UNTUK DIKONGSI RASA



























Tuesday, April 5, 2011

SKRIP PENGACARA MAJLIS -HARI GURU

HARI GURU SMKPNZ 2010
[1]
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kanan Kokurikulum


Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru-guru, staf-staf sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.


[2]

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan Sambutan hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2010.

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

[3] PERSEMBAHAN GURU

{1}
Memulakan acara, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua guru untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Lagu Kami Guru Malaysia.
Dipersilakan.
...........

Sama-samalah kita dengarkanlah alunan suara cikgu-cikgu kita mendendangkan lagu GURU MALAYSIA.
......
{2}
Sebelum guru-guru mengambil tempat duduk..dijemput Yang berbahagia Tuan Pengetua untuk memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Badan Pengawas SMKPNZ. Dipersilakan.
.........................
Terima kasih kepada Tuan Pengetua.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru TERIMA KASIH CIKGU.
{3}
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Seterusnya, dijemput rakan seperjuangan, Pn Che Faridah bt Che Isa untuk bergandingan mendeklamasikan sajak bersama saya untuk semua guru di SMKPNZ

.........................
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Che Faridah.


[4] PERSEMBAHAN PELAJAR:

{1}
Seterusnya kita perdengarkan pula palutan kata ’berdikirlah pulok’ persembahan dikir barat yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kita, ... dipersilakan.
......
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan dikir itu tadi.


{2}

Persembahan seterusnya,pendeklamasian sajak bersambungan dengan Irama Nasyid dari kumpulan Kelas Pendidikan Khas dengan lagu ____________
Dipersilakan.

................
Terima kasih kepada kumpulan Pendidikan Khas.

{3} seterusnya dijemput kumpulan 4 SC untuk menyampaikan Musical Poem berjudul Wonderfull Teacher Dipersilakan
..........................
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar 4SC.
.................
Demikian tadi berakhirnya persembahan . Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua yang menjayakan persembahan itu tadi.


[5] PENYAMPAIAN HADIAH

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara pertandingan memasak, permainan dan sukaneka hari guru,dan hadiah cabutan bertuah






{1}
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Wan Pauzi bin Wan Mohd, GPK Kokurikulum untuk mengiringi yang berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, GPK HEM untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

LAMPIRAN......
{i} badminton

{ii} petangue

{iii} dart

{iv} basikal lambat

{v} 15 cabutan bertuah
....
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia GPK KO dan GPK HEM.

SUPRISE:

Seterusnya, satu kejutan..suprise untuk seorang guru....antara yang bertuah di kalangan yang bertuah...satu hadiah dari seorang suami tersayang untuk seorang isteri tercinta....ucapan selamat Hari Guru..bersama sejambangan bunga tanda ingatan romantis si suami buat si isteri...majlis mempersilakan..............................................dari suami tercinta.

........ tahniah kepada.........................

{2}
Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En Abdul Rahim bin Abdullah, GPK Tadbir untuk mengiringi Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan.


[ LAMPIRAN]
{i} bolling

{ii} netshout

{iii} pertandingan masakan Desert dan lauk

{iv} hadiah hari jadi guru yang lahir pada bulan Mei

i. En. Amir Azha -17/5
ii. En. Ahmad Syawal- 29/5
iii. Tn Hj Mohammad Arshad -8/5
iv. En. Ramlan – 12/5
v. Pn. Ruslina - 29/5
vi. Pn. Siti khalijah – 21/5
vii. En. Tahar -23/5
..........

{v} Seterusnya penyampaian anugerah guru.
majlis mempersilakan Ahmad NorSyazwan bin Mustafa, selaku Ketua Pengawas untuk membaca keputusan. Dipersilakan.


KEPUTUSAN ???
Terima kasih kepada Ketua Pengawas.

{vi} cabutan bertuah -15

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat dan Yang Berbahagia En. Abdul Rahim b Abdullah.



[6]

Demikian tadi persembahan guru, pelajar dan juga acara penyampaian hadiah. Majlis yang melibatkan pelajar berakhir di sini. Para pelajar boleh bersurai dalam keadaan tertib dan pulang terus ke rumah.

...........................................................................................................................................................................

[7]

Sebelum majlis kita diteruskan dengan pengisian kerohanian untuk semua guru dan staf SMKPNZ, majlis mengalu-alukan kehadiran Penceramah jemputan Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk ” Suburnya amanah di dunia, Bunganya bahagia di akhirat”
Majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz.

..................................

Demikian tadi ceramah penuh makna pada sambutan Hari Guru ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya.


[8]
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan jayanya.


Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU!

Tetamu jemputan, Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantin untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

1 comment: