belajar bertatih
Mengharungi arus kepelbagaian ilmu

Kau juga mengharungi era IT
Demi wawasan menjangkau globalisasi
Agar wargamu celik teknologi
Homepage SMKSA tercipta sudah
Terpapar dalam jaringan geocities pada Internet
Bisa berkomunikasi seantero alam
Makmal Komputer lengkap sudah
KDP dan EteMs mula bertatih
Warga kecilmu mengenal sebuah PC
Kini wargamu bukan lagi buta ICT.

Usaha warga pendidikmu tak kenal jemu
Pelbagai program diatur demi prestasi akademikmu
Agar setanding namamu yang gah
Perkampungan PMR dan SPM
Tahun 2000 kita mula mengorak langkah
Berkampung wargamu di Kem Sungai Ara
Kini KKA mengambil tempat
Walau beralih angin berubah tempat
Namun misinya tetap sama
Demi kecemerlangan akademik warga kecilmu.

Kehijauan Taman Ilmumu
Anak-anak berdiskusi menyemai budaya membaca
Kehijauannya kini mekar keliling taman
Taman Herba pengubat suasana
Di lereng bukitmu menghijau
Taman Pengakap bersama Bomba
Taman Puan Rokiah damai saujana
Hasil keringat Kelab Kebun
Bakal menguntum Taman Ros
Seiring tema Sekolah dalam Taman
Menyahut cabaran Anugerah Hijau Ketua Menteri
Jasa warga pendidikmu kau tak alpa
Hari Anugerah Q, hari warga pendidikmu
Menerima sanjungan atas sumbangan bakti
Keringat dan budi ikhlas wargamu
Dikenang bersama iringan sijil
Jutaan penghargaan buatmu guru
Yang bernaung di bawah bumbung SMKSA

Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Itu pegangan utuh warga SMKSA
Bersama visi dan misi
Ke arah sekolah cemerlang dan gemilang
Satu tekad satu matlamat
Bersatu warga bersama-sama
Di bawah bumbung SMKSA.

20 Jun 2003

PESAN CIKGU PADA HARI GURU

PESAN CIKGU PADA HARI GURU


Dinihari tiba lagi,
Bersama titisan embun nan nyaman
Tapi dinihari ini tidak seperti hari-hari lepas
Kerna dinihari ini hari guru
Hari yang dinobatkan untuk para guru
Mengenang mengimbau nostalgia jasa guru


Pesan cikgu pada dinihari ini
Langkahmu ke sekolah biar ikhlas
Kerna ikhlasmu bisa menukar
Seembun ilmu yang cikgu titipkan
Menjadi selautan kejayaan di masa depanmu
Ikhlas hatimu pasti terbuka luas lorong ilmu
Untuk kau semat di dada
Buat bekalan kemudian hari.

Pagi ini,
Lapangkan mindamu dengar teguran guru
Kelak rezekimu dilapangkan Esa
Buka mindamu buat guru
Mengalir wacana ilmu
Pasti meresap ke ruang fikirmu
Pasti tak lekang dek masa, tak lapuk dek usia
Terpaku kukuh di kotak akalmu
Kelak kau bias membanggakan dirimu
Sebagai hadiah buat guru.

Petang ini,
Pulangmu biar melangkah gagah
Semangat waja tak luntur
Bagai wira pulang berjuang
Biar bahang mentari panas membakar
Kobarkan semangatmu meniti hari
Kerna esok kau kan kembali
Bersama guru mencorak ilmu nan baru.

Malammu,
Biar berisi kerna ilmu pasti meninggi
Jika usahamu tak kenal jemu
Tekunmu pasti berpalut jaya
Jayamu pasti membawa berkat
Kerna doa cikgu sentiasa bersamamu
Bukan hanya pada hari guru.


23 Mei 2003

KADANG KALA

KADANG KALA

Kadang kala, aku berasa resah
Melihat anak didikku ponteng kelas
Malah lebih berani ponteng sekolah
Melepak di sederetan kedai
tanpa hala tanpa tuju
dengan gelagat yang haru biru
sedangkan rakan lain,
begitu tekun dalam kelas
menjawab soalan membuat latihan

Kadang kala, aku berasa bimbang
Melihat anak didikku mula berpeleseran
Si teruna menderu laju berlumba haram
Si dara mendakap erat membonceng di belakang
Sedangkan kawan-kawan lain,
Bersoal-jawab dengan guru
Menghurai idea di meja perbincangan
Demi masa depan nan gemilang.

Kadang kala, aku berasa geram
Pabila anak didikku keluar kelas
Tanpa pas kebenaran guru
Mengukur setiap inci kaki lima bangunan sekolah
Kemudian ke kantin mencari makanan
Sedangkan rakan-rakannya
Begitu tekun di bilik KH
Melakar folio membuat kajian
Pengorak langkah arkitek berwawasan


Kadang kala , aku berasa sedih
Anak didikku sudah pandai kurang ajar
Walau berbuih mulutku mengajar
Mereka alpa tidak sedar
Masa depan kelak kian mencabar
Sedangkan rakan-rakan lain
Menyapa guru dengan santun
Di bibir menguntum senyum
Tidak lupa ucap assalamualaikum.

Kadang kala , aku berasa gembira
Pelajarku yang mendengar kata
Ajaran guru tidak alpa
Disemat di dada dipaku di kepala
Mereka inilah yang berjaya
Ke menara gading bukannya satu cerita
Tapi realiti lagi nyata
Bersamamu guru iringkan sepotong doa
Kelak hidupmu bahagia sentiasa
Inilah luahan berserta doa
Dari cikgu untuk anak didik semua

14 Ogos 2002

KALIAN LAHIR SEBAGAI ANAK MERDEKA

KALIAN LAHIR SEBAGAI ANAK MERDEKA

Kalian anak merdeka
Kerna kalian lahir sesudah merdeka
Kalian lahir sesudah keperitan dan kejerihan pejuang silam
Kalian lahir sesudah Dato’ Bahaman membuka pencak silat perjuangan
Sesudah Mat Kilau bertempik di medan juang
Sesudah Dato’ Onn berkabung menentang Malayan Union
Sesudah bumi bersimbah darah pejuang-pejuang penentang Jepun
Sesudah Bukit Kepong ranap dibaham api komunis
Sesudah Union Jack berlabuh tirai
Kalian lahir sesudah suara Tunku bergema
Di segenap pelusuk tanah air
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kalian lahir sebagai anak merdeka
Kalian penyambung wadah perjuangan
Malaysia tercinta sudah merdeka
Tahukah kalian kita sudah merdeka?
Negara merdeka, bebas dari belenggu penjajah
Tapi kalian, sudahkah merdeka?
Kalian berpijak di bumi merdeka
Tapi minda kalian masih dijajah
Diri kalian masih terbelenggu
Dek emosi kalian sendiri.
Wajarkah tindakan kalian membiarkan diri terus dijajah
Dijajah oleh sikap malas
Dijajah oleh perlakuan negatif
Dijajah oleh emosi penuh keseronokan





Penjajah sudah lama tinggalkan bumi tercinta ini
Tapi kenapa kalian masih terjajah
Terjajah oleh sikap sendiri

Berbaloikah pengorbanan Pandak Indut?
Berbaloikah Dato’ Maharaja Lela gugur di Pasir Salak
Berbaloikah Tok Janggut mati di tangan penjajah?
Berbaloikah pengorbanan mereka?
Tidak sedarkah kalian Melayu pernah berkabung demi tanah air ini
Menentang Malayan Union yang mencekik Ketuanan Sultan
Tidak sedarkah kalian, menjelajah bumi tercinta ini
Demi menyatukan rakyat
Demi maruah sebuah Negara Merdeka
Mereka berkorban wang ringgit jua tenaga sehabis daya
Untuk melihat anak cucu mereka bebas…
Bebas dari terus terhimpit
Dari terus terbelenggu
Dari terus terjajah
Demi membawa sebuah kemerdekaan untuk kalian
Andai inilah balasan kalian
Soallah diri kalian,
Berbaloikah pengorbanan mereka.
Merdekalah,
Merdekakanlah diri kalian,
Bebaskanlah diri kalian,
Merdekalah,kerna kalian lahir sebagai anak merdeka
Di bumi merdeka ini.

14 Ogos 2002

TEKNIK MENGINGAT FAKTA SEJARAH @TEKNIK PASAK

pasak ingatan seperti penyangkut baju
pasak yang banyak bererti banyak informasi / fakta
pasak yang boleh digunakan : anggota badan, lokasi (benda) – pilih yang biasa dilihat

Contoh: [Tingkatan 1]
Cara penyebaran Islam di Melaka
Perdagangan – kepala [ orang berdagang atas kepala]
Perluasan kuasa – mata [dalam mata ada kuasa]
Tentera –mulut [ tentera keluar dari mulut]
Ulama – telinga [dengar ceramah dari ulama dengan telinga]
Pemerintah –dada [ simpan pemerintah dalam dada kita]
Perkahwinan – tangan [ akad nikah perkahwinan dengan tangan]


Contoh: [Tingkatan 2]
Faktor British Campur Tangan di Negeri-negeri Melayu
Revolusi Industri – kepala [ dalam kepala ni dok fikir nak buat revolusi je]
Terusan Suez – mata [luasnya terusan sayup mata memandang]
Bahan Mentah – hidung [ hidu bau bahan mentah dengan hidung]
Dasar –mulut [ nak cakap pasal dasar kena le guna mulut]
Pelabur – telinga [sumbat dah telinga dengar pelabur dok mengempen]
Kebimbangan –dada [ rasa bimbang betul dalam dada ni]


Contoh: [Tingkatan 3]
Tajuk:
Faktor Singapura Keluar Malaysia

Ekonomi – kepala [fikir masalah ekonomi kena le pakai otak di
kepala]
Rusuhan kaum –mulut [sebab mulut laser le berlaku rusuhan
kaum]
Malaysian-Malaysia – dada [kita semat nama Malaysian Malaysia
di dada]
PETIR –telinga [dengar PETIR bergegar telinga]


Contoh : [ting. 4]
Tujuan bahasa dan tulisan
Ilmu – kepala [ ilmu kita simpan dalam kepala]
Perhubungan – mata [mata-‘eye contact’- ada perhubungan]
Perundangan – hidung [kita hidu undang-undang dengan
hidung]
Pentadbiran – mulut [kita nak mentadbir guna mulut]
Rekod – telinga [ kita rekod apa yang kita dengar dengan
telinga]
Keagamaan – dada [ kita simpan agama kita dalam dada]
Catat – tangan [kita catat dengan tangan


BELAJAR SEJARAH PASTI SERONOK!!!

HIS STORY
WILL BE
YOUR STORY
MY STORY
OUR STORY

TEKNIK MENGINGAT FAKTA SEJARAH @TEKNIK RANTAIAN

TEKNIK RANTAIAN:
fakta-fakta sejarah (buat kata kunci)
kata kunci dirantaikan menjadi sebuah cerita.
cerita biarlah yang melucukan / tidak logik/ keterlaluan – akan mudah ingat
kita mesti membayangkannya (imaginasi) – mesti nampak

Contoh:
Zaman Paleolitik [Ting. 1]
Kata kunci:
pindah-randah, batu, berburu, hasil hutan, ikan, Bukit Jawa, Gua Niah, Tingkayu

Cerita:
Pada suatu hari Abu ni duduk di Kuala Besut, tapi kena pindah sebab keluarga dia suka berpindah randah, setiap kali berpindah Abu suka kutip anak batu. Ayah Abu pula suka benar pergi berburu, emak dia pula kutip hasil hutan, masa tengah kutip hasil hutan, tiba-tiba emak si Abu terjumpa ikan atas bukit, masa si emak nak gi ambik ikan tu, terjumpa pula asam jawa atas bukit .Tepi bukit tu pula ada gua, emak diapun masuk dalam gua lalu terjumpa dengan budak nama ANiah dalam gua dok bertapa. Niah tu petik jari lalu berbunyi ‘ting’ maka terbukalah pintu kayu tepi gua tu.’tingkayu’…..

Contoh:
Cara Perluasan Kuasa Melaka
[Ting. 1]
Kata kunci:
Peperangan, campurtangan politik, kerelaan hati, perkahwinan

Cerita:
Minah sudah mempunyai buah hati…bercinta-cintun kononnya dengan Ali. Tetapi hubungan Minah dengan Ali tidak direstui oleh ibunya…ekoran itu tercetuslah peperangan dingin antara Minah dan ibunya. Masing-masing enggan mengalah, namun akibat campurtangan secara politik oleh ayahnya….maka dalam keterpaksaan… terpaksalah juga ibu Minah menerima Ali dengan kerelaan hati walaupun bengang teramat-amatlah bengangnya si ibu. Maka berlangsunglah perkahwinan Minah dan Ali dengan penuh gemilang dan terbilangnya….. happy ending story…….. cayaaaalah…Minah


Contoh:
Faktor Campurtangan British di Negeri-negeri Melayu [Ting. 2]
Kata kunci:
Kebimbangan,Bahan mentah,Terusan Suez,Pelabur, Revolusi Industri, Dasar

Cerita:
Pak Samad…seorang pengusaha keropok lekor secara kecil-kecilang…buat kat rumah jah! Pak Samad selalu beli ikang dari kemamang tapi gak satu hari Cik Dollah dak buleh hantar ikang ko pak Samad maka Pak Samad dakleh dok diam…dalam kebimbangan sokmo takut terputus bekalan bahan mentah utama nak buat keropok lekor.. Ikang le..Tapi Pak samad dak putus asa..diapun menternakle ikang..kat dalam Terusan Suez belakang rumah dia..banyak sungguh ikang…sampai berlebih-lebih lah pulok…maka ramailah pelabur-pelabur nak melabur modal untuk terusan Pak Samad…kononnya nak buat satu revolusi industri tapi Pak Samad dak tamak…dia tetap mengekalkan dasarnya nak niaga kecil-kecilang jah.

Contoh:
Singapura Keluar Malaysia
[Ting. 3]
Kata kunci:
Ekonomi, Rusuhan kaum, Malaysian-Malaysia, PETIR

Cerita:
Suzie bekerja di Econjaya[singkatan ekonomi =ekon.] sebagai salesgirl. Suatu hari….semasa Suzie hendak pergi kerja… sesampainya dia di hadapan Econjaya.. …tiba-tiba dia ternampak sekumpulan orang sedang berkerumum…rupa-rupanya ada rusuhan kaum… ..terkejut Suzie. Tiba-tiba ada seorang mat salleh dan minah salleh menyapa Suzie..”is this Malaysian doing in Malaysia?” Suzie yang mendengarnya..punyalah bengang dengan mat salleh tu…tak semena-mena berasap telinga Suzie..Suzie pun bertempik…dengan kuatnya mengalahkan PETIR…mat salleh dan minah salleh tu lari lintang-pukang….

Contoh:
Faktor Kejayaan Jepun mengalahkan British
[Ting. 3]
Kata kunci:
Kesatuan Melayu Muda, perancangan awal,taktik serangan, kelemahan,semangat tentera, pakatan,kelengkapan perang

Cerita:
Azam merupakan seorang tentera yang memang berazam tinggi seperti namanya….memang patutlah emaknya bubuh nama Azam kat Azam ni. Demi memantapkan lagi azamnya yang tinggi tambahan pula azam ni masih muda bebenar…diapun masuklah persatuan Kesatuan Melayu Muda. Satu hari pihak tentera nak hantar azam sebagai perisik di Iraq, azam dengan semangat berkobar-kobar menyahut cabaran tersebut dengan membuat perancangan awal dengan merancang segala taktik serangan andai sebarang musuh dapat mengesan. Di samping membuat beberapa latihan asas untuk membaiki kelemahan-Kelemahan diri agar dapat beraksi dengan semangat tentera yang waja…silap-silap kerajaan bagi proton waja free…Untuk mengukuhkan lagi azamnya, maka azam juga telah membuat pakatan dengan Jepun-Thailand kerana memerlukan kelengkapan perang tentera Jepun yang canggih-manggih kononnya…padahal Malaysiapun dah canggih

Contoh:
Perlembagaan Suruhanjaya Reid
[Ting. 3]
Kata kunci:
Persekutuan, jus soli, istimewa, raja berpelembagaan, bahasa Melayu, agama Islam

Cerita:
Pertandingan Bola Sepak Piala Permaisuri diadakan di Padang yang agak-agaknya luas le juga…Padang SMK Permaisuri Nur Zahirah, jadi untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini, FRU iaitu Unit Simpanan Persekutuan telah diarahkan berjaga-jaga.. Mereka yang bertugas telah dibekalkan dengan air jus yang istimewa sekali iaitu jus soli. Konsep pertandingan bola sepak ni pulok punyalah pelik….iaitu konsep raja berpelembagaan.. Jadi pemain-pemain bola sepak tersebut punyalah tak retinya ..dengan konsep sedemikian rupa… Puaslah si penganjur menerang panjang lebar bercakap guna bahasa Besut…campur sikit bahasa Melayu …hilir le sikit..ada juga rojak-rojak dengan bahasa Inggeris…biar nampak rasmi le konon. Si penganjur tu pun bersyarah le lah pulok…gaya bercakap macam ustaz berceramah agama Islam…. Itulah al-kisahnya….

Contoh:
Ajaran Confucianisme [ting. 4]
Kata kunci:
Kung-fu-tze, Lu , jawatan, mengembara, kepercayaan, dewa, moral, perikemanusiaan, kesusilaan, ibu bapa, pendidikan, masyarakat

Cerita:
Wa dulu, belajar itu kung-fu. Wa terror belajar kung-fu, wa ada jawatan tinggi dalam itu kelab kung-fu, tapi wa letak itu jawatan, Lu tau kenapa? Sebab wa mau mengembara ke Indonesia. Wa mengembara dengan penuh kepercayaan di dada. Masa wa di Indonesia, wa terjumpa itu Kumpulan rock Dewa 19. Wa minat sama rock aa… tapi wa ada moral yang tinggi sebab apa aaa… wa ada perikemanusiaan… wa mengamalkan itu prinsip rukun Negara Malaysia yang kelima ..kesopanan dan kesusilaan. Wa pergi jauh mengembara tapi wa tidak lupa sama wa punya ibu bapa sebab mereka hantar wa pergi sekolah untuk dapat itu pendidikan supaya wa boleh berbakti pada masyarakat……

Contoh:
Kepentingan Perjanjian Persekutuan
TM 1948 [tingkatan 5]
Kata kunci:
Kongsi, Status-quo, kontrak, bertulis, ketuanan, kuasa, sultan, asas, keistimewaan, senarai, kerakyatan, bahagi, lindungi, Islam

Cerita:
Ah Chong merupakan ahli kongsi gelap quo yang berstatus{status-quo}tinggi. Sebelum menjadi ahli kongsi gelap quo, Ah Chong telah menandatangani kontrak secara bertulis bahawasanya dia akan mengakui ketuanan dan kuasa Sultan. Kongsi Gelap Quo namanya je kongsi gelap tetapi aktivitinya semua berasas,sebab itulah ia diberi keistimewaan dan dijamin. Mereka juga mempunyai senarai tugas yang pelbagai. Di samping menjaga kebajikan orang Cina, ia juga menitikberatkan soal kerakyatan semua bangsa di Malaysia. Mereka pandai bahagi tugas selain lindungi sesama mereka dan manjaga kehormatan orang Islam.

Contoh:
Pelaksanaan dasar Penswastaan Malaysia [tingkatan 4]
Kata kunci:
Swasta, produktiviti, cepat,
laksana, beban

Cerita:
Laporan Berita Terkini..
Sebuah Syarikat bas milik Swasta telah menggemparkan negara dengan melancarkan operasi perkhidmatan bas yang menjamin produktiviti pengguna dengan menyediakan bas yang perjalanannya amat cepat dan pantas laksana naik LRT. Pengguna tidak lagi terbeban dengan masalah traffic jem kerana semua kenderaan di jalan raya akan memberi laluan kepada bas berkenaan yang dipasang siren khas.
Sekian, laporan terkini….

TEKNIK BELAJAR SEJARAH

TEKNIK 1:
Nota ringkas
ditulis pada kad kecil / kertas A4 yang dipotong 4
menulis isi-isi penting
tajuk demi tajuk / bab demi bab
tulis urutan nombor
guna pen pelbagai warna

TEKNIK 2:
Peta minda

lakaran / gambar (diwarnakan)
selit dengan isi-isi penting
tampal pada dinding / tempat yang sering dilihat

TEKNIK 3:
“Study Group”
- Ahli : 4 orang

- Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan:
‘Story Telling’
‘Esei Jam Randik’
‘Nota Efektif Cetak Rompak’

AKTIVITI 1:
‘Story Telling’

Setiap ahli diberi satu tajuk/tugasan dan menceritakan apa yang dibacanya dalam bentuk cerita dengan menggunakan teknik rantaian [rujuk teknik mengingat]

AKTIVITI 2:
‘Esei Jam Randik’
[menengah atas sahaja]
Selepas membuat persediaan, semua ahli kumpulan akan menulis esei dengan ditetapkan masa yang bertepatan dengan markah soalan esei yang hendak dibuat latihan. Ini sebagai latihan agar pelajar dapat menulis esei dalam masa yang ditetapkan.

AKTIVITI 3:
‘Nota Efektif Cetak Rompak’
Setiap ahli kumpulan membuat nota efektif/padat/ringkas sebanyak 10 tajuk setiap orang dan tajuk yang berlainan. Rakan-rakan dalam kumpulan akan ‘photostat’ nota tersebut dan setiap orang akan mendapat 40 tajuk.

CONTOH ESEI ELEMEN 3 KERJA KURSUS SEJARAH 2010 (2)

CONTOH ESEI 2 [ELEMEN 3 -2010]

Sebagai warganegara Malaysia yang amat kaya dengan semangat patriotism, perpaduan kaum dapat diperkukuhkan lagi dengan pelbagai sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum seperti hari raya Aidilfitri, Deepavalli, Tahun Baru Cina dan Krismas. Melalui sambutan perayaan pelbagai kaum ini kita dapat memahami dan menghargai amalan budaya setiap kaum di Malaysia. Di samping itu juga turut mengukuhkan lagi persefahaman dan semangat permuafakatan dalam kalangan kaum di Malaysia. Sikap saling menghormati budaya tradisi masing-masing dapat ditanam dalam diri mereka.
Melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum jelas mempamerkan sikap bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana kita dapat menyambutnya tanpa perasaan ragu-ragu akan keselamatan diri kerana Negara berada dalam suasana aman dan harmoni. Ekoran itu juga , ianya turut menyemai rasa cinta akan bangsa dan Negara kerana rasa bangga kita lahir sebagai rakyat di bumi bertuah ini.
Walau masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai budaya dan perayaan tradisi masing-masing, namun rasa komitmen dan sikap bertolak-ansur dan bertoleransi yang wujud dalam diri setiap warga Malaysia untuk memperkukuh dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada. Sikap saling hormat-menghormati semasa merayakan perayaan tradisi ini ketara dalam setiap sambutan pelbagai kaum di Negara kita. Malah wujudnya suasana muhibbah atau semangat bermasyarakat apabila masing-masing tanpa mengira kaum menyambut dan meraikan suasana perayaan tradisi ini.
Sikap berakhlak dan bepekerti mulia juga dapat kita lihat kerana masing-masing tanpa rasa kekok mengunjungi rumah rakan taulan yang berlainan bangsa semasa perayaan menunjukkan rakyat Malaysia kaya dengan nilai patriotisme demi mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara supaya Negara dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa ini terus kukuh dan kekal. Perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga turut menyemai sikap rajin dan gigih. Ini jelas kelihatan apabila masing-masing tanpa mengira bangsa dan perayaan mengambil peluang suasana perayaan untuk membuka perniagaan bermusim ini.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana melalui upacara semasa sambutan perayaan tradisi ini pelbagai nilai dan aspek patriotisme akan dapat dipupuk dan disemai.

CONTOH ESEI ELEMEN 3 KERJA KURSUS SEJARAH 2010 (1)

CONTOH ESEI 1 [ELEMEN 3 – 2010]

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum di Malaysia dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini amat jelas kerana pelbagai perayaan tradisi di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavalli, Hari Krismas, sambutan Hari Gawai yang bukan sahaja di sambut oleh kaum tersebut sahaja malah turut diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Sambuatan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat menonjolkan kepada kita betapa kita semua menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa, kerana dalam setipa perayaan tradisi ini turut memuatkan pelbagai adat resam bangsa tersebut. Malahan kita juga turut berbangga dengan sejarah Negara kita yang mana pelbagai kaum dalam hidup dalam suasana aman damai dengan mengamalkan tradisi budaya masing-masing.
Kita juga dapat menerapkan rasa syukur sebagai warganegara Malaysia kerana dapat hidup dalam suasana harmoni pelbagai kaum dan menyambut pelbagai perayaan tradisi kaum tanpa rasa gusar akan keselamatan kerana Negara kita bebas dari sebarang ancaman keselamatan. Kita tentunya bangga kerana lahir di Malaysia, sebuah Negara yang aman damai walaupun masyarakatnya berbilang kaum. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga dapat memperkukuh dan mengeratkan perpaduan kaum kerana masyarakat akan mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam mengamalkan adat resam budaya masing-masing, malahan turut mengamalkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong dalam upacara sambutan setiap perayaan.
Semasa membuat rumah terbuka umpamanya, bukan sahaja melibatkan satu bangsa malahan bangsa lain turut berganding bahu bagi menjayakannya terutama sekali Rumah terbuka Malaysia yang memerlukan komitmen semua bagi menjayakannya akan memupuk persefahaman dan sikap bermuafakat di kalangan semua bangsa. Acara Rumah Terbuka Malaysia juga turut memupuk sikap muhibbah dan semangat bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu juga melalui perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga turut menunjukkan sikap bertindak wajar apabila kita diberi tugasan untuk menjayakan program Rumah Terbuka Malaysia. Semasa kunjung mengunjung atau ziarah ke rumah handai dan taulan semasa sambutan perayaan tradisi ini, kita turut menerapkan nilai berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.
Jelaslah kepada kita, melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang sememangnya kaya dengan nilai patriotisme.